2 Batang Sekali Tumbuhnya!!!

Sumber dari Google
Terus-terang Farah katakan, malam semalamlah baru dapat betul-betul meluruskan pinggang sambil betul-betul belek Bubblynotes.Com. Dah 2 minggu dan paling ketara sejak minggu ni, kehidupan sedikit kelam kelibut... sampaikan blog pun gagal untuk konsisten. Rindunya Bubblynotes.Com, rindunya semua.... Tak apa tak apa buat sementara waktu ni... 

#ehhh panjang pulak bebel mukadimah Farah yer? Ha ha ha... Tak ada saja nak kongsi cerita... Gigi Ash dah selamat tumbuh... 2 batang sekaligus... Gigi bawah... Huh... Farah ni gigihlah nak ambik gambar gigi 2 batang yang dah tumbuh tu... Harammmm nak dibaginya... Payah sungguh... Adoiiiyai... Ha ha ha... Mahal benar rupa parasnya gigi 2 batang tu. 

Satu perkembangan fizikal yang baru untuk Ash... Ash tak demam sepertimana yang Farah kongsikan sebelum ni dan sepertimana ada di antara kanak-kanak lain punya simptom nak tumbuh gigi yang Farah pernah dengar. Dan pakar-pakar juga percaya pertumbuhan gigi tidsk menyumbang kepada penyakit... macam yang Farah dah cerita dalam entri INI

Apa yang berlaku Ash cuma merengek-rengek dan meragam sikit. Nak berkepit dan berdukung tak mau diletakkan. Mungkin berdenyut-denyut tu sebab gigi nak naik dari bawah gusi kan? Air liur merembes dengan jayanya. Bagi membantu mengurangkan denyutan tu... Farah sapukan "teething gel" pada gusi Ash dan bagi Ash hisap "popsicles". Kan sejuk tu? Makanya bila sejuk legalah dia. Semestinya, "gripe water" juga...

Oh ya... lupa pulak... semua rengekan dan "shada shada" Ash tu hanya berlaku di malam hari ok? Ha ha ha... Siang ok jer main dan belajar sambil bermain. La la la la. Agaknya sebab malam dia tau Mummy nak menghadap blog kot? Ash memang macam tu... bila Mummy pegang tablet jer... mulalah dia macam-macam... Sebab tu Farah jadi burung hantu jugak sekarang ni walau Ash dah tak tidur waktu antarabangsa... berblog di tengah malam. Muahahaha... 

2 batang dah tumbuh... yang seterusnya nanti tak tau bila pulak... Tengah membayangkan bila gigi susu Ash dah penuh macam mana rupa dia... He he he... Lepas ni dah boleh beli Kodomo Lion  dan berseronok memberus gigi... Muahaha...

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel 2 Batang Sekali Tumbuhnya!!!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, November 15, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

9 comments:

  1. AsSalam Farah & Salam kenal,

    Sekali tumbuh 2 btg gigi? Hebat Ash, hehehe

    Bila fasa tumbuh gigi biasanya si kecil akan demam or meragam. Gigi anak saya tumbuh kecik2 pastu jarang mcm jagung.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam pkenalan...

    Blogwalking n terus folow...tak lama lg mulalah nak mgigit org kerjanya tu nnt..hee3...

    ReplyDelete
  3. memang best tengok anak membesar depan mata. sampai satu masa, rasa geram ja ngan anak2 bila bercakap & tanya soalan 'kenapa' tak habis-habis. hahahaa

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..x demam ye. Ank sue yg boys 2 org tu demam. Yg no 3 blom lg tumbuh gigi. Air liur je byk keluar.

    ReplyDelete
  5. mesti comel bebudk dgn ggi 2 btg tu..

    ReplyDelete
  6. Rabbit teeth hehe... Congratulation ya ...

    ReplyDelete
  7. Alololo.. Hbis la mummy.. Jaga2 ye.. Buli ash nti ash gigit mummy.. Hihi

    ReplyDelete
  8. kita geng ash... aunty sha pun baru tumbuh gigi geraham bongsu... hua2...

    ReplyDelete
  9. Dia nk manja dan perhatian la tu..nama pun anak lelaki...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY