Senyum dan bertabahlah walaupun tulang belikat dan segala sendi-sendi ibu berusia 34 tahun ini terasa sakit serta bisa-bisa seluruh tubuh badan.
. Sabarlah… bila terpaksa mengangut pakaian kotor yang dikumpul selama dua atau tiga hari yang berbakul-bakul ke dobi layan diri untuk dibersihkan. Sekali cuci, sekali kering melayang RM 12.00. Kalau kena genap sebulan? 30 hari dibahagikan dengan 2 hari bersamaan 15 hari mendobi di dobi layan diri. Yang membawa kepada RM 180.00 sebulan.
. Memang tak pasal-pasal kos sara hidup meningkat. Kena setahun? RM 2,160.00. Duit yang lebur di dobi layan diri tu, boleh beli mesin basuh baru oiii! Ha ha ha…
betullah kan? Mesin basuh automatik yang rosak ni bukan sesuatu yang luar biasa pun sebenarnya, sebab ramai jer orang yang mengalami masalah yang sama. Jenis dan punca kerosakan mesin basuh automatik pula ada macam-macam serta banyak.




BERTAMBAH TERUK jadinya kau! Dari elok-elok tak berbunyi dengan kuat…berbunyi dengan kuat sampai satu lorong kawasan rumah Farah boleh dengar bunyinya… lepas tu bergegar dengan sangat kuat pula tu, sampai Farah rasa macam nak meletup jer mesin basuh tu pada bila-bila masa! Kuat sangat gegarnya oiii! Takut ada, bimbang pun ada… Dia angkut balik bengkel dia, bila hantar balik dia caj lagi RM 150.00. Elok ke mesin tu?
ha ha ha… stress mak nakkk…. makin teruk dan tak berfungsi adalah!

Sudahnya, dua hari sekali angkut berbakul-bakul pakaian kotor ke dobi layan diri. Setakat baju Iman Firash tu kalau nak basuh tangan memang tak kisah. Tapi yang besar-besar ni… Memang kalau nak basuh tangan tu boleh, lengan boleh jadi sado… Ha ha ha…
… Jawabnya memang lambat keringlah kannn? Oh ok, mari kita tumpukan apa yang Farah nak ceritakan sebenarnya… tentang jenis dan punca kerosakan mesin basuh automatik… Ada macam-macam kan? Meh kita senaraikan…

Air Tidak Keluar
Ini disebabkan oleh paip pembuangan air sudah tersumbat, biasanya akibat kotoran yang melekat di situ atau termasuk duit syiling. Caranya, periksa getah yang berdekatan dengan pangkal paip saluran air keluar, keluarkan kotoran atau duit syiling yang melekat di situ.
Air Tidak Masuk
Hidupkan mesin basuh dan periksa Volt AC menggunakan multi meter pada pam air yang mana untuk level yang biasa adalah 230 Volt. Jika ada, pam air harus diganti baru.
Air Keluar Perlahan-lahan
Ini disebabkan oleh paip pembuangan air sudah tersumbat, ini juga disebabkan oleh kotoran atau duit syiling.
Air Masuk Perlahan-lahan
Anda hanya perlu menukar pam airnya sahaja, ini kerana ianya juga sudah tersumbat.
Tidak Boleh Menjalankan Operasi Membasuh
Selalunya terdapat beberapa sebab kenapa tidak boleh membasuh antaranya:
a) Alarm berbunyi ketika hendak membasuh. Ini selalunya disebabkan oleh kerosakan pada suis pintu atau magnet pada pintu sudah hilang.
b) Getah pengikat pada motor, kalau anda lihat getahnya sudah terlalu longgar. Sebaik-baiknya tukar getah baru ataupun piring bahagian dalam sudah longgar. Kekerapan membasuh akan menyebabkan piring menjadi haus atau batang besi sudah patah. Ini kerana beban pakaian terlalu banyak.
c) Paras air tidak berfungsi dengan baik untuk menyukat air, ini disebabkan getah sudah bocor. Jadi ia menyebabkan mesin basuh tidak boleh membasuh. Getah ini selalunya terletak di bahagian atas belakang mesin basuh, ciri-cirinya terdapat dua atau tiga wayar dan terdapat saluran getah yang menuju ke tamble mesin basuh bahagian bawah.
Tidak Boleh Mengeringkan
Lihat bahagian bawah berhampiran dengan paip air yang mula-mula keluar, di situ terdapat selenoid yang berfungsi untuk menarik getah supaya air dapat keluar. Cuba hidupkan mesin basuh dan cuba spin, lihat adakah selenoid tersebut menarik getah? Jika tidak, periksa voltannya dan ia mesti pada 220v. Tukarkan selenoid jika tiada bacaan meter ditemui. Selenoid tu rupanya macam ni ha…
![]() |
Kredit: Sumber dari Google |
Sewaktu anda menekan butang spin, alarm- nya berbunyi, ini adalah masalah pada magnet pintu atau suis pintu bukannya selenoid.
Bunyi Bising Sewaktu Pengeringan
Ini berpunca dari bearing pada gearbox, selalunya lebih mudah anda tukarkan satu set tamble. Ini kerana untuk membuka komponen ini adalah terlalu rumit dan memerlukan banyak masa.
Basuhan Tidak Bersih Atau Kurang Kuat Daya Pusingan
Cuba periksa getah pada motor yang berkemungkinan sudah longgar. Jika ianya sudah longgar, tukar dengan yang baru. Ataupun piring bahagian dalam sudah longgar, cuba buka dan lihat gigi bahagian tengah tersebut. Adakah ianya sudah haus?
Tulah dia senarai jenis dan punca kerosakan mesin basuh automatik ya? Farah yakin, mesin basuh kami yang sudah berusia lebih kurang 13 tahun ini:
Sebenarnya masalahnya cuma sedikit sahaja pada awalnya. Bukanlah nak menyalahkan tetapi dah terang lagi bersuluh, semakin dihantar untuk dibaiki semakin teruk keadaannya, walhalnya masalah sebenar adalah sekadar air tak boleh nak dikeluarkan sahaja. Sikit jer… Rasa terkilan dan rasa sayangnya…sebab mesin basuh ini masih lagi dalam keadaan yang baik. 9.7 kg tu kapasiti mesin basuh ni. Huwaaa…
… Tak pasal-pasal dari apa yang terjadi dah buatkan seolah-olah memanggil mesin basuh baru, yang tak tau entah bila boleh diadakan… Muahahaha…
….


Yang itu… nanti sambung cerita di episod lain dalam www.bubblynotes.com , tengok bantuan talian hayat atau rezeki terpijak mana yang sampai yang telah membantu untuk menyelesaikan permasalah mesin basuh rosak ni…
Akan tetapi yang pastinya Farah berterima kasih banyak-banyak dan sangat-sangat sebab akhirnya solusi telah ditemui dan it is the right timing yawwww!

*Rujukan: SINI
*Psssttt...bukan nak suruh jadi mekanik tukang baiki mesin basuh... Tapi saja nak kongsi supaya bolehlah faham serba-sedikit dan tak kena tipu dengan tukang pembaikpulih mesin basuh sebab kita tak faham dan lebih-lebih kalau yang berurusan tu adalah orang perempuan kan?
Assalam, tamble tu apa ye? yang kena tukar apabila bunyi bising semasa spin.. terima kasih
ReplyDeleteSaya mesin basuh tak masuk air...valve dia dh tukar..pun tak dapat masuk air..boleh tolong saya tak..apa punya nya
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteTanya sikit tuan,mesin basuh auto 9kg sy hidup macam biasa tapi pakaian yg dibasuh tak berpusing2 (langsung tak gerak) pun..
Motor bunyi macam biasa..
Camner tu ye..
Tq tuan..
Batang shaf gear box patah,pulsator patah,atau belting longar
DeleteHi..mesin basuh sy air tak boleh msuk.. Dan display panel ade kluar 4e error.. Sy check dan dpt tau inlet valve problem... Skrg dh tukar bru.. Skrg ni problemnye bile on suis, air terus je msuk x henti.. Ape mslah ya.. Boleh bantu..
ReplyDeleteMesin saya pun jadi macam ni...bleh share apa masalhnya?
DeleteMesin saya pun jadi macam ni...bleh share apa masalhnya?
DeleteMasalah mesin basuh selalu padam. Bila cuci pakaian mesin basuh selalu padam.
ReplyDeleteSy punya pun sama. Akk dah repair ke? Ape problem tu? Boleh direct wassup sy. Share2 ape kerosakan tu. 0122637384
DeleteAkk!! Sally sampai sini sebab mesin Sally ada masalah tak boleh keluar air jugak..hahahaha
ReplyDeleteSalam.. saya nk tya..kenapa ye bila dia basuh dia akan stop sendiri bunyi alam.. kdang tu duk tgh spin dia akan stop sendiri..
ReplyDeleteNk tny, mesinmbasuh x boleh cuci, bergerak sngat perlahan,mcm nk jem, spin ok,ape masaalhnya
ReplyDeleteMesin basuh sy pulak asik berbunyi berkiut2 bile mencuci dan membilas
ReplyDeletePunca mesin basuh auto sy pusing2 Satu Arah
ReplyDeletelebih suka baiki dirumah customer terus sebab kenapa perlu berat2 nak angkat mesin basuh tu kan..kalau ada yang board masalah ke boleh cuba tanya atau whatapps saya 01121779743
ReplyDeleteSy pakai Samsung auto 7kg. Mintak tolong nak tahu apa masalahnya ketika panel on ditekan, motornya bergetar dan button lain semuanya tak brfungsi. Dah check panel OK semua....
ReplyDeleteMisin basuh jenis samsung, auto..basuh ok sja mcm biasa.. Tpi smpi ke tahap spin trus berbunyi dan tdk berpusing.. apa msalah ya..
ReplyDeletemesin basuh tiba2 nk guna hari ni tekan xde bunyi pon..cek plug ok..apa masalah ye?
ReplyDeletesalam.. kalu mesin auto boleh on tapi tak boleh tekan start tu masalah apa ek..
ReplyDeleteSalam knpe ye mesin auto sy ni..ble dh tekan level air pe sme tkat L pastu ble dy dh start n jon tu air xbhnti msuk smpila pnuh....pastu putar sikit2 je...pastu snyup tp msih mnyala.....pastu sy plak kne off dlu pastu tekan plak tuk spin kua air...npe ye
ReplyDeletesalam tuan nk tanye mesin auto saya membasuh x boleh bunyi ada tapi pemutar x gerak..tapi bila spin boleh gerak..apa rosak tu tuan..t.kasih
ReplyDeleteSalam... mesin basuh sy knp tiba2 tak nk pusing ya tiba2 jem mohon solusinya
ReplyDeleteAssalamualaikum. Sy nak tanya. Kenape mesin basuh sy ni dah tak jadi auto ye? Selalu mesin auto ni kan die jalan je spin rinse ape smua kan. Ni kena tekan start satu2 jadi nye. Lpas spin die benti kena tekan start baru die sambung. Sebab ape ye? Tq
ReplyDeleteDah jenuh nk cabut cover gearbox sb bering rosak.adake cara yg lain
ReplyDeleteNak tanya..kalau model toshiba AW-8750S ni mesin akan stop n alarm bunyi lepas tu kna buka penutup and tutup balik then tekan start utk continue basuh adakah disebakan magnet pada penutup?
ReplyDeletenak tanya mesin frontload 2in1 ok kepakai atau cpt rosak ek? sy baca kt blog ni tadi https://mesin-basuh-murah-rm125.blogspot.com/
ReplyDelete