Home » , , , , , , , , » Simptom Bayi Nak Tumbuh Gigi??? | Ash Has Slight Fever...

Simptom Bayi Nak Tumbuh Gigi??? | Ash Has Slight Fever...

Petang semalam selepas iolss balik dari PICC, dapat report yang Ash ada slight fever... Tapi sememangnya dah perasan sejak seminggu yang lepas, gusi bawah Ash bengkak... Hu hu hu... Adakah mungkin ini simptom nak tumbuh gigi??? Sebab setau iolss kebiasaannya baby bila nak tumbuh gigi, mostly akan demam.... So, mungkinlah...lagipun gusi Ash memang dah keras sangat dah Mummy dok rasa... Hari tu nampak bayang gigi bawah tu 2 batang, tapi tak tumbuh2 jugak uolss... hik hik hik... Cerita tentang bayang gigi tu ada dalam entri INI...

Melalui pembacaan yer uolss...melalui pembacaan dari SUMBER di SINI dan iolss dah ubah sedikit sebanyak mengikut kesesuaian pengalaman bersama Ash...sukalah kiranya iolss nak kongsikan sedikit knowledge tentang anak2 ni dengan uolss... Ha ha ha, macamlah tak pernah letak sumber kann??? Iolss kan selalu jer letak sumber sana situ sini sinun??? Perasan tak??? Perasan tak??? Perasan kannn??? Kalau tak perasan tu tak taulah nak cakap...Hik hik hik...Ok ok, continue... 

Untuk kebanyakan baby dan parents, ketibaan gigi pertama memang no fun dan it could be a long process. Simptom awalnya termasuk air liur meleleh yang berlebihan dan kesakitan yang agak teruk. Ini bermula selalunya bermula selama sebulan atau 2 bulan sebelum kemunculan gigi tersebut. 

Weolls mungkin terpaksa berjaga malam untuk menenangkan seorang kanak2 yang sedang menunggu giginya menembusi gusi. Untuk mengurangkan kesengsaraan, baby weolls akan mula menggigit, tetapi bukan kerana marah atau bersikap ganas ok??? Give something untuk digigit macam teether ker yang dah disejukkan dalam peti ais ataupun boleh gosok gusinya dengan jari weolls untuk membantu mengurangkan kesakitan. Ha ha ha, Ash bila Mummy gosok gusi dia, dia ketap macam menggigit, dahlah gusi tu dah keras...rasa macam nak patah tulang ooo...

Gusi boleh jadi bengkak bila gigi nak tumbuh dan ini akan menyebabkan pipi anak2 weolls kelihatan lebih besar. Errr...nanti balik Mummy check ek??? Pipi tambah labuh ke tak??? Muahahaha...

Even though, some parents mendakwa yang anak2 theyolls akan demam atau cirit birit semasa gigi nak tumbuh, kebanyakan pakar setuju bahawa pertumbuhan gigi tidak mengakibatkan penyakit. Errr...ni pun satu hal jugak... Ash memang ada slight fever buat masa sekarang dan memang agak cherry berry jugak semalam... semalam jer dah membuang 4 kali uolss... Dikatakan kalau condition macam ni, maybe anak2 weolls tengah ada demam selsema, flu atau ada masalah sakit perut... Ermm...to be honest I don't think so... sebab dah jumpa PAED semalam and memang PAED kata...nak tumbuh gigi...Muahahaha...

Untuk yang bernasib baik, pertumbuhan gigi adalah proses pengubahsuaian mulut yang tak menyakitkan. Seminggu baby weolls tersengih tanpa gigi, dan minggu yang satu lagi ternampak puncak putih bergerigis pada permukaan gusinya. So, dah tumbuh gigi, snap gambar banyak2 kann??? dan of course remarks dalam mana2 tempat yang bersesuaian tentang gigi pertama yang tumbuh tu...muahahaha...kenang2an katanya... hik hik hik...

Gigi tumbuh dengan berturut2, mula2 kat depan sebelah bawah, lepas tu tengah sebelah atas, diikuti di tepi dan di belakang... Lepas tu, pertumbuhan gigi ni pun ikut keturunan jugak...kalau weolls dapat gigi awal, might be anak2 weolls pun sama jugak... Kalau gigi jenis mereput dan berlubang... Anak2 pun might be ada risiko yang sama jugak...Ikut genetiklah katakan... Hu hu hu...

Cerita tentang gigi baby yang lain, uolss boleh baca juga di dalam entri... Baby Guide to Teething...^_^ dan juga Mengatasi Rasa Sakit Bila Bayi Tumbuh Gigi ...yang iolss pernah up dulu... 

Walaupun dia ada slight fever dan mungkin gusi yang bengkak tu merengat2 atau berdenyut2 sakitnya... Tetapi dia tetap aktif seperti sediakala... Hik hik hik, ke sana ke mari, punggah itu punggah ini, main itu main ini jugak...Makan pun laju jer...Cumaaaaa...ha ha ha... manja terlebih sikit... errr...bukan Ash memang Anak Manja Mummy ker??? Muahahahaha.... 

*Tak taulah nak pastikan ye tak??? Tapi itulah simptom Ash buat masa sekarang ni...Nak kata memang akan tumbuh gigi, memanglah...tapi masa tu tak dapat dipastikan bila kannn??? Kalau nak kata just memang dia demam biasa dan tak sihat... mungkin jugak...or... mungkin nak berjalan kot??? Sebabbbbb.... dah sibuk sangat nak berpaut dan berdiri di sana sini uolss... Sekali 2-2 sekali..Amacam??? Hak hak hak...

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Simptom Bayi Nak Tumbuh Gigi??? | Ash Has Slight Fever..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, September 15, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

15 comments:

  1. Ank Sue pun kalo tumbuh gigi mmg demam dan air liur meleleh lebih dr biasa...mommy kene byk sabar :)

    ReplyDelete
  2. ash dah besar.. tak lame lagi ash nak makan semua yg mommy dye makan..hihi

    ReplyDelete
  3. Pengalaman ne...huhuhu...anak sedang membesar..tq utk perkongsian..da thu sedikit sebanyak psl bby nk tumbuh gigi ne..nanti takde la gelabahkan..

    ReplyDelete
  4. Tp mmg betol pun org kata kalau budak nak tumbuh gigi akn demam kan, sis...

    ReplyDelete
  5. Selalunya mcm Tue LA. Kalau baby nk tumbuh Gigi ka k boleh sesuatu ka msti nk demam..

    ReplyDelete
  6. Ash nak tumbuh gigi dah.. gigit mummy dia tak taw lah..hehe

    ReplyDelete
  7. Bila dah tumbuh gigi ni.. tak menahan bila dia suka mengigit tu waheedah.. :)

    ReplyDelete
  8. Moga cepat sembuh demamnya... Harap Ash kuat tau!

    ReplyDelete
  9. selalu tengok anak buah bila nak tumbuh gii diaorang akan demam

    ReplyDelete
  10. Nnt dah ada gigi selalu2 la gigit pipi mummy ya Ash..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY