thumbnail

Isteri Untuk Diiktiraf

ISTERI UNTUK DIIKTIRAF
Kredit: Sumber gambar dari Google

Inilah akibatnya kalau dah mula terjebak. Bila dah mula mesti tak nak stop menonton. Bila tak nak stop menonton mesti tak sabar nak tunggu episod yang seterusnya. Terbaru dalam seleksi drama suka tengok Kak Fa adalah Isteri Untuk Diiktiraf. Siapa follower tele-movie ni? Winking smile. Kita gang lah kan? Cuma Kak Fa memang tak dapat nak concentrate menonton bila pukul 7.00 malam tu. Masa tu tengah sibuk-sibuk nak siapkan menu atas meja makan untuk berbuka puasa. Kebiasaannya mak-mak macam Kak Fa ni akan mencuri masa untuk menonton tayangan ulangan 5.00 pagi setiap hari selepas sahur. Masa tu dapat tonton dengan aman dan tenang sedikit. Ha ha ha… Open-mouthed smile Anak kecil tengah tidur kan?

Apa yang menarik sangat? Apa yang syok sangat tele-movie Isteri Untuk Diiktiraf ni? Walaupun ramai mungkin dah tau sinopsis cerita ni, tapi Kak Fa nak kongsikan jugalah pada yang belum tahu ataupun tak follow cerita ni.

Kisah Safiyya dan Tengku Wildan yang disatukan di atas pilihan keluarga. Siapa sangka lelaki yang mahu dijodohkan dengannya ialah lelaki yang pernah satu ketika dahulu memerangkapnya sewaktu dia bekerja di Hotel Mahkota Royal. Safiyya terpaksa menerima lamaran Tan Sri Tengku Hairie demi Tok Aki yang mahu melihatnya berkahwin sebelum datuknya menutup mata. Di awal perkahwinan mereka, Tengku Wildan sudah menetapkan beberapa syarat kepada Safiyya untuk diikuti. Safiyya yang suka melawan kata-kata Tengku Wildan akhirnya terpaksa menurut kata-kata lelaki itu yang pandai mematahkan setiap kata-katanya. Sikap Tengku Wildan yang menjengkelkan membuatkan Safiyya benar-benar sakit hati.

Kemunculan Rafiq dan Tengku Wafie secara tiba-tiba membuatkan Tengku Wildan dilanda perasaan cemburu. (Haaa…Tau pun cemburu Wildan The Setan nih! Devil Ha ha ha Open-mouthed smile) . Dalam diam-diam rupanya dia sudah mula jatuh sayang dengan isterinya. Mulut tu kata tidak, tetapi hati tu sebenarnya mahu. Elehhh… Wildan… Tulah…Kasar sangat…Jual mahal sangat kan? kan? kan? Cemburu yang menguasai diri Tengku Wildan membuatkan dia menuduh Safiyya bermacam-macam sehingga isterinya itu merajuk menjauhinya. Ketiadaan Safiyya membuatkan hatinya benar-benar sunyi rindukan kehadiran seorang isteri. (Haaaa…baru tau! Serve you right! Pujuk jangan tak pujuk).

Tapi kannn… Tengku Wildan dituduh merogol Ana Julia. Itu betul-betul memberikan tamparan hebat buat Safiyya. (Siapa pun!). Dan lebih menyakitkan hati apabila suaminya turut melakukan sesuatu ke atas dirinya ketika dia tak sedarkan diri. Dapat ke Safiyya memaafkan perbuatan suaminya itu? Adakah bahagia untuk mereka apabila Puan Sri Raja Mona tetap berkeras mahukan Bella Donna tu menjadi menantu? (Alaaaa… Puan Sri Raja Mona ni potong betullah… Ha ha ha… Open-mouthed smile)

30 episod nak kena khatamkan ni weiii! Dok pujuk hati bertabahlah menonton sehingga ke akhirnya. Yang jadi Ana Julia tu adalah Janna Nick. Ha ha ha… Watak antagonis, nak benci tapi tak boleh nak benci sebab Janna Nick. Janna Nick kan comel dan kepala gila-gila. Kak Fa suka dia. Open-mouthed smile. Tapi dalam Isteri Untuk Diiktiraf memang Janna Nick jadi gediks and antagonis sangat. Ha ha ha… Open-mouthed smile Kak Fa pula yang ter-feel lebih. So into this tele-movie sampaikan Firash pun sama jadi commentator bila Redza Rosli dok marah-marah Elvina Mohamad.

Sambil-sambil tunggu azan tu layan sekejap sambil prepare juadah berbuka buat keluarga. Lepas tu sambil makan sambil kerling-kerling televisyen tu. Tak puas lagi tonton? Lepas sahur baru dapat fokus. Sampai macam tu sekali Kak Fa follow cerita ni. Alahaiii….
thumbnail

Ibu Hadkan Gaya Hijab Demi Keselamatan Anak Kecil!

IBU HADKAN GAYA HIJAB DEMI KESELAMATAN ANAK KECIL!

Ooopsss… Tak pernah terjadi, tapi terjadi pagi tadi. Iman Firash terkena pin shawl Mommy. Errrr… To be precised, terkena jarum peniti yang Kak Fa selit di bawah dagu untuk hold shawl Kak Fa. Kesilapan teknikal di dalam pemakaian shawl pagi tadi yang mungkin disebabkan mamun. Selama kini tak pernah kena pun sebab Kak Fa sangat menjaga ciri-ciri keselamatan hijab yang Kak Fa gayakan sebab Kak Fa ingat Kak Fa ada anak kecil yang sangat clingy dengan Kak Fa. Open-mouthed smile Tapi biasalah, kita manusia ni tak lari dari khilaf. Dalam jaga punya jaga, pun terkena juga pagi tadi. Berdarah tangan comel Iman Firash sewaktu sedikit tantrum di pagi hari semata-mata nak suruh Mommy dia ni hantar dia sampai ke atas sampai ke dalam kelas. Peluk punya peluk Mommy, bergelut punya bergelut dengan Mommy, tak sedar terkena tapak tangan comel tu. Kesian Iman Firash. I am sorry sayang! Mommy tak sengaja…. Itulah sebabnya orang selalu berpesan ibu hadkan gaya hijab demi keselamatan anak kecil! Tapi pagi tadi betul-betul Kak Fa terlepas pandang. Crying face. Rasa bersalah pun ada juga ni.

Teacher dia tanya kenapa tapak tangan tu berdarah? Dia kata tangan dia berdarah sebab kena pin Mommy. Allahu… Sorry Firash. Teacher beritahu Kak Fa dah cuci dan dah kurang darah dah. Itu balik school mesti sibuk cari plaster kartun-kartun nak tampal tu. Ha tulah… Bergelut lagi dengan Mommy. Ermmm… Kak Fa mengaku salah Kak Fa hari ni pun ya… Sebab tak betul-betul kemaskan jarum peniti bawah dagu tu disebabkan nak kejar masa dan nak cepat. Maklumlah, pagi adalah masa paling hectic buat ibu-ibu berkerja kan? Faham kan? Ibu-ibu yang berkerja tentu faham maksud Kak Fa ni.

Tulah kan? Bukannya kita wanita-wanita yang bergelar ibu beranak kecil ni tak nak bergaya sakan dengan pelbagai jenis hijab yang fashionable dan menarik di pasaran tu ataupun bukan ibu-ibu ni tak nak lilit punya lilit punya lilit sakan sampai terbelit demi mengikuti trend semasa, cumanya ada waktu-waktu memang tak sesuai, ada waktu-waktu sesuai. Kak Fa sekarang ni, hari-hari biasa cuma sekadar pakai shawl dengan gaya simple tetapi presentable enough pada mata Kak Fa jer. Tapi… Kalau ada event-event rasmi atau event-event yang Firash tak ikut sama, haaa itu In Shaa Allah, Kak Fa back to my ownself… Lilitlah kot mana pun, pakailah shawl jenis apa pun tak pun letaklah jarum peniti atau pin banyak mana pun. Muahahaha…Open-mouthed smile Cuma dengan Firash, Kak Fa terpaksa mengehadkan sedikit keinginan nak bergaya tu. Dalam had tak had… Terkena juga anakku pagi tadi. Huuuu….

Cerita Kak Fa ni bukannya nak kata apabila dah ada anak ni nak bergaya semacam zaman anak dara dah tak boleh. Tapi faham-faham jerlah senario bila beranak kecil. Bila melawa jer sikit dan dukung anak, sekejap lagi tengoklah mesti anak akan tarik situ tarik sini. Jangan kata anda, anda, anda dan anda yang ada baby jer…Kak Fa yang ada anak umur 4 tahun 7 bulan yang kadang-kadang masih minta berdukung ni pun sama. Ha ha ha… Open-mouthed smile Sifat ingin tahu… Mak aku ni belit macam mana? Menebal dalam diri Firash tu. Tak pun, mesti ada di antara anda yang bergelar ibu di luar sana ada corak ‘peta’ hasil kreativiti anak yang melekat di tudung.

Anak-anak kecil tak tau apa-apa. Mereka akan tertarik keapda sesuatu benda yang boleh menarik perhatian mereka. Paling bahaya yang baby, mereka akan memasukkan apa sahaja ke dalam mulut. Tak boleh nak salahkan anak sebab anak-anak ni kadang-kadang tak berapa nak faham. Kitalah yang jadi ibu bapa kena peka dan tidak mengambil mudah mengenai sesuatu perkara. Bak kata orang, contohnya macam insiden Firash pagi tadi, malang tidak berbau. Tak silap Kak Fa dulu pernah viral juga kes seorang bayi berumur 10 bulan yang tertelan pin tudung ibunya. Syukurlah bayi tersebut telah selamat dibedah dan pin yang tersangkut pada paru-parunya berjaya dikeluarkan.

Untuk peringatan kita bersama, melalui artikel di SINI, Kak Fa dalam nak peringat-peringat diri Kak Fa sendiri… Kak Fa kongsikanlah untuk ibu-ibu di luar sana tu juga ya?

Pin Tudung

Sila pilih pin tudung yang ringkas dan selamat untuk bayi dan anak kecil ketika mendukung mereka. Pin tudung yang terlalu besar, berbatu-batu terkadang tajam di sesetengah permukaan. Mungkin boleh melukakan kawasan muka atau tangan bayi dan anak kecil. Tak pun pakai pin tudung yang kecil dan pinkan di bahagian dalam.

Jarum Peniti

Sebaik mungkin, minimumkan penggunaan jarum peniti.

Tidak Sarat Dengan Hiasan Manik

Mujurlah Kak Fa memang jenis yang kurang berminat dengan tudung yang berhiasan dengan manik atau sequin. Sebolehnya pakai tudung yang tidak terlalu sarat dengan hiasan manik atau sequin. Dikhuatiri anak akan leka bermain dan mana tau boleh tercabut serta terus masuk ke dalam mulut bayi?

Material Bersesuaian

Pilih tudung dari jenis material yang sesuai apabila mendukung bayi. Jadi apabila muka anak bergesel sekalipun tidak akan memberikan kesan luka.

Tak adalah kata tak boleh langsung nak bergaya nak berlabuci nak bersequin lace bagai. Boleh jer. Tapi ada masa-masa bila dah ada anak yang masih kecil ni, terpaksa hadkan sedikit di sesetengah tempat. Maybe ada ibu yang kurang bersetuju. Tapi terpulang kepada masing-masing bagaimana untuk memastikan agar keselamatan anak sentiasa dilindungi. Smile. Ini sekadar perkongsian ajer. Sebabnya orang yang dah paling menjaga ni pun, akhirnya terluka juga anakku di pagi hari tadi. Huuu…. That alerts me to be more careful and that alerts myself too…
thumbnail

Langkah Pertama Memperkenalkan Ibadah Puasa Kepada Anak Kecil

LANGKAH PERTAMA MEMPERKENALKAN IBADAH PUASA KEPADA ANAK KECIL
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan 1439H pada kali ini, ada sedikit warna baru di dalam perjalanan ibadah puasa Kak Fa. Berbeza jika dibandingkan dengan tahun lepas sewaktu Iman Firash berusia 3 tahun. Di usia 4 tahun 7 bulan ni, ada sedikit penambahan ragam Iman Firash di bulan Ramadhan. Nerd smile. Usia 2 tahun, 3 tahun sibuk nak masuk dapur sama, Nenek dan Mommy sibuk nak masak, dia pun sibuk juga nak tolong masak. Nenek, Atuk dan Mommy nak berbuka puasa, dia pun sama sibuk nak minum air dan main ais batu. Sekarang ni? Semua tu dah tak ada dah, tapi dia top-up dengan ragam lain. Ada rasa nak tergelak, ada rasa letih pun ya. Nak tau apa tabiat baru dia di bulan Ramadhan? Pertama, bila kita sibuk memasak, dia sibuk nak main garam. Entah apa-apa sahajalah imaginery dia dengan garam tu. Crying face Tak sampai berbulan-bulanlah stok garam Mommy ni. Cepatlah habis garam kat dapur tu. Kedua, out of no-where, dia sedap-sedap makan itu ini, tiba-tiba dia letak betul-betul depan mulut kita suruh kita makan sama-sama dengan dia. Katanya, open your mouth Mommy… open your mouth. Tak faham lagi konsep puasa budak ni. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Itulah warna baru dan tugas baru Kak Fa yang kena memulakan langkah pertama memperkenalkan ibadah puasa kepada anak kecil. Perlahan-lahan, inilah pendekatan Kak Fa yang Kak Fa terasa nak kongsikan di dalam entri Kak Fa hari ini.

Memberikan Kefahaman Sederhana Tentang Puasa

Usia 4 tahun 7 bulan, dah bercakap macam bertih goreng dah pun. Bak kata Nenek dia, bercakap memang win! Bagi Kak Fa, bila dah bercakap macam bertih goreng tu, it’s the right timing untuk Kak Fa berikan anak Kak Fa kefahaman serta pemahaman tentang kenapa harus berpuasa. At this age, tidak perlu untuk menjelaskan secara terperinci tentang dalil and all sorts of complicated explaination tentang ibadah puasa kerana usia anak ang masih kecil. Yang kompleks-kompleks tu memang susah sedikit bagi mereka nak hadam. So keep it simple.

Kenali Kondisi Anak Kecil

Jujur dan terus terang Kak Fa beritahu, Firash memang tak puasa. Belum berpuasa lagi. Even bila pihak school tanya pun, Kak Fa jawab jer terus terang yang Firash tak puasa. Bukan tak nak latih sedari kecil untuk Firash berpuasa, tapi sebagai seorang ibu, Kak Fa faham dan Kak Fa kenal kondisi Firash sama ada dia fit atau tidak, boleh mula atau tidak berlatih atau belajar berpuasa. Dalam berpuasa, tak perlulah kita sampai memberatkan anak dengan berpuasa di luar kemampuan mereka. Kenali kondisi anak dan sesuaikan dengan usia. Bermula secara berperingkat kaedahnya. Mungkin usia 5 tahun, berpuasa sehingga pukul 10 pagi? Usia 6 tahun berpuasa sehingga 12 tengah hari? Usia 7 tahun berpuasa sehingga sepenuhnya? Tak salahkan? Tak salahkan cara ni kan? Walaupun mungkin ada di antara anda di luar sana yang tidak bersetuju tetapi Kak Fa rasa pendekatan ini adalah pendekatan yang bersesuaian buat Firash. Tapi itu bergantung… Jika dia boleh tahan, boleh terima, mungkin lebih awal lagi akan latih dia untuk berpuasa penuh. Melatih anak-anak kecil berpuasa bukanlah sehingga memudaratkan kesihatan anak-anak kecil. Yang itu, memang sentiasa ada dalam kotak pemikiran Kak Fa. Orang tak puji anak Kak Fa sebab tahan puasa di usia kecil (4,5,6 tahun) pun tak apa. Huuuu… Yang penting Kak Fa latih ikut kesesuaian penerimaan tubuh badan dia. Bukan puji orang yang Kak Fa nak.

Libatkan Anak Dengan Kemeriahan Bulan Ramadhan

Salah satu cara bagi merangsang kotak pemikiran serta sel-sel otak anak kecil untuk membezakan bulan-bulan lain dan bulan Ramadhan. Libatkan anak-anak kecil dengan kemeriahan bulan Ramadhan. Yang ada bajet lebih atau memang pengunjung setia Pasar Ramadhan, mungkin boleh bawa anak-anak kecil ke Pasar Ramadhan bersama-sama. Tak pun, dalam bulan Ramadhan, ajak anak-anak kecil sama-sama sibuk mempersiapkan menu-menu berbuka puasa, sahur dan juga libatkan anak-anak di dalam amal ibadah Ramadhan seperti Solat Tarawih, memperbanyakkan membaca Al-Quran. Semualah apa-apa aktiviti yang dilakukan pada bulan Ramadhan. Secara psikologinya, sebenarnya kita nak tanamkan dalam jiwa anak-anak yang Ramadhan is a special month dan takkan pernah sama dengan bulan-bulan lain. More or less, kita nak anak ada thinking yang Ramadhan is as special as Raya. Ayat cliche yang Kak Fa selalu dapat sewaktu kecil dulu… Tak puasa tak boleh raya. Ha ha ha… Nampak tak permainannya di situ, how our parents trying to tell us that puasa is as much important as Raya. Sebelum nak Raya, mesti ada puasa dulu. Bukan terus Raya jer.

Makanya, intipati entri Kak Fa pada kali ni, melatih atau mendidik anak-anak kecil berpuasa (age 4 – 6 years old) tidak perlu terlalu keras sampai nak pukul, sampai nak marah, sampai nak rotan segala bagai. Yang Kak Fa sematkan dalam hati, ingatkan berkali-kali pada diri Kak Fa, melatih atau mendidik anak-anak kecil berpuasa sangat-sangat memerlukan kesabaran yang sangat sabar tahapnya dan ibu bapa kenalah bersikap bijak. Tidak terlalu memanjakan dan tidak pula terlalu keras di dalam penerapannya. 
thumbnail

WELCOME TO MY MODERN PARENTHOOD | Eratnya Kami Kerana KAO!

WELCOME TO MY MODERN PARENTHOOD (3)

Nak tau tak? Apa yang Kak Fa rasa ketika mula-mula bergelar seorang ibu berkerjaya lebih kurang 5 tahun yang lalu? Crying face Kak Fa selalu rasa yang masa Kak Fa untuk diluangkan bersama keluarga tidak pernah cukup! Sebab apa? Sebab selain banyak menghabiskan masa di pejabat, Kak Fa juga banyak menghabiskan masa untuk kerja-kerja rumah demi memastikan persekitaran rumah sentiasa bersih, kemas dan rapi. I cannot… I seriously cannot tahan kalau rumah bersepah, berselerak, berhabuk dan melekit. Rasa sungguh-sungguh tidak selesa dan rasa sungguh-sungguh tidak sihat. Akibatnya? Bila dah terlalu fokus dengan kerja pejabat dan kerja rumah, Kak Fa yang stress sendiri bilamana waktu Kak Fa bersama keluarga semakin hari semakin shrinking. Awal-awal bergelar ibu kan? Masih belum dapat nak adapt diri dengan perubahan kehidupan dan masih belum pandai lagi nak adjust timing. Macam tulah jadinya. So happen, satu hari tu Kak Fa ada terbaca mengenai kempen Welcome to My Modern Parenthood oleh KAO. Dari situlah segalanya telah berubah 360 darjah. Dari situ jugalah Kak Fa dapat meluangkan lebih masa untuk eratkan hubungan dan kurangkan masa untuk bekerja. Nak tau bagaimana? Itu kena baca entri WELCOME TO MY MODERN PARENTHOOD | Eratnya Kami Kerana KAO! yang Kak Fa sediakan pada kali ini sehingga habis! Winking smile

Menurut sumber statistik yang boleh dipercayai, kira-kira 74% wanita di dalam kumpulan umur prime age adalah merupakan tenaga kerja di kalangan wanita di Malaysia. Bila dah ramai wanita prime age yang mostly adalah isteri dan juga ibu bekerjaya makanya kita pun fahamlah kan? Bukan sebilangan wanita jer yang akan rasa seperti apa yang Kak Fa rasa. Bila ramai yang dah rasa apa yang Kak Fa rasa sebagai ibu berkerjaya, secara relevannya memang terdapat satu keperluan yang timbul untuk mendapatkan cara yang lebih bijak dan mudah untuk melakukan kerja-kerja di rumah. Nerd smile. Yes! Cara yang lebih bijak, lebih praktikal dan lebih menjimatkan masa. Itu yang Kak Fa cari sebagai seorang ibu berkerjaya supaya Kak Fa dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan meluangkan lebih banyak masa lagi untuk Iman Firash yang sedang membesar. Itu yang Kak Fa nak selama ni.

Bermula dengan buku panduan The Secret to My Modern Parenthood, Kak Fa secara perlahan telah menemui penyelesaian berkualiti tinggi yang pantas dan mudah digunakan untuk menyelesaikan masalah di rumah. Smile.

Apakah Penyelesaian Berkualiti Tinggi Yang Pantas Dari KAO Tu?

Apabila Kak Fa nyatakan penyelesaian berkualiti tinggi yang pantas dan mudah digunakan untuk menyelesaikan masalah di rumah, sebenarnya ia merujuk kepada penyelesaian utama yang disyorkan oleh KAO Malaysia iaitu Merries, Attack dan Magiclean.

MERRIES,  Lampin Bayi No.1 di Jepun

WELCOME TO MY MODERN PARENTHOOD (6)

Kak Fa sukakan MERRIES, Lampin Bayi No.1* Jepun. Seisi keluarga juga sukakan MERRIES, Lampin Bayi No.1* Jepun ini. Apa yang Kak Fa boleh kongsikan adalah lampin MERRIES adalah lampin yang berkualiti tinggi, memberikan rasa kering yang berpanjangan dan permukaan yang sangat lembut yang dapat membantu mengelakkan kerengsaan dan ketidakselesaan. MERRIES mempunyai daya serapan yang tinggi dan ciri-ciri pengaliran udara yang baik yang Kak Fa observe ianya menjadikan Iman Firash selesa dan ceria sepanjang hari. Bagi ibu-ibu, keceriaan anak kecil adalah amat penting.

Logik di sebaliknya, bila anak kecil ceria dan gembira, ia akan menjadi lebih mudah untuk ibu-ibu untuk melakukan kerja-kerja rumah dengan lebih tenang. Betul tak? Kalau anak meragam… Faham-faham sendirilah kan? Bagaimana sukarnya hendak melakukan kerja-kerja di rumah. Tambahan lagi jenis yang clingy bila angin tidak elok. Memang itu akan melambatkan pergerakkan ibu-ibu. Tak pun, satu kerja apa pun tak jadi. Winking smile. Memberi keselesaan supaya anak ceria dan ibu-ibu lebih mudah menyelesaikan kerja-kerja di rumah adalah solusi pertama dalam kehidupan Kak Fa yang telah diberikan oleh KAO.

MAGICLEAN, Rangkaian Penjagaan Rumah No.1 di Jepun

WELCOME TO MY MODERN PARENTHOOD (7)

Ini Kak Fa paling suka! Smile. Dengan rangkaian penjagaan rumah MAGICLEAN, serba-serbi jadi begitu pantas dan juga mudah. Kak Fa nak beri suggestion-lah kan, apa kata anda cuba menggunakan Handy Duster Extendable dari siri MAGICLEAN yang dikeluarkan oleh KAO? Kak Fa tak pernah putus bekalan Handy Duster Extendable di rumah kerana ia sangat-sangat berkesan untuk memerangi habuk di mana-mana ceruk kediaman, di mana ianya dihasilkan dengan menggunakan fabrik berkualiti tinggi untuk memastikan tiada habuk yang terlepas. Persekitaran rumah akan lebih selamat dan bersih untuk kehidupan berkeluarga. Sekali lap sahaja dah selesai.

WELCOME TO MY MODERN PARENTHOOD (10)

WELCOME TO MY MODERN PARENTHOOD (9)

Lain-lain rangkaian penjagaan rumah MAGICLEAN dari KAO seperti Floor MAGICLEAN, Kitchen MAGICLEAN, Bathroom MAGICLEAN (Stain & Mold) menjadikan segalanya di dalam kediaman sparkling shine tanpa sebarang lumut. Dapur lebih selesa dengan sentiasa kelihatan seperti baru, lantai bersih tanpa rasa melekit. Cara moden pembersihan rumah. Bebas habuk, selamat dan juga memang dijamin bersih.

Attack, Serbuk Pencuci Pekat No.1 di Jepun


WELCOME TO MY MODERN PARENTHOOD (8)

Detergen pencucian pakaian berprestasi tinggi dengan formula antibakteria yang unik, inovatif dan maju bagi pencegahan peluh dan bau serta perlindungan yang hebat terhadap pertumbuhan bakteria yang disebabkan oleh pencucian, pengeringan, penyimpanan dan pemakaian sepanjang hari. Tak perlu lagi Kak Fa nak rendam berlama-lama di dalam besen atau baldi, tak perlu lagi Kak Fa nak cuci pakaian sampai dua pusingan di mesin basuh.

Dengan KAO, ia menjadi titik tolak kepada titik perubahan masa yang dapat diluangkan bersama keluarga untuk Kak Fa. Kak Fa belajar bermula dari buku panduan keibubapaan The Secret to My Modern Parenthood dan seterusnya, Kak Fa masih meneruskan proses pembelajaran Kak Fa bersama KAO sehingga kini. Apa yang Kak Fa perolehi dari KAO membawa Kak Fa untuk terus belajar dan menggunakan produk KAO. Ia juga telah membawa Kak Fa ke KAO’s Parenthood Day yang telah Kak Fa hadiri baru-baru ini bersama seisi keluarga Kak Fa yang bertempat di LG2, Orange Atrium, Sunway Pyramid.

WELCOME TO MY MODERN PARENTHOOD (4)

WELCOME TO MY MODERN PARENTHOOD


Just to note that yang buku panduan keibubapaan The Secret to My Modern Parenthood yang telah dilancarkan bersempena dengan kempen Welcome to My Modern Parenthood yang telah dihasilkan bersama KAO Japan Lifestyle Research Centre and Positive Parenting, the Official Expert and Educational Content Provider ini sebenarnya menawarkan nasihat yang bijak dan praktikal untuk semua keluarga dari segi aspek penjagaan rumah dan kecekapan domestik yang lebih baik – sangat sesuai untuk pasangan muda yang baru pertama kali memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa. It has been accepted as the Most Number of Parenting Guidebook Distribution di dalam Malaysian Book of Records. Buku panduan ini boleh didapati dari pautan di SINI.

WELCOME TO MY MODERN PARENTHOOD (11)



Yeayyy! 💃... The secret of happiness in #parenthood journey sekarang telah dilancarkan di dalam buku panduan #keibubapaan yang telah dihasilkan bersama oleh KAO JAPAN LIFESTYLE RESEARCH CENTRE AND POSITIVE PARENTING, THE OFFICIAL EXPERT AND EDUCATIONAL CONTENT PROVIDER. Content buku panduan ini mengandungi nasihat yang bijak dan praktikal untuk keluarga di dalam aspek penjagaan rumah dan kecekapan domestik yang lebih baik. Grab this guidebook newly wed and #parents. Can be downloaded from KAO Official Website. Recorded as "MOST NUMBER OF #PARENTING GUIDEBOOK DISTRIBUTION" di dalam #malaysiabookofrecords. #KAOWelcometoMyModernParenthood #KAOParenthoodDay #MyModernParenthood #parenthood #parentingguide #parentingtipa #parenthoodjourney #parenthoodaid #bubblynotesdotcom #parentingblogger #parentingbloggermalaysia #lifestyleblogger #lifestylebloggermalaysia #myparentingandlifestyleblogger #malaysiaparentingandlifestyleblogger #malaysianblogger #blogger #bloggermalaysia #bloggerMY #mommyblogger #mommybloggermalaysia
A post shared by Bubblynotes Dot Com (@farahwaheda) on


Kak Fa in the opinion that all parents sebenarnya boleh secara perlahan-lahan mengikuti konsep A Moment, A Happiness yang diperkenalkan oleh KAO yang intipatinya menggalakkan ibu bapa untuk menikmati kehidupan pada setiap masa dan menjadikan setiap saat amat bermakna. Don’t take it lightly ya? Sebab setelah Kak Fa mengikuti kempen Welcome to My Modern Parenthood oleh KAO ni, Kak sendiri dah dapat melihat impaknya yang dirasakan oleh ahli keluarga Kak Fa terutamanya Iman Firash. Tak percaya ke? This is a proof of what he feels since Kak Fa mula mengikuti kempen Welcome to My Modern Parenthood oleh KAO.

A post shared by Bubblynotes Dot Com (@farahwaheda) on


Secara peribadi, KAO telah memberikan Kak Fa satu penyelesaian dengan menggurangkan masa yang digunakan oleh Kak Fa untuk kerja-kerja di rumah dan dengan itu, KAO telah membolehkan Kak Fa untuk meluangkan masa yang maksimum dengan anak Kak Fa. I feel so alive and happy with my life sebab Kak Fa rasa sejak Kak Fa mengikuti kempen Welcome to My Modern Parenthood ini, Kak Fa seperti tidak pernah ketinggalan untuk menikmati setiap detik manis kehidupan bersama keluarga. It’s true, KAO telah dapat mencapai objektif mereka dengan membantu Kak Fa merasai detik bahagia di dalam kehidupan harian Kak Fa sepanjang 365 hari setiap tahun.



thumbnail

Dengarnya Tiada Lagi EXAM ORIENTED Untuk Anak-Anak Yang Bersekolah

Dengarnya Tiada Lagi EXAM ORIENTED Untuk Anak-Anak Yang Bersekolah
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Psssttt… Psssttt… Ni nak menjemah mak-mak ni… Betul ke? Dengarnya tiada lagi EXAM ORIENTED untuk anak-anak yang bersekolah? Surprised smile. Betul ke? Betul ke? Sebabnya kan selama kini rata-rata yang Kak Fa baca di laman media sosial ramai di kalangan ibu bapa meluahkan rasa tidak berpuas hati dan kasihan melihat nasib anak-anak kecil yang terpaksa menanggung sistem pendidikan yang dikatakan terlalu membebankan pada peringkat usia masih kecil? Tapi… setelah Dr. Maszlee Malik dilantik sebagai Menteri Pendidikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pada Jumaat yang lepas di dalam satu sesi temubual bersama Astro Awani, Dr Maszlee menerangkan konsep pembelajaran dari filem 3 Idiots yang akan digunapakai dalam sistem pendidikan Malaysia Baru.

Dengarnya Tiada Lagi EXAM ORIENTED Untuk Anak-Anak Yang Bersekolah (2)
Kredit: Sumber dari Google

Mungkin ada di kalangan ibu bapa yang tidak pernah menonton filem tersebut dan kurang faham apa yang dimaksudkan. Tak apa… Tak perlu pening-pening. Kak Fa kongsikan perkongsian daripada Akhi Fairuz Al-Jengkhawi ini untuk membuka mata dan minda para ibu bapa sekalian sebagai persediaan untuk persekolahan anak-anak kita kelak. (Termasuk Kak Fa lah kan Winking smile). Perkongsian ini Kak Fa panjangkan daripada sumber artikel di SINI.

Di dalam filem 3 Idiots yang dimaksudkan:

1. Amir Khan mahu mengajak masyarakat untuk memandang anak-anak berdasarkan bakat dan kemahiran yang mereka ada. Jika anak minat fotografi, jangan paksa anak untuk jadi jurutera.

2. Berlumba-lumba untuk dapatkan keputusan cemerlang, mahu straight A, dapat nombor 1 dalam kelas, menjawab soalan berdasarkan skema jawapan yang diberikan, akhirnya pelajar menjadi robot, tak kreatif , takut, stress, mengalami depression dan bunuh diri.

3. Terdapat satu babak yang sangat menarik di dalam filem ini, Prof. Virus mengamuk di pejabat bila mana Amir Khan mencabar pegangannya selama ini. Maka, ditarik tangan Amir Khan masuk ke bilik kuliah dan disuruh mengajar. Babak ini sangat menarik, Amir Khan mahu beritahu, dia bukan mahu tunjuk pandai, tetapi menunjukkan cara mengajar yang sebenar! Win!

4. Subjek yang kita belajar di sekolah harus diterjemahkan di dalam kehidupan. Macam Amir Khan di awal babak masuk ke kampus, hingga senior di situ terkena renjatan elektrik. Rakannya Farhan dan Raju memberitahu, mereka belajar bab itu, tetapi Amir Khan praktikkannya. Genius!

5. Mahu belajar kejuruteraan harus berdasarkan minat, bukan paksaan dari sesiapa. Inilah prinsip yang Amir Khan pegang hingga menjadi seorang Professor terbilang di hujung cerita.

6. Setiap pelajar berhak untuk menyatakan pendapat, walau pandangan pengajarnya salah. Sebagai contoh, Prof. Virus menunjukkan pen yang dicipta dengan nilai jutaan ringgit dan ia hanya digunakan untuk menulis di angkasa. Akhirnya, Amir Khan kata kenapa tak guna pensel sahaja, bukankah boleh jimat duit. Win!

7. Pelajar yang beria-ia fokus di dalam kelas, anak emas guru serta ulat buku tidak semestinya bagus di dalam semua perkara. Di dalam filem ini, Amir Khan paparkan watak Silencer yang berlagak kononnya dirinya yang paling pandai, tetapi kerjaya yang dibina tidak mampu melawan Amir Khan, yang betul-betul minat dalam bidang kejuruteraan.

Berdasarkan 7 point ini, sangat jelas gagasan yang Dr.Maszlee Malik mahu bawa di dalam sistem pendidikan negara. Setiap murid akan dilayan sama rata, tiada yang lebih, tiada yang kurang dan yang paling penting tugas guru akan diringankan.

Bila Kak Fa baca mengenai perkara ni, Kak Fa teringat ex-colleague Kak Fa yang pernah tinggal serta belajar di Jerman beberapa tahun dan juga ex-colleague Kak Fa yang sememangnya berasal dari Jerman bercerita kepada Kak Fa tentang konsep pendidikan yang sebegini. Anak-anak di Jerman dikatakan diberikan pendidikan berdasarkan minat dan juga kemahiran mereka. Bukan semata-mata akademik. Katalah kan ya, jika anak tu sedari kecil kurang dari segi akademik tetapi lebih kepada minat kepada solekan ataupun muzik ataupun lakonan ataupun apa sahaja, ibu bapa mereka akan menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat pembelajaran yang berkaitan sehingga akhirnya those kids turns out to be a professional in their expertise and passion. Adakah ini salah satu daripada arah perubahan yang cuba dilakukan? Tak tau nak cakap kan? Kita tengok sahaja nanti bagaimana. Betul tak?

Found this? Maybe you would like to take a look at it.


Jangan salah anggap ya… Kak Fa bukan cuba-cuba nak mempolitikkan sesuatu yang berkaitan dengan keibubapaan mahupun cuba-cuba mempolitikkan www.bubblynotes.com. Apa yang Kak Fa kongsikan ni sebab Kak Fa ambil berat dan mengambil tahu tentang hala tuju dan arah tuju sistem pendidikan Malaysia sebab Kak Fa sendiri punya anak yang bakal memasuki alam persekolahan sebenar bermula dari tahun 2020 nanti. Jadi dah tentu-tentulah Kak Fa sendiri mahukan pencerahan itu dan Kak Fa sendiri mahukan pengetahuan tentang dunia pendidikan sekarang.

Apa pun, semoga apa sahaja bentuk perubahan di dalam sistem pendidikan Malaysia, ianya dapat memberikan manfaat kepada semua pihak yang berkaitan dengan dunia pendidikan dan tidak mengelirukan anak-anak murid yang sedang menuntut ilmu. Betul tak?
thumbnail

Ini Kalilah Raya Bersama TRAVELOKA

INI KALILAH RAYA BERSAMA TRAVELOKA

People! 2 Ramadhan 1439H jer baru... tapi Kak Fa dah sibuk terbayang-bayang perasaan seronok dan teruja untuk pulang ke kampung halaman. Malangnya... Ha ha ha... Open-mouthed smile Kak Fa tak ada kampung halaman dah pun... Mampu tumpang tengok dan tumpang happy jer lah bila lihat status update ataupun gambar anda pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri nanti di media sosial. Kesian tak? Kesian kan? Tapi bukan perasaan sedih Kak Fa ni yang Kak Fa nak mengadu domba pada anda semua. Kak Fa nak tanya sikit... Dah buat persediaan untuk perjalanan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Syawal nanti? Kalau belum, apa kata? Ini kalilah Raya Bersama TRAVELOKA? Kak Fa kan Mak Jemah TRAVELOKA? Setiap kali ada cerita best mengenai TRAVELOKA, mesti Kak Fa tak sabar nak kongsi dengan anda.

Cerita TRAVELOKA kali ni, berbunyi begini...

INI KALILAH RAYA BERSAMA TRAVELOKA!

Musim-musim perayaan ni, terutama yang kampung jauh-jauh tu - memang berebut-rebut masing-masing nak menempah tiket penerbangan awal hanya kerana disebabkan takut kehabisan tiket dan juga takut harga tiket menjadi semakin tinggi dari hari ke hari. Kan? Yang Kak Fa selalu dengarlah dari kawan-kawan yang berkenaan. Kalau lewat sikit jer, sama ada tiket habis ataupun harga tiket melambung-lambung tinggi.

Know what? Mungkin apa yang Kak Fa nak kongsikan ini merupakan satu solusi yang paling praktikal untuk anda. Sebabnya... Bersempena hari baik, bulan baik ni, TRAVELOKA amat berbesar hati untuk memberikan diskaun tambahan sebanyak 10% untuk penerbangan dan hotel kepada semua para pelanggan TRAVELOKA bagi semua laluan, semua destinasi dan semua tarikh perjalanan yang ada di dalam kempen terbaru mereka melalui kod kupon TRAVELOKA.

Contohnya lah kan? Sewaktu promosi TRAVELOKA, anda layak mendapat diskaun sebanyak 40% untuk urusniaga anda di TRAVELOKA. Bonus untuk anda, bersempena dengan kempen Raya Bersama Traveloka, anda akan mendapat tambahan sebanyak 10% lagi diskaun. Bermaksud, secara total, jumlah diskaun adalah 50%. Untung kan? Untung weiii... Macam Raya dapat duit raya lebih jer macam ni kan? Sebab dapat berjimat dengan sebaiknya untuk Raya. Dah ada diskaun, lepas tu dapat diskaun lagi. Kak Fa memang sukalah macam ni. Gila tak suka?

Tidak kira dekat ataupun jauh, TRAVELOKA hanya ingin menjadikan Raya anda lebih seronok dengan tawaran eksklusif 48 jam mereka. Note that ya... Kod kupon adalah terhad. Suka ke tak? Kalau suka, jom ikuti sedikit penerangan dari Kak Fa bagaimana anda boleh mendapatkan diskaun tambahan ini.

Langgani Newsletter TRAVELOKA

Perkara pertama yang perlu anda lakukan sebelum jam 3.00 petang, 21 Mei 2018 adalah melanggani newsletter TRAVELOKA dengan kadar segera bermula dari sekarang. Pengguna yang telah melanggan sebelum 21 Mei 2018 berpeluang untuk mendapatkan akses lebih awal selama 48 jam di antara tarikh 21 sehingga 22 Mei 2018 kepada promosi Raya Bersama TRAVELOKA.

Pengguna yang telah melanggan newsletter TRAVELOKA sebelum 21 Mei 2018 akan menerima kod kupon yang berkaitan pada pagi 21 Mei 2018 untuk menikmati akses awal promosi. Kalau terlepas? Tak apa, kalau terlepas early bird wave, anda masih boleh mendapatkan akses kepada promosi ini melalui akses umum dari tarikh 23 sehingga 29 Mei 2018.

Bagaimana Hendak Melanggani Newsletter TRAVELOKA?

Senang jer... Tak susah pun...

INI KALILAH RAYA BERSAMA TRAVELOKA (2)

Untuk melanggan newsletter TRAVELOKA anda boleh terus ke pautan di SINI. Lagi cepat lagi bagus, lagi lambat, lagi lambatlah nak dapat kod diskaun tambahan tu. Jadi semuanya bergantung kepada diri anda sendiri ya. Jangan cakap Kak Fa tak payung Umbrella  ok. Ni Kak Fa dah bagi tau punya awal dah ni. Promosi awal ni dibuka sehingga 22 Mei 2018. Kalau terlepas, sila tunggu sehingga promosi ini dibuka kepada umum pada 23 Mei 2018.

Nak mudah lagi... masing-masing ada telefon pintar sepintar-pintarnya kan? Haaa... sila rajinkan diri memuat turun aplikasi TRAVELOKA melalui Apps Store mahupun Google Playstore ya?

INI KALILAH RAYA BERSAMA TRAVELOKA (3)

Confirm! Anda takkan terlepas setiap promosi berharga dari TRAVELOKA. Guna aplikasi TRAVELOKA jer senang, lebih banyak penjimatan, lebih banyak diskaun yang ditawarkan. Kalau bandingkan harga tempahan di laman web dan di aplikasi, harga adalah lebih rendah sekiranya penempahan dilakukan melalui aplikasi TRAVELOKA di telefon pintar. Super duper kebabom! Bila-bila masa, mana-mana tempat, boleh akses tempahan dengan menggunakan aplikasi. On the go katanya!

Jadi kawan-kawan, ambillah peluang ni ya? Sempena ada promosi ni, bolehlah lebih berjimat untuk perjalanan pulang ke kampung Syawal ini. Kalau dapat jimat kita jimatlah kan? Yang kaki travel pun boleh ambil peluang ni untuk dapatkan lebih penjimatan untuk perjalanan anda bersempena dengan promosi Raya Bersama TRAVELOKA ni. Kak Fa dah cerita ni, penat-penat Kak Fa menaip tau tak... Jangan buat tak tau pula atau jangan kata "Kak Fa tak kongsi pun..."... Dah cepat-cepat pergi study tentang promosi ni dan cepat-cepat ambil tindakan ya?
thumbnail

Senarai MENU SAHUR Ringkas Dan Mengenyangkan

SENARAI MENU SAHUR RINGKAS DAN MENGENYANGKAN
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Salam 1 Ramadhan 1439H. Nerd smile. Ok lagi ke tu? Masih boleh bertahan? Winking smile. In Shaa Allah, kita semua mampu kan? kan? kan? Cumanya, Kak Fa ni tengah tersenguk-senguk menahan rasa mengantuk yang amat di dalam kesejukan angin dari penghawa dingin pejabat dan juga kenyamanan cuaca sekeliling yang mendung jer hari ni. Serius – mengantuk tahap genre heavy metal dah Kak Fa ni ha. Ermmm… Sajalah nak tanya, sahur apa pagi tadi? Meriah ke menu sahur anda? Kak Fa kalau sahur sukakan sesuatu yang ringkas dan terus-terang Kak Fa mengaku, Kak Fa memang tak akan masak lauk-pauk di pagi-pagi hari untuk bersahur. Paling-paling pun, Kak Fa cuma akan goreng telur dadar, masak goreng-goreng yang ringkas jer. Heee…. Selalunya kalau ada lauk lebihan di waktu malam, lauk itu jugalah yang Kak Fa akan makan untuk bersahur. Itupun kalau Kak Fa makan nasi putih lah… Most of the time tak! Kak Fa tak lalu nak makan nasi putih dan lauk pagi-pagi. Dah cuba, tapi tak boleh. Habis tu? Apa jer yang Kak Fa makan bila bersahur? … Ini ada senarai menu sahur ringkas dan mengenyangkan bagi Kak Fa.

Nasi Goreng

SENARAI MENU SAHUR RINGKAS DAN MENGENYANGKAN (2)
Kredit: Gambar dari Google

Ini memang menu sahur popular untuk isi rumah Kak Fa. Bila dah sebut paling popular tu, bermakna kami memang kerap makan nasi goreng untuk sahur lah. Tak kisahlah apa jenis nasi goreng sekalipun. Nasi goreng hailam ke? Nasi goreng cina ke? Nasi goreng seafood ke? Nasi goreng biasa ke? Janji nasi goreng. Bagi Kak Fa, dapat layan nasi goreng pagi-pagi pun best juga.

Sandwich

SENARAI MENU SAHUR RINGKAS DAN MENGENYANGKAN (3)
Kredit: Gambar dari Google

Pagi-pagi gigih mengapit sandwich bertingkat-tingkat. Flirt male. Kalau tak sandwich bertingkat-tingkat macam ni, Kak Fa akan buat sandwich telur. Pada Kak Fa kenyang jugalah. Tapi pada orang lain Kak Fa tak tau lah. Perut kita masing-masing berbeza di dalam istilah kenyang tu.

Cereal Dan Oat Bersama Buah-Buahan

SENARAI MENU SAHUR RINGKAS DAN MENGENYANGKAN (4)
Kredit: Gambar dari Google

Ini paling ringkas. Paling ringkas dari segi penyediaan. Sedap pun sedap. Overload kenyang pun kenyang. Kalau inilah yang jadi sahur, ceria jer sepanjang hari sebab memang bagi Kak Fa ini sangat mengenyangkan. Nak telan sambil mata terpejam sewaktu makan sahur pagi pun mudah ni ha. Muahahaha… Open-mouthed smile Buruk tak perangai?

Ketiga-tiga ni adalah menu sahur ringkas dan mengenyangkan menurut definisi perut Kak Fa. Kak Fa kongsi jer. Tak semestinya akan sama dengan orang lain. Setiap orang ada selera berbeza-beza. Errr… Jujur ikhlas, Kak Fa lagi ingat bantal dan tilam dari makan sahur. Kadang-kadang tu sanggup tak bangun sahur, makan siap-siap tengah-tengah malam semata-mata nak layan mata. Iyalah, malam-malam kadang-kadang Kak Fa berjaga juga siapkan kerja-kerja apa yang patut, ambil jerlah kesempatan tu untuk makan sahur siap-siap. Nampak tak permainannya di situ? Antara tidur dan makan… Kak Fa memilih tidur. Smile with tongue out. Makan tetap makan tetapi mungkin macam nilah cara makan sahurnya Kak Fa ataupun makan sahur terlebih awal sebelum tidur.

Buat masa sekarang ni, memang macam nilah. Belum lagi bangun pagi-pagi keletung keletang dekat dapur masak lauk-pauk untuk sahur di pagi hari. Akan datang, tak pastilah kalau-kalau akan sama-sama bersilat di dapur pagi-pagi macam anda. Mungkin bila Firash dah mula belajar berpuasa? Who knows kan? Sebab Firash tu makanan dia semua nak yang fresh dimasak. Picky and choosy kan? Macam tu lah. Dia boleh kenal makanan yang dipanaskan, overnight or what. Dia boleh bezakan. Cuma buat masa sekarang ni, kalau setakat Kak Fa seorang yang makan sahur, ha ha ha… takkan beria Kak Fa nak masak dekat dapur pukul 4 pagi? Flirt male. Nenek dan Atuk Firash masing-masing akan makan sahur siap-siap sebelum tidur.  So…for me, menu ringkas dan mengenyangkan tanpa perlu bersusah-payah adalah yang paling praktikal untuk Kak Fa.

Bukan malas isunya. Tapi setakat makan seorang, tak praktikal kan? Nak ber-ia memasak lauk pauk pagi-pagi. Betul tak? Nerd smile.