Home » , , , , , , , , , » "Breast Milk Momsicles" | Kudapan Berkhasiat Bagi Bayi!!!

"Breast Milk Momsicles" | Kudapan Berkhasiat Bagi Bayi!!!

Sumber dari Google
Jeng jeng jeng... siapa cakap bayi tak boleh makan aiskrim? Bayi pun boleh makan aiskrim lah... Haaa, siapa yang pernah buat macam ni? 

Walaupun Farah tidak menyusukan Ash melalui susu dari badan sendiri, tapi sukalah kiranya Farah nak berkongsi dengan uolss semua tentang Breast Milk Momsicles... Iaitu aiskrim susu badan buatan sendiri... Pernah terfikir tak? Satu pencuci mulut yang ringkas dan sangat mudah disediakan... 

3 Langkah Penyediaan
  • Kenalah perah susu badan tu dulu kan? Kalau tidak mana nak dapat hasilnya... tak kisahlah sama ada pakai tangan ataupun pam, yang mana memudahkan serta menringkaskan kerja.
  • Sediakan bekas-bekas sebagai contoh gambar di atas dan sterilkan dulu yer. 
  • Selepas itu, tuang ajer susu badan yang dah diperah tadi ke dalam bekas tu dan bekukan. Tunggu sejuk dan dah siap!
Mudah kan??? Boleh buat pada bila-bila masa dan lepas tu anak-anak boleh menikmati dengan indahnya seperti gambar di bawah... 

Sumber dari Google
Kalau Ash menyusu badan dah lama dah Farah buat macam ni... tapi Ash tidak...makanya Farah pun kongsikanlah dengan uolss semua. Kalau nak tau, Momsicles ni memang satu perkara yang popular di kalangan ibu-ibu yang menyusukan anak-anak tau terutama di luar negara. Kenapa?

Berkesan Untuk Membantu Mengurangkan Sakit Nak Tumbuh Gigi
Bayi nak tumbuh gigi akan seronok mengulum dan menghisap Momsicles ni...sebab sejuk dan melegakan sakit nak tumbuh gigi tu.

Snek Sihat Untuk Bayi
Momsicles adalah satu snek yang sihat untuk bayi dan membolehkan bayi mengeksplorasi tekstur makanan yang baru iaitu aiskrim!

Tiada Bahan Kimia Tambahan
Ibu-ibu boleh memberikan Momsicles ni dengan sekerap mungkin sebab selamat, tiada bahan kimia tambahan dan adalah susu yang diperah terus serta segar dari ibu itu sendiri. Susu ibu bila dah perah simpan dalam peti ais memang cara penyimpanan yang dianjurkan dan digariskan kan? Jadi ianya adalah sihat. Tak perlu perisa tambahan untuk Momsicles ni macam aiskrim-aiskrim lain.

Kandungan Nutrisi Yang Tinggi
Semasa bayi sedang "menderita" muahahaha... kesakitan nak tumbuh gigi, bayi mungkin menolak untuk menyusu. Makanya dengan adanya Momsicles ni, ibu-ibu tak perlu risau yang anak-anak tak nak menyusu yer. Salah satu modus operandi dan penyelesaian ni. Kan kan kan?

Bagus Untuk Melegakan Sakit Tekak
Doktor selalunya akan sarankan cecair sejuk ataupun ais untuk membantu melegakan sakit tekak pada bayi...makanya Momsicles ni adalah pilihan terbaik.

Sebagai Medium Memperkenalkan Solid Foods
Bayi akan mula menunjukkan minat tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka semasa makan. Momsicles ini adalah bagus, sedap dan bernutrisi di dalam memperkenalkan solid foods di dalam diet mereka.

Apa Yang Perlu Diperhatikan?
  • Semestinya kena jaga kebersihan semasa menyediakan Momsicles ni. Yang terbaik adalah gunakan bekas silikon yang boleh disteril bila setiap kali digunakan. 
  • Untuk bayi yang masih belum makan, gunakan susu ibu sahaja semata-mata. Untuk bayi yang dah mula makan, boleh pelbagaikan sedikit. Letak kurma ke? Kismis ke? Berries ke? Yummehh!!! 
  • Gunakan bekas yang kecil dan ringan supaya bayi senang pegang dan juga senang untuk mengunyah atau menghisap. 
  • Jangan lupa pakaikan bib yer kawan-kawan...ha ha ha...namanya makan aiskrim... la la la... mestilah comot bomot giteww kaedahnya... 
  • Letakkan tikar atau alas di mana bayi tu didudukkan, sebab pasti akan meleleh... 
  • Ibu-ibu kena perhatikan yer untuk mengelakkan risiko kalau-kalau anak-anak tercekik... 
Menarik tak??? Menarik kan??? Ha ha ha, nak sibuk jugak, walaupun Ash tak menyusu badan, gantikan dengan susu formula pun boleh!!! *_^... Ye tak? Untuk yang berura-ura nak mencuba atau bercita-cita nak mencuba... Jom kita sama-sama mencuba...ha ha ha...tapi bezanya Farah cuma pakai susu formula jer lah...susu den nan hado laie... ha ha ha... Selamat mencuba!!! 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel "Breast Milk Momsicles" | Kudapan Berkhasiat Bagi Bayi!!!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, November 4, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

27 comments:

  1. waaaa..idea yang bagus ..since mia memang kuat menyusu & suka ice krim..tp mana nak dapat bekas tu eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bekas tu banyak kat kedai-kedai 2 ringgit dan juga kedai-kedai macam DAISO tu. Tak silap kat IKEA pun ada...

      Delete
  2. Menarik ni. Tggu ank besar sikit nnt nk cuba buat jg la :)

    ReplyDelete
  3. menarik ni..tapi mana nak cari acuannya tue....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kak MV... kat kedai RM 2, kedai macam DAISO dan IKEA pun ada rasanya... Boleh cuba online jugak... ^_^

      Delete
  4. Tak pernah pula nak terfikir nak buat macam ni. Thanks for the info sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha sekarang dah boleh terfikir dah...he he he...

      Delete
  5. Replies
    1. buat untuk cheq mek pun ok ni... tapi buat susu yang dia minum sekarang lah...ataupun drinks yang dia minum sekarang...mesti dia suka...

      Delete
  6. suka dengan color2nya yg menarik
    dulu masa anak2 kecik, kak mieja selalu beli dekat robinson, singapore,

    mrs valentine: try cari dekat robinson midvalley, tapi tak sebanyak dekat sing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak mieja? mak budak pun suka yang colourful jugak...

      Delete
  7. Dulu ada la buat sekali kat Mikhaill..hagham tak nak nye dia..dia takut sejuk tu..sekarangdah besar ni bekas tu buat aiskrim oren,milo,nak pulak dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he, ikut mood sorang-sorang baby tu...

      Delete
  8. mould tu menarik..comel je..sesuailah untuk baby kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. akak tengok pun suka jer comel jer...

      Delete
  9. Tak ada anak lagi tapi teringin nak buat jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha, dear tapi bukan susu ibu yer... buat perisa-perisa....

      Delete
  10. ala bab nk pump yg malas ni sebab anak memang direct feed hehe tp idea ni memang menarik...tq 4 sharing !!

    ReplyDelete
  11. boleh buat nanti kalau ada anak sendiri..hehe

    ReplyDelete
  12. wah...sekarang dah ada macam2...eskrem susu ibu...hihihi...tp kan...x kembung ke perut baby nanti...for sure bukan baby baru lahir la kan...but still baby yang dah besar boleh sakit perut sebab sejuk....

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia