Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff

Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff 

Ubat batuk di bawah preskripsi doktor sudah hampir kehabisan. Tapi batuknya tak juga menunjukkan ada tanda-tanda nak berkurang atau beransur pulih. Sad smile Sehinggakan satu malam tu, minggu lepas, terduduk Iman Firash dari tidur lena. Termuntah dan mula merengek akibat tidak selesa dengan batuk yang tentu sahaja mengakibatkan segala sendi dan abdomen dia terasa sakit. Letih ooo... anak kecil kalau batuk. Sedangkan kita yang dewasa ni pun boleh jadi letih dan sakit abdomen dengan batuk, apakan lagi anak-anak kecil kan? Susah hati dan kasihan melihatkan keadaan dia sampai begitu sekali. Jadi tak cukup tidur, tantrum di tadika. Sampaikan akhirnya, terluah pula rasa susah hati dan kasihan pada Iman Firash di laman media sosial Facebook:

Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff 2

Minyak bawang putih bakar kelapa dara Farah dah cuba buat dan nampaknya seperti sekejap ajer kesannya walau konsisten. Selepas tu, jadi balik. Baru jer reda jadi balik. Selepas dari Farah memuatnaikkan status tersebut di laman media sosial Facebook, terus kakak What's App dan cadangkan supaya Farah mencuba minyak Aroma Health Cough Blend by Wawa Yusoff ni.

Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff 3

Dengan serta-merta Farah What's App Wawa untuk bertanya tentang produk Aroma Health Cough Blend by Wawa Yusof dan kalau boleh malam tu juga Farah nak jumpa Wawa serta ambil Aroma Health Cough Blend sebab tak sanggup nak lihat keadaan Firash yang batuk teruk. Cuma tak ada rezeki nak jumpa Wawa malam tu sebab Wawa ada urusan dan kalau nak jumpa pun dalam 11.00 malam macam tu. Tak apalah, Allah uji untuk lebih bersabar di dalam setiap urusan.

Esoknya, barulah berkesempatan jumpa Wawa sewaktu waktu rehat makan tengah hari. Lebih kurang dalam pukul 12.45 tengah hari macam tu. Syukur sangat sebabnya akhirnya dapat juga dapatkan Aroma Health Cough Blend tu untuk Firash. Tak sabar tunggu petang tu. Nak balik dan nak sapukan Aroma Health Cough Blend pada Firash. Di dalam masa yang sama? Tu diaaa... diri sendiri dah mula rasa tekak panas semacam dan mata panas semacam. Dah tau dah... dah tau... Farah pula ni yang bakal sakit ni. Hu hu hu... tapi tu tak apa, cerita lain nanti kalau sempat... In Shaa Allah... Ha ha ha... Kalau Farah rasa nak ceritalah kan?

Malam tu... Farah mula sapukan Aroma Health Cough Blend pada Firash.


Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff 4

Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff 5

Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff 6

Sapu pada bahagian belakang badan Firash dalam urutan menaik sepertimana yang Wawa ajarkan.

Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff 7 

Sapu pada tapak kaki Firash dan cuba gunakan teknik urutan tapak kaki sepertimana yang pernah Farah baca di dalam satu artikel atas talian tidak lama dulu.

Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff 8
Kredit: Sumber dari Google
Kita cubalah, usaha, ikhtiar dan juga tawakal kan? In Shaa Allah, mana tahu dengan izin Allah berjaya untuk memberikan kelegaan kepada Iman Firash?

Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff 9

Apa saja yang patut, semuanya Farah cuba! Demi anak... selain tu Farah pun sapukan pada leher dan juga dada Iman Firash.

Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff 10 

Awww... smexy sikit anak manja Mommy ni dalam gambar ni kan? Tak apalah sekadar nak tunjukkan contoh, bukannya niat nak menyimpang pun kan? Hasilnya? Syukur sangat-sangat, lena yang teramat lena dia tidur pada malam tu! Allahuakbar! Syukran Ya Allah.

Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff 11 

Keesokan paginya bangun, ceria hari dia dan behave di tadika. Teacher dia kata pun, nampak ada kurangnya batuk dia. Memang Farah pantau dan lihat batuk Iman Firash sudah mulai kurang. Bak kata Wawa, kalau terdetik jer sapu pada anak. Tak perlu tunggu-tunggu lagi dah. Tulah juga yang Farah lakukan. Penyakit kan? Datang macam ribut, pergi macam siput. Macam tulah. Kenalah bersabar. Tapi sekurang-kurangnya progressing dan tak adalah teruk sangat keadaannya. Sebelum jadi lebih teruk? Eloklah bertindak cepat. Tak sanggup dah lihat anak warded sebab sakit. Kalau boleh memang nak elakkan.

Farah berterima kasih sangat pada kakak sebab syorkan Aroma Health Cough Blend by Wawa Yusoff ni dan sekarang Farah panjangkan kepada ibu bapa lain di luar sana tentang informasi ni. Sebabnya? Sebab saya seorang ibu dan saya memahami bagaimana perasaan apabila melihat anak kecil yang tidak sihat. Jika ada pilihan lain selain ubat-ubatan klinik yang sudah tentu mengandungi drugs tentulah kita nak pilih pilihan lain tu kan? Sumbat sampai habis sebotol ubat tetapi tak berhasil pun kita boleh susah hati dan risau hati.

Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff 12 

Ibu mengandung pun gunakan Aroma Health Cough Blend ni tau. Terbukti memang memberikan kelegaan. Jadi sesiapa yang sedang hamil dan mengalami batuk tu boleh cuba hubungi Wawa dan cuba Aroma Health Cough Blend ni ya?

Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff 13

Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff 14

Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff 15

Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff 16

Harga yang Wawa jual pun mampu milik. Untuk Cough Blend, Farah beli dari Wawa RM 25.00 dan tiada yuran postage sebab COD. Jika termasuk yuran postage anda kena tambah RM7.00 lagi ya? Faham kan?
Untuk Maklumat Lanjut:

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Aroma Health COUGH BLEND by Wawa Yusoff, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, February 4, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. Salam perkenalan... blogwalking dan done follow blog nie. :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia