![]() |
Source Extracted from Google |
Kebelakangan ni bukan saja Facebook, Twitter, atau laman media sosial yang lain, tetapi juga di blog, ianya dijadikan sebagai tempat meluahkan perasaan. Apabila kita ada masalah saja, kita "update" statu mengadu dan merintih. Bila sedih, kita "update" status meratap. Jika marah, kita "update" status maki2an. Sehinggakan sahabat2 kita terasa "annoying" dengan status2 tersebut. "Attention whore" ke apa? "Yess!!! I mean" 'KITA' sebab sejujurnya saya pun pernah terjebak dengan gejala tersebut.
Ibarat media sosial tu macam "The Wailing Wall" atau Dinding Ratapan. Bukan nak menyimpang atau menyamakan, tetapi sedikit intipati yang saya maksudkan dengan "The Wailing Wall" atau "Dinding Ratapan"...
Source Extracted from HERE |
![]() |
Source Extracted from HERE |
"The Wailing Wall" atau Dinding Ratapan adalah sisa tinggalan dinding Bait Suci Kedua di Baitulmuqaddis yang dibangunkan oleh Nabi Sulaiman AS. Bagi umat Islam, dinding ini juga merupakan dasar binaan Masjid al-Aqsa dan Masjid Omar, serta diyakini sebagai gerbang tempat berangkatnya Nabi Muhammad SAW dari Baitulmuqaddis ke Syurga (mikraj) dengan menaiki Buraq.
Panjang tembok ini pada asalnya adalah sekitar 485 meter, tetapi kini panjangnya hanya tinggal 60 meter sahaja. Orang Yahudi percaya bahawa tembok ini tidak ikut hancur sebab di situlah terletaknya "Shekhinah" (Sakinah" yang bermaksud kehadiran Illahi. Jadi pada mereka, berdoa di situ sama ertinya dengan berdoa kepada Tuhan.
Disebut "Dinding Ratapan" kerana di situlah destinasi suci untuk orang Yahudi berdoa dan meratapi dosa2 mereka dengan penuh penyesalan. Mereke juga meletakkan doa mereka yang ditulis pada sepotong kertas yang disisipkan pada celah2 dinding itu.
![]() |
Source Extracted from HERE |
Semakin kita khusyuk, semakin kita asyik, semakin kita seronok luahkan perasaan mengadu di media sosial hurmm..macamlah dengan luahan perasaan tadi dapat membantu. Silap2 bertambah sakit hati dengan "reply" daripada manusia yang tidak tahu erti berbahasa. Padahnya diri sendiri, lepas tu angin dan meroyan satu badan. Apatah bila jawapan atau penyelesaian diberikan sang "reply" tadi, tak memuaskan kehendak hati, mulalah nak mengamuk dan cakap si "reply" tak memahami apa berlaku. Kan ke padan muka? Mengadu pada Allah lebih baik kenapa jadikan media sosial sebagai medan aduan?
Contoh ek??? bercerai dengan isteri, bergaduh dengan suami pun ditulisnya dalam media sosial... Apa kes??? Saya sendiri yang menghadapi macam2 dugaan tak adalah sampai nak "post" tentang isi luar dalam kehidupan peribadi. Memang ler media sosial kita, ikut suka hati kita, tapi jangan lupa satu dunia (fuyoo besar sangat tu)...satu Malaysia boleh membaca... nanti malukan diri sendiri, malukan pihak lain (tak taulah kalau memang betul2 berniat nak malukan orang kan?) dan malukan keluarga atau pasangan sendiri... Perlu ke? Membantu ke? Sejuk ke hati lepas luahkan macam tu? Tenangkah jiwa selepas ramai rakan2 "reply" menghulurkan simpati??? Ingat ya, tak semua orang ikhlas dalam memberi pendapat, ramai yang ketawa juga dalam hati dengan musibah yang kita hadapi. Tak percaya? Terpulanglah....
Saya akui saya memang jenis tak reti nak mengadu masalah pada orang, apatah pada "public". Kecuali, suami, mama, papa dan orang yang betul2 rapat dengan saya di sekitar saya yang tahu dan maklum masalah saya. Saya demam, saya tak ada duit, orang tak pernah tahu. Saya sedih, saya menangis, saya tertekan, orang tak pernah tahu. (Suami tahu!!! "Even" mama dan papa pun tak tahu "occay"???" Bukanlah jenis perahsia sangat tapi memang jenis yang tak reti nak mengadu domba ke sana ke mari atau memperdagangkan cerita peribadi pada umum.
Susah senang saya, saya sendiri yang tahu dan orang2 sekitar saya. Kalau pun saya nak mengadu, saya akan mengadu sekali lalu, sama ada orang perasan atau tidak, itulah saya. Biasanya ramai yang tak perasan yang saya sedang luahkan perasaan... ^_*. Saya jenis yang manja, tapi nampak lincah di luar...he he he... Wanita biasa, ada masa agresif ada masa feminin. Tengok keadaan, ikut kesesuaian masa dan keadaan.
Blog??? Memang ada juga mengadu kat sini, tapi tak ketara dan tak nampak "pathetic" lah... biarpun saya tahu ada yang membacanya, saya tak kisah. Selagi cara saya mengadu tu tak dapat dosa, tak aibkan sesiapa dan tak guna kata2 kesat, saya rasa "occay"lah kot??? Lagipun, saya dah mengadu terlebih dulu pada Allah. Sebab Dia walaupun dah tahu, saya tetap beritahu. Saya puas begitu. Dia lebih tahu. Perancangannya lebih sempurna. Maka, saya tak terfikir pun nak mengadu kes kehidupan peribadi pada media sosial.
Mungkin juga tanpa kita sedari, kita lebih banyak mengadu masalah di media sosial daripada mengadu kepada Allah SWT yang Maha Mendengar itu. Lebih banyak berdoa di media sosial daripada berdoa di sejadah. Mungkin jer tau...tak semestinya...karang kang ada pulak yang makan hati dengan statement ni dan melenting...
*Jadi, gunalah laman media sosial sebaik mungkin. Jangan jadikannya sebagai dinding ratapan. Diulangi, LAMAN SOSIAL! Bukan Facebook ajer... Dinding Ratapan Yahudi tu sebagai info tambahan ajer... *_^
Entri asal akak RamRam Cute di SINI
kadang2 ada jugak tulis ketidakpuashatian tu..tapi elak tidak menjatuhkan maruah orang lain...insyallah
ReplyDeletemacam terasa rasa gaklah diri ni bila baca entri ni huhu.... Kadang bukan kita tak sayang atau bukan kita tak suka atau bukan nak tunjuk aib semua orang cuma nak mintak pendapat...kalau mereka disituasi begitu apa yg akan mereka lakukan, itu aje...
ReplyDeleteTapi pendapat mereka mmg semuanya baik2 aje, jarang ada yg betul2 jujur...biasalah nak jaga hatikan...hehe
tak salah gunakan semua media sosial tu tapi yang penting kita bijak menggunakannya....
ReplyDeleteYahudi membina Facebook utk kepentingan mereka. Tidak salah menggunakannya tapi kita pula perlulah bijak, gunalah facebook utk kebaikan bersama dgn berkongsi ilmu dan panduan. Maklumat dan kisah peribadi boleh di utarakan buat tatapan keluarga/rakan2 terpilih sahaja...tak perlulah bagitau satu dunia. Maruah, martabat dan etika wajib di jaga.
ReplyDeletelain org lain pendapat..ada yg guna ke arah kebaikan ada juga sebaliknya..untuk sy yg baik jdkan amalan yg buruk jadikan sempatan..kalau rasa mls nak bc status yg kurang enak di tatap sy lebih suka unfriendz..
ReplyDeletekita kena bijak nak menggunakannya :)
ReplyDeleteentry yg bagus...umi sebaik mungkin cuba elak dr membuat perkara ni kat facebook huhuhu
ReplyDeleteentry ni memang best la kak.
ReplyDeleteSaya setuju kerana, walau itu adalah hak masing2, namun kita kena berpada-pada dalam meluahkan rasa hati. sebaik-baiknya, jika ada rasa marah, kesal atau sedih, mengadu dan bersandarlah pada Allah kerana Dia adalah sebaik-baik Pendengar.
Semput membaca...hahahaha. Tapi apapun kena ada batasan. Bukan semua boleh di luahkan di Facebook.
ReplyDeletepasal update status nie saya rasa terpulang kepada diorang sebenarnya nak luah ke apa.. tapi yang penting nak meluah pun luahkanlah pada yang Maha ESA. ALLAH MAHA MENDENGAR.
ReplyDeletedari:
akubahrain.com
sy jarang update status kat fb,kecuali kalau betul2 perlu jer.geram pun ade jugak..ehehe tp kalau dh sampai tahap maksima la.waktu tu mmg sy xpeduli dah ade yg terasa ker tidak... :p
ReplyDeleteemm..betul tu bagi akak fb ni kita dpt eratkan silatulrahim kita..dpt tau ank berapa?cht ke?
ReplyDeletenk tulis status kt citu kena fikir dulu,status yg compius mmbuatkan orng berperasangka..xkn gaduh ngn somi pun nk updet..xlogik..hehe gunalah laman sosial ini sebaik mngkin..jngn guna untuk mmfitnah orng lain..no,,no,,:P
latest kenit luahkan rasa marah kat facebook kira2 pas raya gitu. Tu pun marah kat tikus je pun, tapi ada member kata kenit ni kena banyak muhasabah diri lagi..tak cukup tarbiyah katanya hahaha
ReplyDeleteApekejadahnya nak marah kat tikus pun kene ada tarbiyah gak ke??? hahahaha.
nak komen kena fikir perasaan orang lain, nak luahkan perasaan pun jangan terlalu over kelak memakan diri sendiri.....
ReplyDeleteassalam..1st time mamaD singgah blog farah bubbly ni..mungkin datang tp tak komen...mungkin juga, ok fb ..tak semegah yg disangka..banyak yg tak bagus dari yg bagus2. blog dan fb dua2 layan/suka tp gunakanlah secara bijaksan..madah berhelah tak semestinya semua nak dikongsi di wall boleh memalukan diri kalau terover bercerita tentang sesuatu yg privacy.
ReplyDeletepernah baca pasal wall tu
ReplyDeleteHal dlm kain x yah la citer kat fb...setakat hal2 biasa x pe kot at least kita boleh berkongsi pendapat..sometimes kita keliru x tau nk cari jln penyelesaian mcm mn kan...thats y kita share at least komen kawan sikit sebanyak membantu...walau tidak menyelesaikan...huish pesal panjang bonar entry ni....somput baco...
ReplyDeletethanks kak farah berkongsi sedikit info pasal wall tu
ReplyDeleteyumida pun baru tahu
aah..laman sosial ni klo guna utk kebaikkan maka dpt lah kebaikan yg diperoleh
tp bila disalahgunakan mendtgkan bahana pd diri sendiri n org yg dijdkn mangsa tu
yang pasti semuanya hanya untuk mencari perhatian..
ReplyDeleteEntri yang bagus...sebabnya sekarang ni semakin ramai yang menggunakan laman facebook untuk meluhkan perasaan dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya..lebih teruk lagi sehingga membawa kepada pergaduhan sesama sendiri...yang tentang wall tu saya juga pernah terbaca tentang tu...
ReplyDeleteheheheh mungkin yg paling tepat takde tempat nak meluahkan perasaan kot....entah lah apa2 pun benda yg maya ni sebenarnya tak nampak impaknya masa tgh update status tu...bila dah trending nanti mula la nak menggelabah...haha...
ReplyDeleteFacebook oh facebook..
ReplyDeleteterpulang kepada diri masing masing..
ReplyDeleteDh jrg up status di fb sbb sy blum smpt nk tapis kwn lagi..
ReplyDelete