Thomas and Friends berpisah tiada! Begitulah gandingan serasi Iman Firash bersama watak-watak siri animasi Thomas and Friends. 200 juta kali tonton kartun Thomas and Friends pun tak pernah nak jemu serta jelak. Sampaikan Mommy, nenek, atuk dah naik kenal dengan watak-watak di dalam kartun Thomas and Friends. Cubalah minat Superman ke? Batman ke? Ben 10 ke? Tapi tak ada menunjukkan ciri-ciri serta tanda meminati pun?

Memang Mommy dia dah kenal sangat dah dengan beberapa watak Thomas and Friends dan sampaikan dia pun ajar Mommy dia, yang ni namanya apa, yang tu namanya apa... Mommy dah kenal tau dengan watak Thomas and Friends tau! Tak percaya? Sila lihat gambar di bawah:
Haaa tu dia, Mommy dia dah boleh kenal dan senaraikan satu persatu watak dalam Thomas and Friends walaupun masih lagi belum lengkap sepenuhnya. Kalau nak diikut-ikutkan memang banyak lagi watak-watak siri animasi Thomas and Friends yang masih belum ada di dalam koleksi Iman Firash. Kalau tak silap-silap, lebih dari 50 watak Thomas and Friends yang ada. Kalau-kalau ada yang saja-saja nak ambil tahu dan saja-saja nak kenal bolehlah tengok-tengok laman web Thomas and Friends yang memaparkan keseluruhan senarai karakter Thomas and Friends.

Koleksi Iman Firash bukan sekadar permainan Thomas and Friends.
Akan tetapi boleh dikatakan hampir serba-serbi Thomas and Friends. Sungguh!!! Bukan Farah yang manjakan atau Farah belikan. Cumanya mungkin rezeki dia... Alhamdulillah, ramai yang bermurah hati berikan dia hadiah yang berkait dengan Thomas and Friends. Ada yang secara kebetulan dan ada juga yang sememangnya disebabkan tahu Iman Firash sememangnya peminat setia kartun Thomas and Friends.
Ha ha ha...

Beg sekolah yang dia kerap rotate ke tadika. Beg sekolah Thomas and Friends. Satu hadiah dari Atuk dan satu hadiah dari Ba Bah.
Stokin, bento box dan selipar Jepun yang Iman Firash dapat dari event Thomas and Friends.
Sponsored 3 years olds birthday cake untuk Iman Firash. (Psssttt... Mommy pun tumpang sekaki juga kannn?
Ha ha ha).

Ini pula adalah sandal yang dipakai setiap hari ke tadika. Hadiah dari nenek dia.
Sampaikan dia mandi pun nak bawa Thomas and Friends. Dia mandi, Thomas and Friends pun mandi juga. 

Terbaru... Huwaaa...
Mommy nak menangis dulu... yang satu dah pernah kongsi di dalam entri Set Katil Thomas & Friends ... Manalah Mommy Nak Cari Ni Firash???

I want thish Mommy! Like thish! Dah berulang-ulang dah permintaan tu dah. Lagi satu? Dia dah pandai pula minta yang ni pula...
Hu hu hu... yang ni boleh gagah lagi ler... sebab nampak di Lazada Malaysia harganya RM23.30. Ekekeke...
Firash oh Firash... Thomas and Friends berpisah tiada! Tapi agak-agaknya sampai bilalah obsesi Thomas and Friends Firash ni ya?
0 komentar:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.