Cara Mudah Sediakan MINYAK BAWANG PUTIH BAKAR KELAPA DARA

Farah Waheda Wahid
2
CARA MUDAH SEDIAKAN MINYAK BAWANG PUTIH BAKAR KELAPA DARA

Lebih 3 hari dah Iman Firash batuk. Selalunya kalau dia batuk, cuma sekadar batuk-batuk manja jer… very mild… sehari dua kemudiannya dah ok seperti sediakala. Akan tetapi, sekali ini, batuk dia agak teruk. Tak tenang juga hati ni bila melihat dia batuk. Kesian… Sebabnya boleh bayangkan bagaimana sakit dada, sakit abdomen segala bagai sewaktu dia batuk. Merah-merah muka dia bila batuk. Sedangkan kita yang dewasa ni pun kalau batuk rasa tak selesa, sakit dada, sakit abdomen segala bagai kan? Inikan pula anak-anak kecil. Ubat dari klinik Farah ada berikan sewaktu mula-mula batuk hari tu… tapi bila dah masuk hari ketiga, Farah berhenti berikan ubat dari klinik yang dibekalkan oleh doktor disebabkan Farah lihat tidak ada apa-apa perubahan langsung pun kepada batuk Iman Firash.

Malam semalam, lagilah kesian. Dah lena tidur dah Iman Firash. Tiba-tiba tidur dia terganggu dengan batuk yang agak teruk. Sehinggakan termuntah-muntah dia. Alahaiii… Memang meruntun jiwa keibuan Farah-lah kan? Bila tengok keadaan anak batuk sehingga sebegitu sekali. Akhirnya, hari ni, Farah sediakan juga Minyak Bawang Putih Bakar Kelapa Dara untuk Iman Firash. Bagaimana? Ni sekadar nak cerita jer lah… Rasanya ramai juga ibu-ibu yang dah pakar dan dah tau mengenai kegunaan Minyak Bawang Putih Bakar Kelapa Dara ni kot?

CARA MUDAH SEDIAKAN MINYAK BAWANG PUTIH BAKAR KELAPA DARA 4

Tak susah mana pun, ambil dua ulas bawang putih kemudian cucukkan pada garfu dan bakar bawang putih yang berkenaan dengan menggunakan dapur gas. Bising mulut Iman Firash sebab tak suka bau bawang putih dibakar…. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Selepas bakar, ketukkan bawang putih tadi dengan lesung batu dan kemudian ramas-ramas dengan tangan sedikit. Errr…sebenarnya memang tak ada minyak kelapa dara yang disimpan dalam rumah. Minyak zaitun pun rasanya dah habis stok dah. Beria kau bakar bawang putih sampai anak bising sebab tak suka dengan bau bawang putih bakar kan? Lepas tu, kau jadi jam sebab mana nak gagau minyak kelapa dara. Lama jugalah termenung… Muahaha… Open-mouthed smile

Termenung punya termenung, tiba-tiba teringat akan sesuatu! Kan Farah ada supplement minyak kelapa dara D’Aura yang berbentuk soft-gel? Kenapa tak guna jer yang tu?

{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1484468351954","width":750,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":1,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"sources":[],"origin":"gallery","height":744,"subsource":"done_button","total_editor_time":43,"brushes_used":0}

{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1484468152514","width":490,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":1,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"sources":[],"origin":"gallery","height":249,"subsource":"done_button","total_editor_time":149,"brushes_used":0}

Bolehlah kan? Daripada nan hado? Kurang-kurang usaha juga kan? Apa yang Farah lakukan adalah, Farah ambil segenggam minyak kelapa dara yang berbentuk pil soft gel tersebut dan Farah guntingkan untuk keluarkan minyak di dalam pil soft gel tersebut. Ha ha ha… Winking smile… kreatif yang datang secara tiba-tiba… Ini pengajaran ni, akan datang sila simpan stok minyak kelapa dara supaya boleh digunakan bila-bila masa yang diperlukan. Dah dapatkan minyak kelapa dara di dalam pil soft gel tersebut… Agak-agak cukup jer terkumpul minyak kelapa dara yang diperlukan… Farah pun tambahkan bawang putih dua ulas yang telah dibakar tadi dan ramas-ramaskan minyak dan bawang putih tu menggunakan jari jemari untuk jadikan ianya sebati… Ecewahhh…macam nak masak pula ya tak?

Hasilnya?

CARA MUDAH SEDIAKAN MINYAK BAWANG PUTIH BAKAR KELAPA DARA 5

Dapatlah begini ha… terus Farah sapukan di bahagian belakang dada dan di dada Iman Firash. Seterusnya di celah pelipat lutut, betis dan tapak kaki Iman Firash. Amboiii, syok ajer dia kan? Sebab kena urut-urut manja gittew… Nampak positif juga perubahan dia… Batuk sudah mulai kurang…Ada nampak kurang… Kira-kira kaedah alternatif ni nampak kesannya… In Shaa Allah, akan teruskan sehingga Iman Firash betul-betul bebas batuk.

Malam nanti pun nak cuba petua melegakan batuk dengan menggunakan bawang putih juga… Farah ada terbaca, salah satu cara lagi adalah dengan membakar bawang putih, kemudian balutkan dengan sapu tangan atau letakkan di dalam beg berbentuk uncang…. Pastikan bawang putih tu dah suam-suam kuku, kemudiannya usapkan bawang putih yang dibakar yang diletakkan di dalam beg berbentuk uncang ataupun dibalut sapu tangan tu di dada. Dikatakan, cara ni pun dapat melegakan batuk. Belum lagi nak buat garlic steam. Cuba dua kaedah ni dulu. Kalau berkesan, rasanya tak perlu garlic steam untuk Iman Firash. Kita cuba kaedah ini, kalau tak boleh juga, baru naik to the next level.

Semoga cepat bebas batuk ya Iman Firash!

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !