Selama
kini, isi minyak kereta pagi-pagi memang ada terlihat kelibat sebiji kereta
lama yang berniaga Nasi Lemak dengan satu papan tanda yang besar dengan tulisan
RM1.00. Adalah nampak ramai juga orang beli dari dia… Tapi tak pernah sekali
pun mencuba atau rasa nak mencuba. Hidayah tak sampai lagi pada masa dan
waktu tu kot? Ha ha ha… Taklah, sebenarnya teringin juga nak mencuba tetapi
selalunya bila pagi-pagi tu selepas isi minyak, masa sangat-sangat mencemburui.
Kena bergegas bergerak.
Hari
ni tiba-tiba tergerak hati nak singgah. Alhamdulillah, sekarang ni dia tak
pandu kereta lama lagi dah. Sekarang ni dah pandu MyVi dah. Murah rezeki dia. J… Disebabkan nak rasa, Farah pun mintalah dua
bungkus. Ahaksss…Nak rasa? Tapi minta 2 bungkus? Itu merangkap makan tengah
hari sekali tu… Satu bungkus makan sewaktu sarapan dan satu bungkus lagi makan
sewaktu masa makan tengah hari. Oklah tu kan? Jimat sikit…Nak-nak lagi poket
yang memang memanjang tak tebal ni dan nak kena berjimat-cermat ni. Adehhh…tiba-tiba
teringat gaji yang tak kunjung-kunjung tiba walaupun setelah sekian lama
menanti. Bilalah agaknya nak gemuk sikit harimau tu yer? Haipp tak baik
merungut, kalau rezeki tak lalu kot ni, ada rezeki lalu kot tu yer tak? In Shaa
Allah…Amin… errrr…gaji oh gaji…menjelmalah dikau dengan segera….Ahaksss…
Bila
dah ambil 2 bungkus tu, memanglah harga dia RM2.00 kan? Sewaktu Farah nak
bayar, boleh pula sungguh-sungguh tauke Nasi Lemak kata, “Ini, Mommy Ash kan?”…
Angguk dan senyum jer lah… Kemudian sebut…Iya… He he he… Mommy Ash ok? Mommy
Ash? Orang kenal Ash bukan Mommy dia ok? Uhuksss… Dan dia sambung lagi… “Tak
apalah tak perlu bayar…”… Farah rasa tak sedaplah kan? Nak juga bayar…”Insist”
nak bayar… Tetapi dia sungguh-sungguh kata tak apa… Rezeki di pagi hari…
Alhamdulillah…
Dan
ternyata, Nasi Lemak RM1.00 ini adalah sangat “awesome”… Walaupun harganya cuma
RM1.00 sahaja dan isinya cumalah sambal, telur dadar sepotong… Apa yang Farah
nak komen? Sedap!!! Tak perlukan apa-apa lagi dah macam sotong ke? paru ke?
ayam ke? daging ke? … Makan macam tu jer dah rasa lengkap segala dan kenyang.
Sambal Nasi Lemak RM1.00 ni memang betul-betul tip top. Kena dengan selera dan
tekak Farah. Ngeee…Orang lain tak taulah…Ini puji dari hati yang paling ikhlas
ni tau tak? Bukan sebab dapat Nasi Lemak percuma… Memang sedap! Patutlah selama
ni ramai benar yang singgah dan membeli… Sedap bangat dehhh rupanya!
Ini dah pekena sekali dan dah lulus ni, memang akan ulang beli lagi ni…Kali ni kalau dia tak nak duit pun, akan bayar juga…Takkan nak percuma memanjang yer tak? Orang tu meniaga oiiii…Hu hu hu…
Ini dah pekena sekali dan dah lulus ni, memang akan ulang beli lagi ni…Kali ni kalau dia tak nak duit pun, akan bayar juga…Takkan nak percuma memanjang yer tak? Orang tu meniaga oiiii…Hu hu hu…
*"Less is more!"...Kadang-kadang, yang "simple" tu yang lebih menyelerakan... He he he...
MURAHNYA
ReplyDeleteSuka..suka..tp x leh makan selalu nanti tembam....
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki kak farah :)
ReplyDeleteNasi lemak ni kan...asalkan kena sambal dia...mmg sedap je..tapi kalau sambal dia spoil...macam nak sekeh kepala pun ye jugak
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Rezeki tu..
ReplyDeletekalau kat kedah boleh jumpa lagi nasi lemak seringgit ada telur rebus, kcg tanah dan ikan bilis rangup.. siap balut dlm dan pisang.. mmg sedap.. :)
ReplyDeletehehe, betoi tu husna..kt kl ni xdpt da..
DeleteKat mana nak dpt nasi lemak ni? Aflda no tepon? ;)
ReplyDelete