![]() |
Sumber dari Google |
Kaedahnya…
Ibu bapa “selalu tahu apa yang terbaik bagi anak-anak”. Mentaliti sebegini
melekat di dalam hati dan kotak pemikiran segelintir ibu bapa. Tidak peduli
anak-anak masih kanak-kanak lagi, remaja ataupun sudahpun memasuki alam dewasa.
Makanya, ruang untuk anak membuat pilihan dan juga keputusan diri sendiri pun
jadi terbantut sejak dari awal lagi. Semuanya HARUS ditentukan oleh ibu bapa. Mari
berhuhuhu… Kesian dengan anak-anak yang menjadi mangsa keadaan begini. Mangsa
keadaan? Bagi ibu bapa yang berpemikiran segalanya perlu ditentukan oleh
mereka, ianya hanya dilihat semata-mata untuk kebaikan anak-anak mereka… Mereka
yakin itu sahaja caranya… Tiada lain…
“Kenapa cuma 7/10 sahaja? Ini
mesti tidak betul-betul teliti sewaktu menjawab ni? Susahlah begini, jika kerap
ada salah sahaja! Haaa…sebab tu jangan banyak main. Anak Mommy kena macam mana
pun dapatkan 10 atau 9 markah paling kurang.”
“Kenapa sekerat sahaja
bacaannya? Kan Mommy dah cakap banyak kali? Hafalkan semuanya dengan baik-baik?”
“Kalau nak sambung belajar
nanti ambil jurusan perubatan. Untung-untung jadi doktor boleh juga rawat Mommy
sakit. Masa depan pun lebih jelas. Kakak-kakak, sepupu-sepupu, pakcik-pakcik
dan makcik-makcik tu boleh jer ambil jurusan perubatan? Jadi kamu pun boleh
juga!”
Owhhh… “Pushy Parents”,
Mengaku Sayang, Tetapi Berkelakuan Seperti Raja
Disedari
atau tidak, di dalam mendidik anak, ada ibu bapa telah menanamkan serta
menegaskan bahawasanya ibu bapa selalu tahu apa yang terbaik bagi anak-anak
mereka. Atas sebab sayang, atas sebab kasih, mereka pun berjuang habis-habisan,
rela “jatuh bangun” untuk mengerakkan roda kehidupan demi memenuhi dan
mendapatkan yang terbaik bagi anak.
Adakah
salah dengan mempunyai keinginan untuk menginginkan yang terbaik untuk
anak-anak? Tentulah tidak bahkan harus. Tetapi, bukanlah sehingga caranya ianya
mengarah pada KEHARUSAN, di mana keinginan, harapan hingga ukuran keberhasilan
ibu bapa telah dijadikan rujukan utama bagi anak-anak. Bila ini terjadi, boleh
jadi, bukannya kebaikan yang terlihat di zahir yang diperolehi oleh anak-anak.
Ada juga impak dalamannya kepada anak-anak yang mungkin tidak kita sedari.
Disebabkan
keadaan KEHARUSAN yang ada di dalam pemikiran anak-anak, ada di kalangan
anak-anak yang kehilangan motivasi dalaman yang datang dari dalam diri sendiri
sebaliknya disebabkan oleh ibu bapa yang telah meletakkan syarat HARUS DICAPAI,
yang mana ianya dikenali sebagai “pushy parents”.
Ciri
khasnya, anak HARUS IKUT KEINGINAN IBU BAPA, dilakukan cepat, sekarang juga
sehingga yang selalu berlaku ANAK TIDAK MEMPUNYAI SUARA UNTUK MEMILIH ATAU
MENUNJUKKAN KEINGINAN DIRI SENDIRI. “Pushy
parents” ini seakan sudah menjelma ibarat Raja yang segala kehendaknya
merupakan yang tidak boleh dibantah.
Macam
mana atau apakah indikasi yang mengatakan kita ni sebenarnya adalah tergolong
di dalam kategori “pushy parents”??? Ya ampunnn…mohon dijauhkanlah hendaknya…Kesian
kat Firash oiii… Melalui satu artikel yang Farah pernah terbaca, ada tiga kata
kunci yang mudah dilihat pada pola komunikasi ibu bapa – anak-anak. Iaitu pola perintah, ancaman dan kritik.
Cuba
semak pola komunikasi atau cara komunikasi kita kepada anak-anak, bila kita
lebih cenderung menggunakan gaya memerintah, mengancam atau mengkritik maka
kita sudah termasuk di dalam kategori “pushy parents”. Dan diingatkan, jangan
anda rasa anda ni cakap lembut, sopan santun lemah gemalai anda tidak mungkin
dikategorikan sebagai “pushy parents” ok? “Pushy parents” boleh terjadi kepada
semua ibu bapa, sama ada yang sememangnya bersuara tinggi, keras ataupun
lembuh, sopan-santun serta lemah gemalai.
Yang
lembut ni jenisnya…Mungkin… “Kamu ni, jangan buat begini, begitu mesti ikut
cara begitu, baru menjadi…”, “Hurmm…cuba lihat si A tu…”… Bunyi dalam tonasi
lembut jer… tapi sebenarnya boleh jatuh kepada “pushy” juga… Bak kata orang
dalam lembut tetapi makan dalam gittew…
Ada
lagi, ada lagi… “Suka hatilah kalau itu yang kamu suka. Tetapi Mommy ada rasa
terkilan sedikitlah…”…Ha gittew…Buat anak rasa serba-salah gittew…
Mungkin
ada yang sedar, dan mungkin ada juga yang tidak sedar… bila selalu sangat jadi diktator
ni… di dalam soal apa yang terbaik untuk dijadikan pilihan, dicita-cita,
dilakukan…dalam masa yang sama juga ibu bapa sebenarnya telah pun memadamkan
inisiatif, kreativiti dan juga jati diri anak. Bila anak berulangkali tidak
diberi kesempatan untuk memilih, lama kelamaan dia akan kehilangan motivasi
untuk berbuat sesuatu ataupun berkeinginankan sesuatu. Kreativiti pun tersekat.
Akhirnya anak cenderung untuk tidak menjadi diri sendiri dana mat bergantung
kepada kedua ibu bapa.
Kedewasaan
itu kan tidak hanya matang secara fizikal sahaja? Tetapi juga emosi dan
spiritual. Tidak salah kita memikirkan apa yang terbaik untuk anak, melakukan
apa yang kita rasa baik kepada anak akan tetapi janganlah sampai jadi diktator
sangat, semua mesti ikut kita sampai tiada ruang untuk mereka, jangan sampai
anak-anak jadi tidak mempunyai konsep diri yang positif, kepercayaan diri yang
rendah, selalu berfikir tidak mampu untuk memutuskan sesuatu yang bersesuaian
dengan keinginan mereka dan jadi takut kepada kegagalan. Bukan tak ada contoh,
dalam filem pun ada… Hu hu hu…Contohnya kannn? Dah kahwin tetapi masih lagi
suka menyuruh ibu bapa untuk membuat keputusan tentang hidup kalau berlaku
apa-apa.
Kalau
dibiarkan sangat pun tidak boleh kan? Anak tetap perlu dipantau dan diatur.
Kenalah fleksibel. Jangan jadi diktator. Tak perlu ekstrem sangat oiii… Semua
orang nak yang terbaik untuk anak-anak masing-masing… Farah pula percaya, ya
betul kita perlu atur, tetapi aturan kita biarlah yang bersesuaian dengan jiwa,
tabiat dan minat anak agar mereka taklah rasa kita ni macam raksasa gorgon yang
akan makan mereka jika mereka tak bersetuju dengan aturan kita. Sedangkan kalau
nak jalankan sesuatu projek di sesebuah syarikat pun kena bermesyuarat untuk
mencapai kata sepakat dengan persetujuan semua pihak yang terlibat…Inikan pula
anak yer tak? Heeee… Atur anak mengikut susur galur minat atau “passion” mereka
supaya mereka gembira melakukannya… Kalau nak timbulkan minat…Sebelum atur,
cuba-cubalah psiko anak untuk turut berminat… Ibarat kita, kalau buat sesuatu
yang kita tak minat…Rasa terseksa sangat oiii! Ha gittewlah rasanya…
Meskipun
kedudukan ibu bapa adalah sebagai pemimpin, namun kepimpinan yang baik adalah
kepimpinan yang seimbang, yang “proportionate”. “Pushy pushy” sangat…lama-lama
jiwa anak tu makan dalam…emosi terganggu, tertekan, psikologi terganggu… Risau
juga yer tak?
*Doa
banyak-banyak semoga jadi seorang Mommy yang fleksibel tetapi cukup tegas
supaya anak menjadi orang… Minta dijauhkan dari jadi “pushy Mommy”… In Shaa
Allah…Amin…
Betullll. :) Kesian kekadang anak-anak tak boleh buat keputusan sendiri. Sentiasa dikongkong, Tak salah kan kongkong, tapi kena ada cara. (h)
ReplyDeleteActually kita kena jgk tgk ape minat anak kita...Dari situ kite boleh slow2 faham kelebihan & kekurangan dia.Dari situ jgk kita as parent sepatutnya dh boleh fikir perkara yg terbaik kite perlu buat & pantau ikut minat die. Tapi bukan senang..Kita kena betul2 faham kenapa dia minat satu2 perkara tu..Barulah kita boleh jadi bestfriend kpd anak kita..huhu..Sy sendiri tgh usaha utk mnjadi bestfriend pd Qaisara..Mencabar wehhh...huhu
ReplyDeletekesian anak
ReplyDelete