![]() |
Sumber dari Google |
Pada
tahun 2015, Farah pernah berkongsi entri bertajuk InformasiTentang Khatan Anak Lelaki…. Sebenarnya sambil-sambil belajar mengenai
berkhatan anak lelaki (“obviously I have a son” kannn???), jadi kenalah ambil
ilmu serba sedikit supaya ada “knowledge” tu bila tiba masa. Sebelum-sebelum
ni, memang taklah nak ada pengalaman mengenai khatan kanak-kanak lelaki ni.
Tengok kanak-kanak lelaki pakai kain pelikat selepas khatan ada…Hik hik hik…
Pengalaman secara mendalam tidak! Lebih-lebih lagi tidak mempunyai adik-beradik
kan? Apatah lagi adik-beradik lelaki… Bila dah ada anak sendiri dan
kebetulannya lelaki, dah tentu-tentu pada masa akan datang, bila tiba masa,
Mommy dia ni juga yang nak kena menguruskan… Jadi kenalah serba ambil tahu
mana-mana yang patut.
Kanak-kanak
memang secara tabi’inya takut dengan khatan. Hu hu hu… Bukan kata kanak-kanak…
Kakak yang dok membayangkan ni pun tak sanggup membayangkan… Ouchhh… Ha ha ha…
Melalut-lalut bayangannya. Inikan lagi si manja Firash… Errr…kenapa macam
terasa-rasa dia akan menangis bila tiba waktu dan saat itu? Mungkin juga tidak
oiii… Mungkin itu bayangan ilusi dan pemikiran sendiri jer sebagai mak ni… Bha
ha ha… Bayang punya bayang, terus terfikir… Macam mana agaknya untuk
menghilangkan rasa takut berkhatan di kalangan kanak-kanak ni… He he he, cerita
Upin & Ipin pun ada bercerita tentang khatan ni. Tajuknya Sakit Ke?
Penceritaan Upin & Ipin tu pun dah cukup menggambarkan fobia kanak-kanak
lelaki nak menghadapi khatan.
Pssstttt…
Mommy Ash memang suka tonton Upin & Ipin, sebab comel! Ha ha ha…
Yang
ada pengalaman pastinya lebih mengetahui bagaimana untuk menghilangkan rasa
takut anak-anak untuk berkhatan… Secara logiknya yang boleh Farah fikirkan
adalah:
BERITAHU ANAK BAHAWASANYA
IANYA ADALAH SAKIT SEKEJAP SAHAJA
Kena
psiko anak-anak bahawasanya, sakit berkhatan itu cumalah untuk seketika sahaja.
Bukannya selama-lama sakit. Sakitnya pejam mata jer. Bila buka mata dah hilang
dah rasa sakit. Konon-konon ala-ala kena gigit semut macam tu. Hu hu hu…
Sebenarnya diri sendiri pun tak tahu rasa sakitnya tu macam mana? Ha ha ha…
Para bapa mungkin lebih berpengaruh nak psiko anak di dalam hal ini kot?
Beritahu
mereka kot? Sekarang proses berkhatan dah jadi lebih mudah berbanding zaman
dulu-dulu. Proses penyembuhan pun lebih cepat. Kena positifkan anak… Gittew…
TERANGKAN KEPADA ANAK KENAPA
MEREKA PERLU BERKHATAN
Perkara
terbaik terus-terang jer kepada anak-anak supaya mereka faham. Agak-agak
berjaya tak kaedah ni? In Shaa Allah… Kenalah sedari awal beritahu anak-anak
berkhatan tu adalah wajib tetapi tidak fardhu bagi lelaki dan harus bagi wanita
jika tidak memudaratkan. Sebab anak-anak kan? Mesti akan banyak soal jawab dia…Kenapa
budak lelaki jer kena khatan? Kenapa budak perempuan tak nampak pun kena khatan
macam mereka? “You know the thing about gender?”… Anak-anak yang sedang
membesar akan mula banyak memikirkan tentang perbezaan jantina…Kenapa lelaki
macam ni? Kenapa perempuan tak macam ni? Kenapa lelaki macam ni? Kenapa
perempuan macam tu? “All those kind of question”… He he he… Yang mana secara logiknya
kita boleh “anticipate those kind of questions”…
PERKATAAN-PERKATAAN PSIKO
UNTUK MEMPENGARUHI
Ini
rasanya memang ada di kalangan ibu bapa yang melakukan ni… He he he… Kalau nak
jadi lelaki dewasa kena berkhatan, kalau nak jadi seorang lelaki yang kuat
serta bijak pandai kena berkhatan. “You know all those sorts of creation of
stories and motivation words”. ;-) wink!
UPAH DENGAN HADIAH
Ini
tak semua ibu bapa lakukan… Tetapi ada ibu bapa yang lakukan, itu Farah tak
nafikan…Sebelum kehabisan cara mungkin ini salah satu cara yang boleh
dipraktikkan. Jika ada kemampuan untuk berjanji dan melunaskan…Apalah salahnya
yer tak? Tanya anak, apakah yang mereka inginkan sangat? Dan beritahu mereka
sekiranya anda mampu untuk melunaskan…mereka perlu berkhatan terlebih dahulu
dan sembuh…Kemudiannya baru anda akan tunaikan permintaan mereka. Uhuksss…
Mungkin
ada ibu bapa yang tidak berapa gemar dengan tips yang ini… Sebab mengumpan anak
seumpama ini kan? Tetapi ada juga ibu bapa yang melakukannya…
BAPA MENDEKATI ANAK DAN
SELALU BERCERITA MENGENAI PENGALAMAN MEREKA SENDIRI
Tidak
dinafikan bahawasanya peranan bapa di dalam perkara ini dapat membantu. Bila
bapa sendiri menceritakan kepada anak-anak mengenai pengalaman mereka sendiri
secara peribadi… Mungkin anak-anak akan merasa lebih “motivated” atau lebih
tenang untuk menghadapi proses berkhatan. Mungkinlah…Ini pada pandangan Farah.
Sambil-sambil tu bapa boleh selit-selit menegaskan kepada anak-anak yang setiap
kanak-kanak lelaki Islam memang akan melalui proses berkhatan. Tak seorang pun
yang boleh lari.
Itu
yang dapat Farah fikirkan dan kongsikan bersama anda. Tidak semestinya apa yang
Farah kongsikan adalah betul kan? Sebab Farah sendiri belum berpengalaman
mengendalikan situasi anak berkhatan…Akan tetapi, manalah tau kalau-kalau ianya
bermanfaat dan berguna untuk anda diluar sana.
salam, pengalaman fizi la kan, berkhatan beramai-ramai terutamnya dengan kawan2 yg kenal boleh menghilangkan rasa takut utk berkhatan..apabila ramai ia boleh jadi satu keseronokan..huhu
ReplyDeleteakak dah ada pengalaman berkhatan anak sulung
ReplyDeletesetakat ni, takde rasa seriau sangat la..
dua anak laki yg lain tu belum lagi...tak tahu mcm mana
nti boleh praktikkan tips farah bagi ni..terutamanya bab upah tu kot
good tips kak hehe
ReplyDelete