Nasi Lemak RM1.00 Yang Sedap!!!

Farah Waheda Wahid
8

Selama kini, isi minyak kereta pagi-pagi memang ada terlihat kelibat sebiji kereta lama yang berniaga Nasi Lemak dengan satu papan tanda yang besar dengan tulisan RM1.00. Adalah nampak ramai juga orang beli dari dia… Tapi tak pernah sekali pun mencuba atau rasa nak mencuba. Hidayah tak sampai lagi pada masa dan waktu tu kot? Ha ha ha… Taklah, sebenarnya teringin juga nak mencuba tetapi selalunya bila pagi-pagi tu selepas isi minyak, masa sangat-sangat mencemburui. Kena bergegas bergerak.

Hari ni tiba-tiba tergerak hati nak singgah. Alhamdulillah, sekarang ni dia tak pandu kereta lama lagi dah. Sekarang ni dah pandu MyVi dah. Murah rezeki dia. JDisebabkan nak rasa, Farah pun mintalah dua bungkus. Ahaksss…Nak rasa? Tapi minta 2 bungkus? Itu merangkap makan tengah hari sekali tu… Satu bungkus makan sewaktu sarapan dan satu bungkus lagi makan sewaktu masa makan tengah hari. Oklah tu kan? Jimat sikit…Nak-nak lagi poket yang memang memanjang tak tebal ni dan nak kena berjimat-cermat ni. Adehhh…tiba-tiba teringat gaji yang tak kunjung-kunjung tiba walaupun setelah sekian lama menanti. Bilalah agaknya nak gemuk sikit harimau tu yer? Haipp tak baik merungut, kalau rezeki tak lalu kot ni, ada rezeki lalu kot tu yer tak? In Shaa Allah…Amin… errrr…gaji oh gaji…menjelmalah dikau dengan segera….Ahaksss…

Bila dah ambil 2 bungkus tu, memanglah harga dia RM2.00 kan? Sewaktu Farah nak bayar, boleh pula sungguh-sungguh tauke Nasi Lemak kata, “Ini, Mommy Ash kan?”… Angguk dan senyum jer lah… Kemudian sebut…Iya… He he he… Mommy Ash ok? Mommy Ash? Orang kenal Ash bukan Mommy dia ok? Uhuksss… Dan dia sambung lagi… “Tak apalah tak perlu bayar…”… Farah rasa tak sedaplah kan? Nak juga bayar…”Insist” nak bayar… Tetapi dia sungguh-sungguh kata tak apa… Rezeki di pagi hari… Alhamdulillah…

Dan ternyata, Nasi Lemak RM1.00 ini adalah sangat “awesome”… Walaupun harganya cuma RM1.00 sahaja dan isinya cumalah sambal, telur dadar sepotong… Apa yang Farah nak komen? Sedap!!! Tak perlukan apa-apa lagi dah macam sotong ke? paru ke? ayam ke? daging ke? … Makan macam tu jer dah rasa lengkap segala dan kenyang. Sambal Nasi Lemak RM1.00 ni memang betul-betul tip top. Kena dengan selera dan tekak Farah. Ngeee…Orang lain tak taulah…Ini puji dari hati yang paling ikhlas ni tau tak? Bukan sebab dapat Nasi Lemak percuma… Memang sedap! Patutlah selama ni ramai benar yang singgah dan membeli… Sedap bangat dehhh rupanya!

Ini dah pekena sekali dan dah lulus ni, memang akan ulang beli lagi ni…Kali ni kalau dia tak nak duit pun, akan bayar juga…Takkan nak percuma memanjang yer tak? Orang tu meniaga oiiii…Hu hu hu… 

*"Less is more!"...Kadang-kadang, yang "simple" tu yang lebih menyelerakan... He he he... 

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Suka..suka..tp x leh makan selalu nanti tembam....

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah rezeki kak farah :)

    ReplyDelete
  3. Nasi lemak ni kan...asalkan kena sambal dia...mmg sedap je..tapi kalau sambal dia spoil...macam nak sekeh kepala pun ye jugak

    ReplyDelete
  4. kalau kat kedah boleh jumpa lagi nasi lemak seringgit ada telur rebus, kcg tanah dan ikan bilis rangup.. siap balut dlm dan pisang.. mmg sedap.. :)

    ReplyDelete
  5. Kat mana nak dpt nasi lemak ni? Aflda no tepon? ;)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !