Home » , , , , , , » Jadi Kanak-Kanak Semula Dengan Anak???

Jadi Kanak-Kanak Semula Dengan Anak???



Selepas tamat tempoh belajar, konon-konon dah dewasa sangat... Bermula masuk ke alam kerja, dah berhenti pakai cadar tilam yang bercorak watak kartun. Mula lebih berminat pada corak abstrak dan corak-corak yang berkonsepkan English. Alaaaa corak dengan bunga-bunga yang "sweet" jer nampaknya tu. Hik hik hik... Memang agak lama juga tak memakai cadar berwatak kartun. Bawalah sehingga melahirkan anak. 

Sejak usia dia 2 tahun ni, dah pandai minta sesuatu yang dia suka. Baju pun dah nak pilih sendiri dah kombinasi yang mana dia nak. Kalau kita yang pilihkan, kalau kita terus pakaikan dia akan lihat dulu baju apa. Phewww... Kalau berkenan di hati dia akan pakai tanpa sebarang masalah. Kalau tak berkenan tu, mulalah "membebel" dengan cara dia memohon kita untuk buka kembali baju tersebut dan salinkan dengan pakaian lain yang dia pilih sendiri dan dia mahu. Ko rasa? Ha ha ha... Bab pilih baju sendiri ni nanti akan dipecahkan kepada entri lain yer? 

Samalah juga halnya dengan cadar... Adoiii nak tidur pun masih nak memilih juga anak teruna ni oiii... Apakah ciri-ciri seorang yang memilih itu sudah jelas kelihatan? Kalau bab makan tu memang "picky eater" dia nih. Nak cadar watak kartun kegemaran dia baru dia nak tidur. Uhuksss... Berkorbanlah Mommy... 

Sudahnya, turut menjadi kanak-kanak bersama dengan anak. Ha ha ha... Cadar tilam kakak dah bertukar cadar tilam kartun. Tak ada peluangnya nak "fefeeling cosy" dan ala-ala romantika memakai cadar tilam yang kita suka coraknya. Jadi ibu bapa, bila tidur bersama anak kecil yang sedang giat berkembang ni macam nilah. Ada antara perkara-perkara yang kena mengalah oiii... Demi kemaslahatan bersama kaedahnya... Ha ha ha... 

Tidurlah bersama-sama cadar tilam berwatak kartun dan terhiaslah bilik dengan watak kartun... Dan pasti ianya akan berlangsung selama dia masih belum dipisahkan tidur. Kalau dah macam ni gayanya, memang sah-sah bilik tidur dia nanti kena ubahsuai mengikut gaya dan citarasa dia yang tersendiri... Supaya dia suka dengan bilik tidur dia sendiri... Iyalah ruang privasi dia juga nanti kan? Haruslah diubahsuai mengikut gaya yang dia suka... Hak dia... Alokasi bilik dia memang dah ada... Ihiksss... Tapi apa pun tak buat lagi... Nantilah... Belum sampai masa lagi... Panjang lagi tempoh masa nak pindahkan bilik... Mommy pun belum sedia nak pisah tidur dengan dia lagi... Bha ha ha... 

*Jangan nanti bilik tidur Mommy jadi bilik dia dan Mommy yang terpaksa pindah bilik dah lah... :-P

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Jadi Kanak-Kanak Semula Dengan Anak???, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, March 3, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. So sweet .... kdg Farah kita kena jadi knk2 utk fhmi jiwa anak2 :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY