![]() |
Sumber dari Google |
Bila dah nak
memasuki fasa “preschooler” ni, sememangnya ada “diversion” sedikit di dalam
fokus Farah kepada perkembangan Ash. Diibaratkan, jika dulu beras itu beratnya
1kg sekampit, kini secara perlahan-lahan sudah menjadi 1.5kg sekampit.
Bermaksud, ada penambahan “weightage” dari segi pendedahan yang diberikan
kepada Ash. Bukanlah sekaligus, tetapi secara berperingkat-peringkat. Benar,
perkembangan anak itu berbeza-beza mengikut keupayaan diri individu anak-anak
itu masing-masing, namun tidak salah jika ibu bapa menjadi “booster” di dalam
membantu perkembangan mereka.
Bukanlah
bermaksud Farah terlalu mengharapkan Ash untuk jadi genius, ataupun Farah
terlalu untuk mengharapkan Ash untuk cemerlang gemilang dan terbilang. He he
he…Semua orang nak anak berjaya oiii… Siapa yang tidak mahu lihat anak-anak
mencapai kejayaan serta kebahagiaan di dalam dunia dan juga akhirat
terutamanya. Siapa yang tak mahu? Bukannya kita berusaha bersungguh-sungguh
untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak kita supaya anak kita
tergolong di dalam golongan bijak pandai supaya kita dapat menunjuk-nunjuk
kepada orang lain betapa pandainya kita mengatur serta mendidik anak kita.
Ingatlah…Itu bukan tujuannya yer? Jika itu yang anda fikirkan, sila duduk
berfikir sedalam-dalamnya apa yang anda mahukan sebenarnya? Adakah disebabkan
anda ingin dipuji? Adakah disebakan anda mahukan orang melihat betapa bagusnya
diri anda sebagai ibu ataupun bapa di dalam mendidik anak? Adakah anda mengejar
gelaran sebagai ibu bapa yang berjaya dari orang ramai?
Kalau anda
tanya pada Farah…Ini jawapan ikhlas sepenuhnya dari hati:
“Aku mendidik anak bukannya mahu
berlumba-lumba dengan ibu bapa lain di luar sana ataupun menunjukkan bahawasanya
aku pandai di dalam mendidik anak… Apa yang aku lakukan, apa yang aku laburkan
pada waktu dan ketika ini hanyalah untuk bekalan di masa akan datang, untuk
kehidupan serta kesenangannya di masa akan datang. Aku cuba lakukan yang
terbaik sementara masih berpeluang untuk melakukannya dan selebihnya bila dia
sudah berakal dan boleh berfikir, diharapkan supaya dia memilih jalan kehidupan
yang terbaik untuk dirinya. Semoga anakku menjadi orang yang berjaya di dunia
dan juga akhirat. In Shaa Allah, Amin. Semoga Allah permudahkan segalanya bagi
dia.”
Haaaa…itu dia…
Bukan atas sebab musabab lain. Ha ha ha…Iyalah kadang-kadang payah sikit
manusia ni… Anda kena terangkan sebab atau alasan anda baru mereka berpuas
hati. Itupun kadang-kadang ada juga jenis yang tetap nak fikir lain dan tak
berpuas hati dengan jawapan kita. “Well, you can’t please everyone ain’t it?”
Amboiiii,
panjangnya mukadimah…Ha ha ha… J
…Berbalik kepada tajuk entri ini, marilah kita tumpukan apakah pengisian
penting entri ini. Ecewahhh…
Seronok tak
perasaan anda jika seawal usia 4 tahun anak anda telah lancar membaca? Lagi
seronok tak di dalam peringkat usia 3 tahun anak anda telah lancar membaca?
Haippp! Jangan dipaksa sampai menangis-nangis dan mewujudkan tekanan kepada
anak tu yer? Biarkan dia berkembang seiring dengan kemampuan. Kita mungkin
berimpian ingin melihat perkara-perkara itu, namun kita tidak boleh memaksa
perkara yang tidak diizinkan terjadi oleh Allah SWT jika sememangnya ianya
tidak diizinkan. Bukankah Kun Fa Ya Kun?
Yang terbaik
yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa sekiranya kita ingin mendorong anak
kita mula membaca di peringkat awal usia adalah sepertimana trik yang
disenaraikan di bawah ini. Mungkin ini adalah sebahagian, tetapi mungkin ada
lagi tips tambahan dari anda ibu bapa di luar sana?
“GET TALKING!” ~ BERCAKAPLAH
Bercakap itu
sebenarnya membawa perubahan yang besar di dalam perkembangan awal fasa melatih
anak membaca. Mereka belajar untuk mengenal bunyi dan juga “break down words”
dari percakapan. Anda boleh menggunakan perbualan untuk bercakap mengenai
permulaan huruf, contoh nama anak anda bermula dengan huruf “F” gunakan sebutan
“Ferhhh” ketika menyebut… Pernah juga berkongsi tentang kaedah “phonics” di
dalam entri Keberkesanan Kaedah "Phonics" Kepada Anak... | Ash Telah Mula Berinteraksi!!!
BACAKAN KEPADA MEREKA
Tabiat suka
membaca bersama anak-anak dan menunjukkan perkataan-perkataan yang ada di dalam
buku akan membantu perkembangan “word vocabulary” mereka dan mengajar mereka
tentang “early building blocks of reading” seperti melihat muka surat dari kiri
ke kanan dan menggunakan gambar sebagai klu kepada penceritaan. Biarkan
anak-anak kecil anda membantu mencipta cerita dan anda pula bacalah dengan
menekankan huruf “a” dan “I” semasa membaca dan ulanginya sewaktu mengajar dan
memperkenalkan perkataan.
BERMAIN GAMES DENGAN PERKATAAN
“Playing makes
learning effortless” kannnn? Ketika bermain di dalam kereta, sewaktu kita
memandu, kita boleh menunjukkan benda-benda yang ada di sekeliling kita. –
“Car, Tree…”…Perkataan yang keluar dari mulut Ash ketika ini. Antara lain
permainan yang lebih mudah adalah menggunakan kad imbas, pilih satu kad imbas
dan lihat sama ada mereka boleh menyebut apa yang mereka lihat. Bermula dari
perkataan senang-senang dan kemudiannya setelah mereka menguasainya kita
tambahkan lagi beberapa perkataan lain. “Keep on adding”… Kanak-kanak kan
sukakan cabaran? J
Lagi satu…Ini
ilmu yang Farah dapat dari seorang kakak yang kesemua anaknya boleh membaca
dengan lancar seawal usia 4 tahun. Gunakan kad imbas yang ada suku kata merah
dan hitam tu dan teruskan melatih mereka untuk membaca menggunakan kad imbas
tersebut. – TIPS
BIARKAN MEREKA MENCUBA
Salah satu
bahagian terpenting di dalam proses belajar membaca ialah membiarkan mereka
untuk mencuba. Jangan terlalu cepat untuk mengganggu di pertengahan bila mereka
sedang mencuba untuk membunyikan satu-satu perkataan dan bila mereka sedang
mencuba membina ayat. Bila mereka menyebut sesuatu perkataan, anda boleh cuba
mengulanginya sama ada untuk menekankan perkataan baru supaya mereka ingat
ataupun membantu mereka menyebutnya dengan betul bila diperlukan. Beberapa trik
yang boleh digunakan adalah dengan merangkumi bahagian-bahagian bunyi komponen
pada sesuatu perkataan daripada sesebuah gambar untuk membantu mereka meneka
apakah perkataan itu. Mungkin seperti “cheating” tetapi sebenarnya sangat
membantu anak-anak kecil untuk belajar mengenal perkataan-perkataan tersebut
dan mengaitkannya dengan penceritaan.
*Ash? Bila
nampak pisang sekarang ni… “Ba na na….”…Panjang rakaat hujungnya tu…Ha ha ha….
Dan semalam entah kenapa tak tau apa yang dia geli hati sangat… Buku buku
Mickey Clubhouse berkenaan dengan “Learning To Be Polite” tiba-tiba dia
gelak-gelak sendiri, macam dah faham sangat membaca sendiri…Ha ha ha… J. Setakat usia 2 tahun
3 bulan dia sudah kenal huruf A,B,C, huruf hijaiyah dan juga nombor.
Alhamdulillah… Apabila diberikan “puzzle” berbentuk meneka…Contohnya “Which are
the letter Q?”…Dia sudah mampu menyelesaikan “puzzle” tersebut dan juga
mencapai markah paling rendah 7/10. Itupun sudah menjadi satu perkembangan yang
baik buat Farah.J. Alhamdulillah.
**Waktu kemaskini jadi "upside down" sekarang...Ha ha ha... Draft sudah, "publish"nya idak... Agak kesibukan dan padat hari-hari Farah sejak Isnin yang baru saja berlalu ni... ;-)... Tak apa, janji hado dan konsisten... In Shaa Allah, cuba mengkonsistenkan diri dan hadokan diri... Ngee...
GREAT :)
ReplyDeleteberguna tips ni untuk mikhail
ReplyDeleteYang penting ada masa berintraksi dengan anak..
ReplyDeletea great sharing, farah.
ReplyDeleteaida da pun start membaca dgn izzat.
tapi.... hmmm tak sampai 5 minit :)