![]() |
Sumber dari Google |
Dari kehamilan
sehinggalah kelahiran, ianya semua adalah merupakan satu proses di dalam
kehidupan. Setelah kelahiran, bermulalah satu episod baru, satu babak baru di
dalam kehidupan kita yang telahpun bergelar ibu bapa. Tidak banyak sedikit
pasti ada perkara yang berubah. Tidak banyak sedikit, pemikiran kita sebagai
seorang manusia akan berubah serta tidak sama seperti sebelumnya. Seperti
sebelumnya kita mempunyai anak. Ada banyak perkara yang perlu kita fikirkan
setelah seseorang anak itu lahir.
Membesarkan,
menghidupkan dan memberikan pendidikan yang sebaiknya, itu semua adalah perkara
asas yang kita semua ketahui dan tanggungjawab yang semua orang pun tahu
setelah kita bergelar ibu bapa. Namun sebenarnya, tidak cukup dengan itu, masih
ada beberapa perkara lain yang perlu kita fikirkan sebagai ibu dan juga bapa
untuk masa depan anak-anak kita. Siapa yang tidak mahu anak-anak mendapat
segalanya dengan sempurna. Kalau boleh kita mahu limpahkan segala keperluan
yang sememangnya perlu untuk mereka supaya mereka mendapat yang terbaik. Kannn?
Tipulah jika ada ibu bapa yang tidak menginginkan anak mendapat sepatutnya
apa yang mereka patut dapat.
Jujur yer,
Farah akui, sejak Ash lahir, ada-ada sahaja perkara yang Farah fikirkan dan
ada-ada sahaja perancangan yang cuba dilakukan untuk Ash. Bha ha
ha…Kadang-kadang otak ni macam tak berhenti berfikir pula. Sampai nak tidur pun
boleh lagi berfikir tu…J.
Baru rasa… Itulah salah satunya yang perkara yang dimaksudkan dengan… “Bila ada
anak nanti, ko taulah rasanya bagaimana…”…He he he… FIKIR yang Farah maksudkan
adalah FIKIR bagaimanakah caranya yang terbaik untuk kita membantu anak kita di
masa depan.
Satu perkara yang memotivasikan, satu perkara
yang memberikan kesedaran, satu perkara yang memberikan semangat kepada Farah
adalah di mana Allahyarham Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini melakukan
perancangan masa depan anaknya… Anda masih ingat tentang Nukilan Terakhir
tersebut? Atau anda terlepas pandang… Farah kongsikan sedikit di dalam entri
ini melalui sumber di SINI
Hari ini saya ingin berkongsi cerita antara
IBU & ANAK.
In Shaa Allah… Dengan izin ALLAH, jika tiada
aral melintang tidak lama lagi Aliff akan pulang bercuti selama 3
bulan…Bunyinya lama tetapi realitinya sekejap sangat setelah setahun tidak
bertemu…kini masa dah hampir tiba untuk dia pulang…saya dah pun kemaskan bilik
Aliff.
Saya tidak sabar duduk berbual, berbuka
puasa bersama, solat jumaah bersama…mendapat undangan berbuka puasa
bersama…kadang-kadang Aliff jadi Imam di rumah sahabat-sahabat saya…Setiap kali
dia jadi Imam…Aliff sangat gemar membaca surah-surah yang panjang…air mata saya
di belakang tidak berhenti menangis bangga…bacaannya sedap sekali dan nyaman
didengar.
Kadang-kadang, kami banyak berbual tentang
Hukum – Kehidupan dan kematian tanpa rasa takut dan perbualan ilmu yang sangat
terbuka…saya lebih banyak bertanya. Aliff membawa saya dan kawan-kawan saya
kefahaman yang lebih maksima…Banyak kali bila Aliff mengeluarkan hadith, saya
sebagai ibu saya terpegun.
Lidahnya dah jadi lidah Arab…11 tahun
belajar di Madinah…Ma Shaa ALLAH. Ada juga perkara yang saya tanya, jika dia
kurang pasti jawapannya, dia tidak malu berterus-terang mengaku apa yang dia
kurang pasti dan baru merujuk kepada kitab-kitab beliau dan menyuruh saya
membaca dan fahami…rutin kami di bulan Ramadhan …selepas berbuka, Kami berterawih…Baca
Al-Quran dan tidur sekejap. Jam 3.30 pagi kami bangun solat Tahajud…saya
mendengar Aliff membaca Al-Quran sampai subuh… Kami turun bersahur dan makan
bersama-sama…Makanan Aliff sangat “simple”…In Shaa ALLAH…Kami semua di rumah
nak habiskan Khatam Quran sebelum lagi berakhirnya bulan Ramadhan…Selalunya,
malam ketiga Kiamulaii kami dah selesai Khatam Al-Quran.
3 bulan ini bulan yang sangat penting buat
saya dan kami satu keluarga…Nikmat saya sebagai IBU memastikan makanannya terurus. Tukang masak saya sangat rapat
dengan Aliff…
Dalam pada perbualan yang ringkas…saya tidak
lupa memesan kepada Aliff…jika ALLAH izinkan Mami ingin mati di pangkuan
Aliff…Jika Aliff ada di samping Mami ketika Mami menghembuskan nafas yang
terakhir…Mami ingin Aliff jadi Imam untuk solatkan jenazah Mami…Mami akan
tersenyum dan bangga. Jangan benarkan orang yang bukan family masuk melihat
jenazah Mami dimandi…Hanya Aliff, anak-anak angkat Mami – “Best Friend Mami”
dan orang yang menguruskan pemandian jenazah…Jika Mami sakit di hospital…orang
tidak kenal jangan dibiarkan masuk untuk mengambil sebarang gambar…Jaga Hijab
Mami…sekarang zaman HP moden…saya tidak redha gambar saya sakit masuk ke dalam
Internet. Jika Mami sakit di hospital. Ambil 4 bilik penuhkan anak-anak Tahfeez
dan semua Ustaz-Ustax Mami. Bacakan ayat-ayat Al-Quran dan Surah Yaassin untuk
Mami…baca perlahan-lahan supaya tidak mengganggu ketenteraman pesakit lain di
hospital.
Mami
bekerja keras selama 45 tahun mencari rezeki dikelilingi dan bermandikan Fitnah
untuk mendapat satu kehidupan kita pada hari ni…Mami mahukan Aliff hidup
bersederhana…Mami tidak kaya…selebih apa yang kita ada kita wakafkan untuk
Anak-Anak Yatim Piatu…Orang-orang Miskin dan Anak Tahfiz. Mami tidak pernah
rosakkan Aliff selama ini dengan duit ringgit – Aliff pun anak yang baik bukan
mata duitan… In Shaa ALLAH…
Sebagai
ibu Mami sudah sediakan keperluan untuk kehidupan Aliff & keluarga Aliff…
Mami tidak mahu Aliff berhutang. Beli apa yang kita mampu sahaja! Jangan
sekali-kali membazir untuk keduniaan, Mami sentiasa mendoakan Aliff ditemukan
jodoh dengan Muslimah Solehah yang dapat membimbing keturunan kita dengan
baiknya!
CINTA
IBU BAWA KE SYURGA ALLAH WAHAI ANAKKU.
Farah percaya,
pasti anda terkesan dan pasti anda memahami perasaan itu dan apakah yang
difikirkan. Walaupun anda bukanlah seorang ibu atau anda adalah lelaki,
sekiranya anda selami pasti anda fahami. Semua ibu akan berkorban untuk
anak-anak masing-masing dan Farah percaya setiap ibu pasti akan lakukan apa
sahaja asalkan kebajikan anak-anak terjaga.
Sebenarnya,
pada saat dan ketika Farah membaca Nukilan Terakhir tersebut, ia telah
menyedarkan Farah tentang apakah tanggungjawab dan tugas Farah sebagai ibu
kepada Iman Firash. Farah jujurnya kagum dengan Allahyarham Datuk Sharifah Aini
di dalam didikannya dan apa yang dia korbankan untuk anaknya Aliff. Rentetan
dari itulah, hari ini Farah berkongsi entri ini di mana sememangnya ianya
adalah panjang berjela tetapi ini adalah antara perkara yang Farah fikirkan
yang perlu Farah lakukan untuk Ash. Banyak benda ooo yang bermain di fikiran…
Yang mana inilah “benchmark” Farah untuk masa depan Ash.
SIMPANAN UNTUK ANAK
Perit
bagaimanapun, susah bagaimanapun, tidak mencukupi macam mana pun, busuk-busuk
pun sekurang-kurangnya RM 50.00 sebulan akan dipastikan supaya dapat dimasukkan
ke dalam akaun simpanan Iman Firash. Memanglah kelihatannya sedikit, RM 50.00
didarabkan dengan 12 bulan, In Shaa Allah, sekurang-kurangnya minima RM 600.00
setahun untuk Iman Firash. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
Untuk Iman
Firash, simpanan Tabung Haji RM50.00, simpanan Easy-RHB Junior RM50.00,
simpanan SSPN-i RM 50.00…In Shaa Allah… Akan diusahakan untuk diadakan
walaubagaimanapun caranya. Melampaunya ko? Sampai 3 tempat menyimpan? Jujurnya,
simpanan Easy-RHB Junior itu adalah lebih kepada simpanan kecemasan untuk Iman
Firash. Jika memerlukan… Ianya akan dikorek…Maknanya Easy-RHB Junior itu adalah
tidak statik…Muahahaha… Farah memang “restrict” diri Farah untuk tidak sesekali
mengorek simpanan Tabung Haji dan juga SSPN-i Ash… Sebab itu sahajalah caranya,
itu sahajalah jalannya untuk memastikan Ash ada simpanan untuk masa depan dia.
Jika ada lebih, kita masukkan simpanan lebih, jika kurang, kita berbekalkan apa
yang ada sahaja. Macam tulah…
INSURANS KESIHATAN & PENDIDIKAN
UNTUK ANAK
Perkara ini
adalah penting… Kalau kita orang kaya, jenis yang sentiasa berduit dan
berkepok-kepok dalam poket dan bertingkek-tingkek di dalam simpanan bank itu
tidak mengapa. Nak duit jer, pejam mata petik, dah keluar dari mesin ATM, pejam
mata petik dah keluar dari mesin ATM… Ha ha ha…Tapi Farah bukanlah dalam
golongan dan kategori itu. Memang ada insurans kesihatan di bawah Abah Ash,
akan tetapi, berdasarkan keadaan semasa Farah merasakan ada keperluan untuk
mendapatkan insurans kesihatan &
pendidikan untuk Ash. Farah ada sebab Farah yang tersendiri.
Sekurang-kurangnya cukup tempoh matang, sudah ada “fund” untuk pendidikan Ash
sepertimana yang ditawarkan oleh skim insurans tersebut. Sekiranya terjadi
apa-apa pada Farah, ada “fund” untuk Ash. Faham kan? Anda tentu faham perasaan
dan pemikiran itu. Yang ini RM 150.00 sebulan alokasinya untuk Ash telah Farah sediakan.
PENAMA
Ada sesetengah
orang mungkin merasakan terlalu awal, akan tetapi hidup kita ni kita tak tau sampai
bila… Ini juga salah satu perkara yang menjengah pemikiran Farah. Apa-apa yang
ada rasanya eloklah diletakkan penama seawal yang mungkin. Jujur Farah akui di
sini, untuk penamaan KWSP Farah telahpun meletakkan Ash sebagai penama untuk
menerima bahagian 100%. Yang masih tergantung ada beberapa perkara lagi yang
Farah tahu Farah kena selesaikan secepat mungkin. Contohnya akaun simpanan
bank, rumah, kereta dan sebagainya. Mungkin ada yang berkata, kenapa ko ni
merepek sampai ke situ pemikirannya? Tapi bagi Farah, Farah perlu berfikir
sehingga ke tahap itu.
YURAN PERSEKOLAHAN
Sekarang Ash
sudah pun berada di fasa terakhir “toddler” dan akan beralih ke fasa
“preschooler” tidak lama lagi… Mengikut artikel keibubapaan umur 3 tahun adalah
awal fasa “preschooler”… Bukanlah bermaksud Farah nak menghantar Ash sewaktu
berusia 3 tahun, tetapi usia 3 tahun itu adalah “benchmark” atau “alert” yang
dihantar kepada Farah untuk beringat yang Farah kena menyimpan duit untuk
segala jenis yuran persekolahan Ash.
Yuran
pendaftaran dan yuran bulanan tadika sekarang ni pun bukannya macam zaman-zaman kita dulu…
Sekarang ni main ribu…Main ratus. Memanglah ukur baju di badan sendiri, hantar anak ke
tadika mengikut kadar kemampuan diri sendiri. Dan mungkin ada yang akan
melontarkan ayat, kenapa tidak hantar ke tempat yang mengikut kadar kemampuan? Memang betul, hantar ke mana sahaja tujuannya untuk anak mendapat ilmu akan
tetapi tidak sedikit sebanyak ianya ada memainkan peranan. Mungkin ini cara
Farah berfikir, mungkin ini cara Farah mencorakkan hidup Ash.
Biarlah… Biar
susah asalkan dapat memberikan yang terbaik untuk dia. Betul, tidak semestinya
hantar ke tadika mahal, anak akan menjadi seorang yang bijak pandai. Betul,
tidak semestinya hantar ke tadika yang biasa-biasa, anak tidak boleh menjadi
seorang yang bijak pandai. Semuanya bergantung kepada didikan dari rumah dan
bagaimana ibu bapa mendidik. Cumanya, Farah rasa, Farah ingin (okkk, niat tidak
menghalalkan cara…ha ha ha…)…Tapi itulah pilihan Farah.
Jika Atuk Ash boleh
berkorban mencuci kereta sebagai kerja separuh masa dan Nek Ma Ash boleh
berkorban menerima tempahan kek, menjaga anak orang semata-mata nak berikan
yang terbaik kepada Farah. Kenapa tidak Farah berkorban dan berusaha untuk Ash?
Hormati pilihan dan keputusan orang lain yer? Jangan persoalkan… Setiap orang
ada sebab musababnya yang tersendiri…Tak adalah pula rasa nak merungut...Itu jalan yang kita pilih, kita kenalah berusaha untuknya kan?
Ada banyak
lagi perkara-perkara lain yang bermain di fikiran Farah… Diharapkan agar Farah dapat
menempuhi cabaran yang mendatang dan melaluinya dengan tenang serta lancar.
Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT. Semoga Farah mampu melaluinya… Semoga
semuanya baik-baik untuk Ash dan dipermudahkan untuk Ash…
*Setiap ibu
akan melakukan apa sahaja demi anak-anak mereka… Begitu juga Farah… Berfikir ke
hadapan, menimbal semua situasi, keadaan dan kedudukan supaya boleh melakukan
perancangan yang sebaiknya dan dirasakan terbaik untuk masa depannya pada masa akan datang. Bukan nak tunjuk bagus, tetapi sekadar menyediakan payung sebelum hujan.In Shaa Allah, Amin…
Farah..says pun sependapat dgn farah....kita perlu menyimpan utk simpanan anak kits sejak anak kita masih kecil lg
ReplyDelete