Home » , , , , , , , , , , » Dan Sekali Lagi Air Mata Itu Berguguran...

Dan Sekali Lagi Air Mata Itu Berguguran...


Sedihhh sangat gayanya air mata yang berguguran dan menitis di pipi Ash itu... Muahaha... Drama setiap kali dihantar ke kedai gunting rambut yang berulang-ulang. Cumanya pada waktu dan ketika ini, ianya sudah agak berkurangan sedikit berbanding 3 kali yang terdahulu. 

Kisah-kisah Ash gunting rambut boleh dibaca semula di entri-entri yang terdahulu...


Semuanya menangis, semuanya teriak... tak ada yang senyum kegirangan... Macam semalam... masuk jer kedai gunting rambut tu dia dah resah gelisah... Puas alihkan perhatian dia supaya dia tenang... Nasib berjaya... pheww... Cumanya bila dah duduk di kerusi kedai gunting tu mulalah dia menangis seligat-ligatnya... puas dok pujuk... Yang Mummy dia ni puaslah pasangkan video Pororo, video OSO Special Agent... Agak bergelut jugaklah aneh tu nak pegang kepala dia pada waktu permulaan... 

Ingatkan berlarutan tangisan itu... rupa-rupanya makan pujuk jugak dia rupanya ek? "Good boy..."... Hik hik hik... Lepas tu cuma dengar sedu-sedu kecil dan lelehan air mata jer... Alahaiii kesian tengok anak manja Mummy... Macam antara redha dan tidak jer rambut dipotong... Dia pandang muka aneh tu, macam mintak simpati dan mintak tolong berhenti gunting... hilang jap kekacakkan menangis... Muahahaha... 

Pemerhatian Farah, dah ada perkembangan... tangisan dia tidak seteruk yang dulu dan dah mula berkurangan... Kalau tidak? Huh... satu kedai akan bingit dengan suara dia seorang sahaja... ha ha ha... Ash nangis sekejap ajerlah... Lepas tu senyum kembali... 


Senyum tapi nampak wajah baru lepas menangis... Diharapkan selepas ini keadaan dan reaksi dia akan menjadi semakin bertambah baik bila berkunjung ke kedai gunting lagi... Ha ha ha... Sebenarnya sebulan sekali mesti singgah... Tapi buat masa sekarang ni lebih kurang 2 bulan sekali secara puratanya sebab kadang-kadang Farah "trim" sendiri rambut Ash... bila ke kedai gunting 2 bulan sekali... RM 6.00 sahaja... Ok kan? Berbaloi kan? Memang itulah harganya untuk kanak-kanak... 

Salun rambut Jantzen? Muahahaha... Tunggu dah besar dan reti duduk diam baru boleh bawak kot? Itupun nanti Mummy fikir dulu berbaloi ke tidak? Tak payah kot? ^_*... Kedai gunting biasa pun ok...

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Dan Sekali Lagi Air Mata Itu Berguguran..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, December 24, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

13 comments:

  1. alahai nangis anak bujang..kiki

    ReplyDelete
  2. budak2 mmg mcm tu kot... ntah ape di takutnya hihi... anak sy pun sama tapi ank sy perempuan siap tolak2 lagi tgn aunt yang pgang gunting hahaha

    ReplyDelete
  3. akak potong rambut anak akak sendiri aje guna gunting.hehe,

    ReplyDelete
  4. hehehe mcm arfan sebijik mcm ni lah jugak tapi bulan lepas p gnting rmbut dia dh x nangis da..umo 1 tahun 7 bulan baru x nangis. sebelum2 ni setiap kali g kedai gunting memang akan ad adegan melalak.hahaha...normal kot budak kn..so sis jgn risau.nt dh smpi satu fasa, dia dh blh terima da benda ni dan x kan menangis...ekeke

    ReplyDelete
  5. Ank lelaki kan... Mmg nk selalu melawat kedai gunting... Ank pmpuan bior je lah rmbut pnjang tapi tak pnajang2 juga.. Hehe

    ReplyDelete
  6. ritu ms potong rambut anak teruna k.el yg sulung tu..dah 4 tahun simpan pjg..cukup 5 taun nak masuk sekolah tadika..terpksa lah potong..sedih sgtttt ok..kami berdua mmg nangis ms kt kedai rambut tu...siap abg danish ckp..abg xmau potong rambut..abg suka rambut abg..last2 dah pujuk2..barulah dia ok..

    ReplyDelete
  7. Hehehehhe. Alhamdulilah, anak saya tak menangis pula waktu ibunya nak potong rambut dia. Heehhehhe. Comel je muka, nangis2 camtu. :)

    ReplyDelete
  8. Laaaa awatnya ash...sampain melakak teriak bagai?..
    Psst...mama pesan apa...akak dh delete telegram

    ReplyDelete
  9. Alahai sedih no gaya ash ni.. Hehe

    ReplyDelete
  10. mengias tak nak rambut kena potong ye ash. :)

    ReplyDelete
  11. Tak selesa kepala kena pegang org lain
    Cuba mummy yg gunting mesti tak menangis punya..

    ReplyDelete
  12. uih...
    makin hensem nie..
    kalah uncle shark dia..
    mn aci..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia