ALOESHAFY–Sihat Dan Cantik Dengan Keajaiban ALOEVERA

Farah Waheda Wahid
0
ALOESHAFY–Sihat Dan Cantik Dengan Keajaiban ALOEVERA (6)

Nama Malaysia – Daun Lidah Buaya. Nama botani – ALOEVERA. Smile. Bila dipicit-picit Daun Lidah Buaya tu akan mengeluarkan cecair berbentuk seperti gel. Zaman kanak-kanak dulu, Kak Fa suka sangat buat main Daun Lidah Buaya tu buat main masak-masak dengan kawan-kawan di kawasan perumahan lama kami di AU3, Keramat. Ha ha ha… Open-mouthed smile Tumbuk dengan batu! Selepas tu, bila dah semakin meningkat remaja, dah ada beauty concern, dah pandai pula picit-picit Daun Lidah Buaya untuk dapatkan gel untuk disapukan ke kulit muka Kak Fa ni ha. Semakin masa berlalu, semakin terlupa pada kebaikan gel Daun Lidah Buaya pada kulit wajah. Iyalah dulu, banyak jer Mama Kak Fa tanam dalam pasu. Sejak berpindah rumah ke kawasan perumahan baru, dah tak tanam dah Daun Lidah Buaya. Maka, Kak Fa pun jadi terlupa. Baru-baru ni Kak Fa digamit Memori Daun Pisang memori Daun Lidah Buaya bila Kak Fa sempat meluangkan sedikit masa untuk menghadiri majlis ALOESHAFY Launch Tea Party di Ruang, Shah Alam. Itu yang nak cerita ni apa, bagaimana ALOESHAFY – Sihat Dan Cantik Dengan Keajaiban ALOEVERA. Produk baru ni – mungkin ada yang belum pernah lihat dan dengar. Makanya, kalau nak sihat, kalau nak cantik, abang, kakak, pakcik, makcik, adik-adik, anak-anak, sila baca dan hadamkan sehingga ke akhir entri Kak Fa pada kali ini ya?

ALOESHAFY–Sihat Dan Cantik Dengan Keajaiban ALOEVERA
Kredit: Sumber dari Top10 Home Remedies

ALOESHAFY–Sihat Dan Cantik Dengan Keajaiban ALOEVERA (7)

Tak perlu Kak Fa nak cerita banyak tetapi cukup jelas dan ringkas bahawasanya ALOEVERA mempunyai banyak kelebihan kepada kecantikan serta kesihatan manusia. Salah satu tumbuhan di antara 250 spesies Aloe serata dunia yang merupakan tumbuhan asli kepada timur, selatan dan utara Afrika dan Madagascar dan telah diperkenalkan ke Hindia Barat dan negara-negara tropika yang lain di mana ia tumbuh meliar. Ia juga telah membiak dengan baik di lembangan Mediterranean dengan merentasi Algeria, Morocco, Tunisia serta kepulauan Canary dan Madeira. Di Malaysia, pun banyak! Cumanya ia masih kurang ditanam secara komersial di Malaysia. Yang tanam secara komersial? Syarikat Kumpulan PIJ Holdings melalui anak syarikat PPA Bio Sdn Bhd adalah merupakan syarikat yang telah mengkomersialkan penanaman secara organik ALOEVERA BARBADENSIS MILLER yang merupakan spesies ALOEVERA terbaik dunia di ladang seluas 120 ekar yang terletak di Bio Desaru iaitu Lembah Makanan Organik Johor. Di mana ladang tersebut telah diiktiraf sebagai MyOrganic iaitu Pensijilan Skim Persijilan Organik Malaysia berdasarkan Piawaian Malaysia oleh Jabatan Pertanian Malaysia.

Tanam banyak-banyak, tapi tak buat apa-apa pun tak guna juga ya tak? Susulan dari penanaman ALOEVERA secara komersial tersebut, PIJ Manufacturing telah mengambil inisiatif untuk memulakan cabang bisnes produk berasaskan ALOEVERA. Terhasillah produk ALOESHAFY. Smile. Lepas ni kalau nak cari ALOEVERA untuk tujuan kecantikan dah tak perlu dah susah payah nak tanam dulu ke? Nak mencari dekat rumah jiran sebelah ke? Tunggu balik kampung dulu ke baru dapat ALOEVERA. Mudah sangat-sangat dah dengan adanya ALOESHAFY.

ALOESHAFY–Sihat Dan Cantik Dengan Keajaiban ALOEVERA (5)

Terdapat 3 produk baru ALOESHAFY iaitu:

Jus ALOEVERA

ALOESHAFY–Sihat Dan Cantik Dengan Keajaiban ALOEVERA (4)

Kak Fa sempat rasa Jus ALOEVERA di bawah jenama ALOESHAFY ni. In fact it was the first time. Dah rasa tak cerita rasanya macam mana macam tak fair jugalah untuk anda yang membaca kan? Well, menurut deria rasa Kak Fa ni lah kan? Ianya seolah-olah rasa Apple Cider. So, it was not that bad lah kan? Benefit? Jus ALOEVERA ni adalah bermanfaat sebagai anti-oksidan, detoks, anti-radang, meningkatkan proses penyembuhan dan menggalakan tahap tenaga yang sihat.

Aloe Body Gel

ALOESHAFY–Sihat Dan Cantik Dengan Keajaiban ALOEVERA (3)

Gel badan yang sesuai untuk digunakan oleh semua jenis kulit. Ia dapat membantu melembap, meremajakan kulit malahan boleh digunakan untuk penjagaan kulit kepala dan juga rambut. Bau pun sedap juga ni. Kak Fa dah cuba pakai pun pada Kak Fa dan juga Firash. Smile. Sebab fungsinya membantu melembapkan kulit tu, itu yang Kak Fa pakaikan kepada Firash. Siku dia tu, suka sangat kering kulitnya. Nampaknya sejak Kak Fa pakaikan Aloe Body Gel dari ALOESHAFY, nampak ok pula. Serasi lah tu dengan dia agaknya. Kak Fa pula saja nak pakai since dikatakan boleh meremajakan kulit. He he he. Winking smile

Beauty Set

ALOESHAFY–Sihat Dan Cantik Dengan Keajaiban ALOEVERA (1)

Set penjagaan wajah yang terdiri daripada Pencuci Muka, Penyembur Muka dan Gel Pelembap Muka. Sangat-sangat sesuai digunakan untuk membersih, menyegar, melembap dan menghidrat kulit muka.

Setakat ni, serasa Kak Fa, Kak Fa belum nampak lagi produk ALOESHAFY di mana-mana farmasi mahupun pasaraya. Daripada apa yang diberitahu semasa ALOESHAFY Launch Tea Party di Ruang, Shah Alam tempoh hari, kaedah pemasaran produk ALOESHAFY adalah melalui perlantikan Agen Dropshipper yang tidak perlu simpan stok atau menghantar produk kepada para pelanggan. Kalau-kalau ada sesiapa yang membaca entri Kak Fa pada kali ini yang baru memulakan perniagaan, usahawan kecil dan beroperasi dari rumah yang menggunakan platform media sosial secara aktif, bolehlah cuba-cuba untuk menjana pendapatan melalui ALOESHAFY pula. Pihak PIJ Manufacturing menyediakan Pelan Insentif menarik kepada Agen Dropshipper dan harga produk yang berpatutan tanpa kompromi kepada kualiti. Smile

Untuk Maklumat Selanjutnya Mengenai ALOESHAFY:

ALOESHAFY–Sihat Dan Cantik Dengan Keajaiban ALOEVERA (2)


Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !