Yang mana-mana terasa macam susah sangat nak mencari Kalendar Kuda 2018 tu… Entri Kak Fa pada kali ini mungkin dapat membantu anda. Sebabnya? Sebabnya Kak Fa gigih mencari Kalendar Kuda untuk tahun 2018 semata-mata demi nak memenuhi permintaan Mama Kak Fa yang memang takkan nak kalendar lain selain daripada Kalendar Kuda.
. Setiap tahun bila Disember tiba, pasti Mama Kak Fa akan sibuk berulang-ulang kali bertanyakan Kalendar Kuda. Kalau dulu mudah jer nak dapat dari merata kedai runcit, bengkel kan? Sekarang ni, disebabkan zaman ekonomi yang semakin mencabar, ramai yang cut cost! Ha ha ha…
Kurang sangat dah orang buat giveaway kalendar macam zaman-zaman sewaktu Kak Fa kecil dulu. Dulu tak minta pun… berlambak-lambak orang dok sedekah kalendar.
Toksah cakap apalah, Kak Fa yang bekerja ni pun sepatutnya bolehlah dapat banyak table calendar kan? Dari supplier ke? Client ke? Agent ke? Ha ha ha…
Setakat ke hari ni baru satu jer table calendar yang Kak Fa dapat oiii…. Jadilah daripada nan hado. Memang banyak company cut cost sekarang ni. Itu Kak Fa faham. Sedangkan kita sendiri pun untuk perbelanjaan isi rumah pun nak cuba cut cost, inikan pula syarikat-syarikat kan? Selagi boleh berjimat kita berjimatlah. Jadi nak bebel panjang-panjang pasal orang kedekut kalendar pun tak guna juga sebab hakikatnya kita sendiri pun faham.
Ada orang panggil Kalendar Kuda ni sebagai Kalendar Cina. Tapi Kak Fa tak pernah pun panggil Kalendar Cina. Cuma sedikit cerita mengenai Kalendar Cina sebagai pencerahan… Kalendar Cina adalah mengikut kalendar lunisolar, iaitu sama jenis dengan takwim Ibrani dan kalendar Hindu yang menggabungkan unsur takwim qamari dengan kalendar solar. Di negara China sekarang, kalendar Gregorian digunakan untuk kebanyakan kegiatan harian, namun Kalendar Cina masih digunakan untuk menandakan perayaan orang Cina tradisi seperti Tahun Baru Cina, perayaan Duan Wu dan perayaan Kuih Bulan. Sesetengah masyarakat Cina di seluruh dunia percaya dalam bidang astrologi. Mereka menggunakan kalendar ini untuk memilih tarikh sesuai untuk melangsungkan perkahwinan atau merasmikan pembukaan bangunan baru. Oleh kerana setiap bulan mengikut satu kitaran bulan, kalendar ini juga digunakan untuk menentukan fasa kitaran bulan. Di China, kalendar tradisional ini dikenali sebagai Kalendar Pertanian manakala kalendar Gregorian dikenali sebagai Kalendar Umum atau Kalendar Barat.
Macam tulah penerangkan yang terperinci mengenai Kalendar Kuda atau Kalendar Cina. Kak Fa senang jer, yang Kak Fa faham, Kalendar Kuda ni memang mudah untuk lihat cuti! Alasan kenapa mak-mak suka sangat dengan Kalendar Kuda adalah disebabkan oleh Kalendar Kuda ni ada menandakan tarikh-tarikh cuti sekolah. Tak percaya? Kalau tak percaya silalah lihat Kalendar Kuda 2018 yang Kak Fa sempat kumpul dan paparkan untuk anda semua.
Projek Kak Fa sekarang adalah nak cetak satu persatu elok-elok, cantik-cantik dan bawa balik rumah. Gantung di dinding dapur rumah. Ha ha ha…
Kalendar nilah yang kami anak-beranak gunakan nak tandakan tarikh beli gas memasak (nak kira berapa lama gas memasak tu tahan dan bila nak stand by beli gas memasak yang baru), tandakan tarikh susu formula Firash dibuka (nak kira berapa lama satu paket boleh bertahan dan nak bajet bila kena beli susu Firash semula), nak lihat cuti umum, nak lihat cuti sekolah. Satu kalendar, macam-macam guna oiii…. Banyak perkiraan dalam kehidupan memang dari Kalendar Kuda. Jadi Kak Fa tak hairanlah kenapa ramai sangat yang nak sangat mencari Kalendar Kuda. Kak Fa tak kuasa nak pergi bertanya di kedai runcit atau bengkel-bengkel yang ada. Kalau orang nak bagi tu bagilah. Maknanya adalah rezeki. Tapi kalau tak ada pun tak apa. Sekarang kan zaman segalanya dihujung jari. Buka jer enjin carian Google, search dan klik.
Pada yang nak muat turun Kalendar Kuda 2018 untuk kegunaan peribadi bolehlah klik pada pautan yang Kak Fa dah sediakan khas untuk anda di Google Drive Kak Fa… https://drive.google.com/drive/folders/1mZGK1AdJ6qt7qK1YcoBhCRNrBQpYyuo2?usp=sharing.
wah, best sgt ni kak fa. mmg suka guna kalendar kuda ni. details kan ;)
ReplyDeletedone save
ReplyDeletetq
will be my year next year :D
ReplyDeleteKalender kuda juga yang ramai cari..sebab senang nak tengok..Banyak juga dapat kalender kuda ni..Sebab bulan ni banyak membeli.Barang sekolah, barang dapur, tukar perabot..jadi banyak la dapat...hahah..
ReplyDeleteAda yg salah kelender tu.. Cuba cek btl2.
ReplyDelete