Home » , , , , , , , , , » Tolong Jadi Kedekut Bila Orang Lain Mahu Mencium Bayi Anda!

Tolong Jadi Kedekut Bila Orang Lain Mahu Mencium Bayi Anda!

TOLONG JADI KEDEKUT BILA ORANG LAIN MAHU MENCIUM BAYI ANDA!

Biarlah orang lain nak kata macam-macam, biarlah orang lain nak kata anda poyo ke? Anda gedik ke? Anda sombong ke? Tapi… tolong jadi kedekut bila orang lain mahu mencium bayi anda! Like seriously? Yes! Seriously…

Ini adalah perkongsian Puteri Zaharina Zulan di laman Facebook beliau:

1. Kepada golongan Hawa yang memakai gincu, jangan sesekali cium bayi. Kenalah faham bahawa bayi ini sangat-sangat sensitif kulitnya, ada gincu yang mengandungi bahan kimia yang tidak bersesuaian dengan kulit bayi.

2. Tak pakai gincu pun tak boleh cium sangat. Sebab apa? Sebabnya, melalui ciuman ada banyak virus yang dapat disebarkan, contohnya penyakit Herpes Simplex Virus.

3. Lebih-lebih lagi untuk yang kurang atau tidak sihat, tak perlulah nak cium mahupun dukung. Kalau boleh, tolong jangan dekat dengan bayi. Lambai-lambai sahaja dari kejauhan sudah. Ini disebabkan oleh daya tahan bayi untuk melawan sebarang penyakit adalah sangat lemah. Badannya masih belum dilatih untuk melawan bermacam-macam jenis virus dan penyakit, jadi mereka lebih mudah dijangkiti penyakit.

4. Kalau bersalam dengan bayi boleh? Terpulang kepada anda sebagai ibu bapa untuk menentukan mana yang terbaik untuk anak anda. Tetapi seelok-eloknya, pastikanlah mereka yang ingin bersalam dengan anak anda itu tangannya bersih dahulu.

5. Kalau anda pergi menjenguk bayi, paling penting adalah minta izin. Jangan main cium, gomol terus bagai anak sendiri.

Sebab apa? Kena jadi kedekut? Sebabnya kalau anak-anak kita tak sihat, bukannya orang lain yang bersengkang mata menjaga anak dan melayan kerenah anak kecil yang tidak sihat. Yang menanggungnya kita sebagai ibu bapa. The worse part kalau anak kita tidak sihat sampai menjadi sesuatu yang lebih serius. Ha macam tulah… Tapi… macam mana nak mengelak dengan cara yang paling berdiplomasi ataupun cara paling baik ya? Susah juga kan sebenarnya… cuma sedikit tips untuk ibu bapa yang baru mendapat bayi:

1. Tempah dan pakaikan pakaian yang tertera perkataan “No Kiss” untuk bayi anda. Doa-doalah agar mereka yang membaca itu faham apa yang sebenarnya anda cuba sampaikan.

2. Pantau masa. Apabila dah lama sangat bayi didukung dan digomol-gomol, bolehlah minta izin nak menyusukan anak ke? atau alasan yang lebih popular, nak bawa anak masuk ke dalam bilik untuk tidurkan dia. – Kak Fa selalu kot gunakan alasan nak tidurkan Firash sewaktu dia bayi dulu… He he he… Nerd smile

3. Kalau anda jenis yang suka berterus-terang, beritahu sahaja kepada mereka, “Kulit bayi sensitif, jangan cium-cium ya?”. Tapi dalam masa yang sama anda perlulah senyum, jangan pula muka masam berkerut bila  nak menyampaikan ayat tu. Nanti orang kata sombong pula.

Hakikatnya, bukan Kak Fa mengajar anda untuk menjadi ibu bapa yang kedekut anak atau poyo melebih-lebih sampai nak cium pun tak boleh. Tetapi kita sedang melindungi anak-anak kita daripada menderita di kemudian hari. Al-maklumlah, bayi kan mempunyai daya imunisasi badan yang sangat rendah untuk melawan penyakit?

Kak Fa up sikit tentang apa yang diperkatakan oleh laman National Geographic. Terdapat 7 risiko bila anda dengan sewenang-wenangnya membenarkan anak-anak anda dicium oleh sesiapa sahaja:

1. Berisiko untuk dijangkiti penyakit dalam kelompok Invasive Pneumococcal Disease (IPD). Contoh penyakitnya adalah seperti radang paru-paru (pneumonia), infeksi darah (bakteremia) dan radang selaput otak (meningitis).

2. Dijangkiti virus batuk dan selesema.

3. Kemungkinan untuk demam.

4. Ancaman radang otak.

5. Berisiko untuk dijangkiti penyakit Ctomegalovirus atau lebih dikenali sebagai CMV. Salah satu bentuk virus yang menyerupai virus herpes.

6. Berisiko untuk diserang virus herpes.

7. Berisiko dijangkiti virus cacar air.

Siapa nak kan? Semua orang tak nak… Sebab tu, Kak Fa nak pesan, tolong jadi kedekut bila orang lain mahu mencium bayi anda! Yang orang lain tu pun, tolong jangan sentap. Bukan suka-suka kalau ada ibu bapa yang tak berikan kebenaran atau berkenan jika anda mencium atau menggomol bayi mereka. Zaman sekarang ni macam-macam jenis penyakit dah wujud. Macam-macam jenis penyakit yang boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja. Fikirkan anda di tempat ibu bapa bayi yang berkenaan sekiranya anda terpaksa menerima akibat dari perbuatan orang lain terhadap bayi anda? Tentu anda pun tak nak kan?

Jadi silalah faham jika ada di antara ibu bapa yang nampak kedekut atau tidak memberikan kebenaran kepada anda untuk mendukung ataupun menggomol bayi mereka. Tak payah nak sentap-sentap sangat dan tak payah nak viral-kan pada orang di sekeliling anda ya… Sebab anda dah baca entri ni, anda patut faham sebab musababnya. Winking smile

Rujukan: SINI

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Tolong Jadi Kedekut Bila Orang Lain Mahu Mencium Bayi Anda!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, September 15, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. Betul tu..Biarlah org nak ckp apa..Janji kita berusaha utk melindungi anak kita...Kalau dah jadi ape2..Semua pun takkan mengaku pernah cium anak kita..Yang mereka akan cakap, si ibu tak jaga anak dengan betul.

    ReplyDelete
  2. betol sis..penah sekali tu orang dtg melawat tbe2 muncul dari pintu belakang time maghrib terus terjah tgk baby..mlm tu meragam je baby.. :(
    klu bab kiss tu susah nk tegur... kang terasa xnak tegur pulak.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia