Yes! I Still Carry My 4 Years-Old Preschooler!

Farah Waheda Wahid
2
Yes! I Still Carry My 4 Years-Old Preschooler!

Usia 3 tahun 8 bulan tu, usia yang sudah cukup besar untuk berjalan sendiri tanpa perlu didukung. Betul tak? But… Yes! I still carry my 4 years-old preschooler! Yes… Firash dah cukup besar untuk berjalan sendiri dan sebenarnya memang dia selalu juga berjalan sendiri. Cumanya, bila dia minta Kak Fa dukung dia, Kak Fa tak pernah menolak untuk mendukung Firash walau sekalipun. Bila ada yang bertanya, kenapa tak biarkan Firash berjalan sendiri, kenapa manjakan sangat… Jawapan untuk semua soalan tu dah siap sedia dah… Smile with tongue out… “Firash penat”, “Firash tak sihat”, “Firash tengah meragam”… Tapi tu jerlah jawapan yang Kak Fa selalu bagi. Kebenarannya, Kak Fa happy untuk mendukung Firash selama mana yang Kak Fa mampu dan selama mana yang Kak Fa boleh. Sebabnya?

Tak Lama Lagi Kak Fa Tak Boleh Nak Dukung Firash Lagi

Dukung Firash adalah satu moment di mana Kak Fa tafsirkan sebagai moment of closeness while I can. Akan tiba satu masa bila usia Firash semakin bertambah, Kak Fa dah tak mampu nak tampung berat badan Firash lagi dah. Jadi Kak Fa ambil peluang sekali seumur hidup Kak Fa ni untuk betul-betul memaksimumkan masa yang ada mendukung Firash selama mana dan selagi mana yang Kak Fa boleh. Sebab Kak Fa tahu, yang satu hari nanti, Kak Fa tak dapat lagi nak rasa berat tubuh Firash pada tangan Kak Fa sambil-sambil rambut Firash brushing against my cheek skin. So, I am relishing each moment of closeness while I can.

Tak Lama Lagi Firash Pun Tak Nak Mommy Dukung Dia

Firash ni aktif dan memang jaranglah nak nampak dia duduk diam. Secara realitnya semakin hari semakin dia kurang nak berdukung sekarang ni. Jadi, bila dia mendongak, mendepangkan kedua-dua belah tangan dan sebut… “Kukung Mommy…Kukung…”, Kak Fa ambil peluang yang ada bila peluang tu datang. Sebab moment sebegini akan semakin berkurangan sewaktu Firash sedang sibuk bereksplorasi dan tinggalkan Kak Fa dekat belakang sambil-sambil dia sibuklah menyiasat pokok atau berlari-lari di mall. Lama-kelamaan, minat untuk didukung tu akan menjadi berkurangan dan hilang. Yang mana dalam masa yang sama membuatkan Kak Fa bangga dengan big boy Kak Fa dan juga bercampur dengan rasa sedih sebab tak dapat nak dukung dia lagi. Ha ha ha… Open-mouthed smile

Kadang-kadang Tak Ada Pilihan

Seperti yang semua maklum, Kak Fa ni adalah seorang working Mommy blogger. Rutin harian Kak Fa sememangnya juggling. Pagi-pagi memang rushing. Kak Fa nak kejar waktu masuk ke pejabat sebab Kak Fa perlu sampai ke pejabat sebelum boss Kak Fa sampai. Nak siapkan bilik boss, nak buat kopi untuk boss, nak semak emel dan jadual boss. Situasi ni membuatkan Kak Fa tak ada pilihan dan terpaksa dukung juga Firash. Sebab? Sebab Kak Fa nak cepat… Nanti kalau Kak Fa bagi dia berjalan, banyak singgah dan banyak cerita. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Nampak pintu 7-Eleven, nanti dia belok masuk 7-Eleven. Nampak kucing, nanti dia sibuk dengan kucing. Tu semua tu… Walaupun Kak Fa tau moment tu adalah teachable moments, tapi tak boleh… Kak Fa nak cepat. Sebab tu Kak Fa akan lebih suka untuk dukung dia dari kereta sampailah ke pintu masuk school. Kerja kena jaga oiii… Nak nak lagi dalam zaman ekonomi tak menentu di mana ramai di kalangan rakyat Malaysia yang sudahpun kehilangan kerja. Sekarang ni, pantang silap sikit… Walaupun kecil, boleh jadi isu.

Fasa Ini Bakal Berakhir

Firash dah nak masuk 4 tahun dah. Setakat ni, sememangnya jika dilihat pada kondisi komplikasi Kak Fa dan juga pada perancangan Kak Fa, Firash adalah yang pertama dan juga yang terakhir. Tapi! Cepat sangat besar! Crying face Sobsss…. Bila Kak Fa angkat dan dukung Firash, I am being reminded for a brief moment of that feeling of holding him as a newborn, of that unbreakable connection that comes and then is gone forever. Crying face… Bila fasa ini berakhir… That’s it… Game over!

Kak Fa sedar yang Firash semakin hari semakin membesar, and the time to let go is just around the corner. Cara lain untuk hilangkan rasa dalam diri dan hati ni adalah, Kak Fa sedang mempelbagaikan aktiviti sesama kami untuk dilakukan bersama. Tapi… sama jer… Kak Fa akan rindukan waktu-waktu dia baru lahir dan sepanjang bergelar bayi dan toddler. Dengan semua benda nilah, Kak Fa tak kisah pun jika Kak Fa terpaksa dukung Firash selama mana yang Kak Fa mampu. Winking smile

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. setuju tu farah,masa ni lah kita dapat peluk,cium,dokong dia,bermanja dengan dia,sok dah besar,kena cium pun dia malu.And masa nilah kita boleh buat semua tu dengan dia..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !