What I Wear Is My Choice… Even If It’s The Wrong Choice!

Farah Waheda Wahid
0
WHAT I WEAR IS MY CHOICE...EVEN IF IT'S THE WRONG CHOICE!

Kusss semangat! Urut dada sekejap Kak Fa… Nerd smile… Si kecil molek yang dah serupa diktator dah sekarang ni… What I wear is my choice… Even if it’s the wrong choice! Dah pandai nak pilih pakaian sendiri, dah pandai nak ikut cita rasa sendiri dan dah pandai untuk mengekspresi fashion sense dia dah sekarang. Apa pakaian yang Kak Fa cuba padankan atau cadangkan semua dia tolak! Crying face… Bayangkanlah berlagak abang-abang sangat ni Firash ni! Kalaulah Kak Fa paksa dia pakai juga pakaian pilihan Kak Fa, makanya akan bermula satu episod di mana akhirnya akan berlaku sedikit “pergelutan” di antara mak dan anak. Yang mak nak anak berpakaian begini dan yang anak pula nak berpakaian begitu. Jenuh Kak Fa pujuk… Tak nak juga… Sampai satu tahap, bila dia dah bosan beritahu Kak Fa berulang-kali yang dia tak nak pakai pakaian yang Kak Fa cadangkan tu, dia ambil pakaian itu dan bawa ke almari pakaian dia untuk disimpan semula. Sabar jerlah… Redha jer lah Kak Fa oiii…

Rasanya bukan Kak Fa seorang yang melalui fasa sebegini… Ada di antara ibu bapa yang mempunyai anak yang hampir seusia dengan Firash juga mungkin melalui situasi yang Kak Fa ceritakan ini. Kak Fa tak adalah stress melampau dengan kerenah Firash yang satu ni. Cuma kadang-kadang tu adalah juga tertimbul stress bila Kak Fa nak cepat atau kejar masa! Sekarang ni, bukan setakat Mommy dia ajer yang lewat bersiap, dengan anak sekali lewat bersiap. Sebab kerenah nak memakai pakaian pilihan hati sendiri ni lah. Ha ha ha… Open-mouthed smile. Yang cepat boleh jadi lambat dan kadang-kadang tu rasa kelakar pun ada sampaikan Kak Fa boleh tersenyum sendiri.

Yang mana-mana ibu bapa yang rasa stress senantiasa bila anak buat ragam nak pilih pakaian sendiri tu, tak perlu nak stress sangat ok? Baguslah anak-anak kita mahu memilih pakaian mereka sendiri. Macam yang dikongsikan melalui sumber di SINI, bila anak-anak memilih pakaian mereka sendiri sebenarnya:

Anak Berani Mengekspresikan Diri

Nampak seperti remeh temeh, tetapi sebenarnya bila anak sudah pandai untuk memilih pakaian mereka sendiri itu tandanya anak-anak kita semakin bijak. Mereka berani untuk mengekpresikan keinginan diri mereka dan ini adalah merupakan salah satu ciri-ciri atau tanda anak yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Bantu Anak Lebih Yakin

Apabila kita sebagai ibu bapa, memberikan kebebasan untuk memilih pakaian yang dia suka pakai, maka anak kecil itu tahu yang ibu bapa percaya kepada mereka di dalam membuat keputusan. Peluang yang diberikan oleh ibu bapa itu amat dihargai dan ia sangat-sangat membantu di dalam perkembangan positif potensi dirinya. Makanya, secara tidak langsung, anak tidak akan berasa tertekan untuk mengembangkan potensi dirinya yang dia miliki kerana tahu ibu dan bapanya akan memberikan sokongan kepadanya. Dia akan lebih yakin!

Belajar Berunding

Bila seorang anak kecil diberi peluang untuk menentukan pilihan pakaiannya, dia sebenarnya terdedah kepada kemahiran perundingan. Kemahiran ini penting untuk diajarkan kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi supaya anak-anak menjadi lebih berani untuk memberikan pendapat sendiri kelak. Tapi biarlah secara berhemah dan anda masih boleh memberikan cadangan ke atas baju pilihannya. Contohnya, kalau kita menolak pilihan pakaian anak, tanyakan kepada dia kenapa dia memilih pakaian tersebut dan beritahu juga apa sebab anda menolak pilihannya.

Mendidik Anak Supaya Lebih Berdikari

Secara tak langsung sebenarnya ia melatih anak untuk lebih berdikari. Tak adalah anak-anak asyik bergantung kepada ibu atau bapa setiap kali hendak menentukan apa pakaian yang akan dipakai. Bukan tu saja, sewaktu anak sibuk nak suaipadankan baju dan seluar, baju dan skirt… sebenarnya ia juga melatih mereka untuk berdikari. Berikan pujian jika pilihan anak tu menepati piawaian anda. Bukan mudah anak-anak usia awal mampu menyuaipadankan pakaian dengan tepat. Sekurang-kurangnya sedikit pujian dapat membantu untuk menaikkan semangat dan keyakinan dirinya.

Sebab tu akhirnya Kak Fa redha dan sabar jer. Bila difikir-fikirkan balik, sewaktu Kak Fa kecil dahulu pun, Kak Fa suka jer pilih pakaian sendiri dan nenek Firash tak pernah sekalipun melarang. Apa yang Kak Fa nak pakai, dia ikutkan sahaja. Jadi kenapa Kak Fa perlu kawal Firash kan? Open-mouthed smile… Hi hi hi… Cuma ada masa-masa Kak Fa rasa macam nak tergelak besar pun ada bila pakaian yang dipilih tu warnanya tak kena dan tak berpadanan. Smile with tongue out. Tapi tak apalah… biar jer… Anak-anak sedang membesar kan? Ikutkan ajerlah…Ikut tapi masih pantau…

Kadang-kadang tu, kalau pakaian tu tak bersesuaian atau tak kena, Kak Fa terpaksa gunakan helah untuk beritahu Firash nak ke sesuatu tempat (yang mana kena tunaikanlah kan? Winking smile) hanya semata tak nak Firash kelihatan kelakar dengan padanan yang tidak sesuai atau nak dia pakai pakaian yang Kak Fa nak dia pakai… Aci tak macam tu? Ha ha ha… Smile with tongue out

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !