Sangat-Sangat Tidak Berpuas Hati Dengan BOOM Eyewear!

Farah Waheda Wahid
0
Sangat-Sangat Tidak Berpuas Hati Dengan BOOM Eyewear!

Sick smile Berminggu Kak Fa pendam...Berminggu Kak Fa simpan rahsia ni seorang diri... Berminggu juga Kak Fa masih tak dapat nak redakan rasa tidak berpuas hati Kak Fa dengan BOOM Eyewear! Korang tataplah gambar kedai BOOM Eyewear tu puas-puas dan betul-betul ya? Kenal rupabentuk kedai tu dan jangan sampai terlupa pula! Kalau tak nanti takut-takut korang pula yang rasa tidak berpuas hati dengan BOOM Eyewear! Sama seperti Kak Fa... Serius Kak Fa memang sangat-sangat tidak berpuas hati dengan BOOM Eyewear... Even up till now pun!

Sangat-Sangat Tidak Berpuas Hati Dengan BOOM Eyewear! (2)

Hajat hati nak menggantikan cermin mata yang dah usang dan uzur tu Pointing up memang dah lama... Sebab kalau tak ganti, nanti Kak Fa yang jadi bermasalah. Masalah nak memandu, masalah nak buat kerja-kerja hakiki, kerja-kerja blog, nak menonton televisyen dan sebagainya yang melibatkan penglihatan mata. Cumanya, yang membataskan Kak Fa adalah kos ataupun bajetlah senang cerita. Kos nak tempah cermin mata untuk orang yang rabun special macam Kak Fa ni memang agak tinggi. Buat masa sekarang terus-terang Kak Fa katakan ianya adalah di luar kemampuan Kak Fa dan sememangnya tidak ada bajet yang tinggi pun untuk itu. Kalau setakat RM100 ++ tu gigih lagi lah juga Kak Fa ni berkayuh.

Dah merata dah Kak Fa pergi dan survey harga untuk tempah cermin mata Kak Fa yang dilengkapi dengan cermin Blu Ray, anti-silau, high-index glasses serta khusus untuk pemanduan terutamanya pada waktu malam dan juga hujan lebat. Namun... To be honest, costing untuk satu cermin mata Kak Fa adalah makan ribu! Crying face Kalau nak betul-betul bagus punya lah kan? Kita tempah cermin mata untuk kegunaan kita memanglah nak yang bagus, siapa yang nak yang tak bagus... Duit kita kot? Dahlah zaman serba GST ni dan serba naik ni RM10.00 pun dah kira sangat-sangat berharga kalau ada kat dalam poket.

Disebabkan kos yang makan ribu tu... Kak Fa pun tangguhkanlah hasrat nak tempah cermin mata dan sangguplah tahan menanggung kepayahan untuk melihat dengan jelas buat sementara waktu. Kak Fa tak berani nak ambil risiko untuk habiskan ribu riban semata-mata nak tempah cermin mata tanpa Kak Fa pasti akan kebagusannya tu...Sebab Kak Fa pernah terkena oiii... Tempah cermin mata sampai ribu riban lepas tu bila pakai apa pun tak boleh! Pening kepala sangat-sangat dan macam semua benda Kak Fa nampak terlalu tinggi. Bila tanya semula pada kedai cermin mata yang Kak Fa tempah katanya itu memang power mata Kak Fa dan ikut spesifikasi pemeriksaan mata yang mereka lakukan terhadap Kak Fa.

Macam yang Kak Fa pernah ceritakan di dalam entri sebelum ini, Kak Fa rasa macam nak BOOM - BOOM Eyewear! Itupun selepas Kak Fa dah habis survey semua pusat optik dan akhirnya pilihan terakhir yang Kak Fa ada, adalah BOOM Eyewear yang terletak di Platinum Walk, Setapak yang Kak Fa jumpa di laman media sosial Facebook. Memandangkan macam-macam yang mereka dah war-warkan di laman Facebook mereka tu... I've decided to give it a try...Nak tengok sejauh mana kebenaran yang diwar-warkan di dalam Facebook tu. Flirt male

Bincang dengan suami dan set-kan masa, akhirnya Kak Fa luangkan sedikit masa sewaktu cuti panjang tempoh hari untuk melawat ke BOOM Eyewear. Sewaktu Kak Fa sampai di BOOM Eyewear tu, Kak Fa lihat ramai orang dalam BOOM Eyewear... Ramai sangat kot? Sebab baru buka kan? Mungkin sebab tu jadi ramai orang tu... Sebelum tu Kak Fa nak kongsi sikit macam mana keadaan di dalam BOOM Eyewear...

Sangat-Sangat Tidak Berpuas Hati Dengan BOOM Eyewear! (3)

Sangat-Sangat Tidak Berpuas Hati Dengan BOOM Eyewear! (4)

Sangat-Sangat Tidak Berpuas Hati Dengan BOOM Eyewear! (5)

Sangat-Sangat Tidak Berpuas Hati Dengan BOOM Eyewear ! (6)

Sangat-Sangat Tidak Berpuas Hati Dengan BOOM Eyewear! (7)

Ok... I'm impress! Banyak bingkai-bingkai cermin mata yang nampak menarik dan menarik hati Kak Fa... Nak bentuk bulat? bujur? petak? Semua ada... Pilih jerlah yang mana berkenan di hati. Bila lihat banyak pilihan macam tu, Kak Fa jadi tak sabar nak pilih bingkai cermin mata Kak Fa sendiri! Ahaksss...Open-mouthed smile ... Mata pun tak periksa lagi tapi sibuk nak pilih bingkai kan? Sampaikan suami Kak Fa suruh Kak Fa sabar dan bertenang... Nampak tak gelojoh Kak Fa tu? Punyalah excited nak tempah cermin mata baru kan?

Langkah pertama, Kak Fa diminta untuk melakukan pemeriksaan mata berkomputer. Mak aiii... Power mata Kak Fa naik oiii! Tinggi juga! Katanya naik kepada 750 daripada 650! Crying face ... This is no good! This is no good! Memang rasa unhappy sikit bagi Kak Fa bila dapat tau yang power mata Kak Fa ni naik. Bertambah rabun nampaknya aku ni! Kalau dah power naik, tentulah astigmatisme pun naik kan? No wonderlah driving pun terhuyung-hayang sampaikan bila jalan gelap bawa kereta macam kura-kura! Grrr.... Shifty Stress! Tak tau kenapa tapi tak percaya. Tak percaya boleh jadi tinggi sangat! Menipu jer komputer nih!

Sangat-Sangat Tidak Berpuas Hati Dengan BOOM Eyewear! (9)

Mana-mana pusat optik pun sama kan? Bila dah selesai dengan pemeriksaan berkomputer, mereka akan minta kita lakukan pemeriksaan yang kedua pula. Makanya, langkah kedua, Kak Fa diminta untuk masuk ke bilik pemeriksaan mata di mana mata Kak Fa diperiksa untuk kali yang kedua oleh seorang juru optik yang bertauliah yang berpengalaman selama lebih daripada 30 tahun. Daripada pengalaman Kak Fa, apa yang Kak boleh beritahu kepada anda, bila yang melakukan pemeriksaan mata tu orang yang bertauliah serta berpengalaman lebih daripada 30 tahun, sudah tentu-tentu kerjanya teliti kan? Memang sangat teliti.

Sangat-Sangat Tidak Berpuas Hati Dengan BOOM Eyewear! (8)

Sewaktu mula-mula dia pakaikan kanta dengan power yang dicatat oleh hasil pemeriksaan berkomputer tu, jujur Kak Fa nak beritahu yang kepala Kak Fa ni sakit sangat oiii... Macam tak boleh nak bawa power 750 tu... Sakit, pening dan rasa berpusing kepala ni... Sick smile ... Lagi lama Kak Fa pakai kanta tu rasanya boleh pengsan Kak Fa sebab pening yang amat sangat. Bila Kak Fa complaint macam tu... terus juru optik yang berkenaan kurangkan power Kak Fa sedikit demi sedikit sehinggalah Kak Fa selesa. Ohhh... tak adalah tinggi sangat power Kak Fa naik... Walaupun ada kenaikan tidaklah teruk sangat pun sebenarnya naiknya. Hishhh...komputer ni...buat Kak Fa cuak jer tau!

Sangat-Sangat Tidak Berpuas Hati Dengan BOOM Eyewear! (10)

Bila dah selesa, dah selesai pemeriksaan mata Kak Fa oleh juru optik yang berkenaan. Barulah Kak Fa sibuk terpilih-pilih bingkai cermin mata yang bersesuaian dengan bentuk muka Kak Fa ni ha... Sebab rambang mata... Banyak bingkai yang Kak Fa pilih! Nak tengok? Nahhh... Ini semua pilihan yang Kak Fa pilih pada peringkat permulaan, tetapi sebenarnya nak pilih satu jer... Bukannya banyak...Kak Fa cuma perlukan satu jer cermin mata.

Sangat-Sangat Tidak Berpuas Hati Dengan BOOM Eyewear! (11)

Pilih punya pilih... Tiba masa bincang harga... Bila dah tiba masa untuk bincang harga... Haaa.... Inilah bahagian yang Kak Fa rasa sangat-sangat tidak berpuas hati dengan BOOM Eyewear! Nak tau kenapa? Sebab harganya tak masuk akal! Tak masuk akal sangat-sangat! Yang jadi Kak Fa rasa tak puas hati tu... Biar betul! Harganya sangat-sangat murah! Teramat murah ok? Teramat murah! Pusat optik lain memang takkan dapat harga macam di BOOM Eyewear! Kau ghase? Kak Fa nak lepaskan peluang ni ke? Dahlah bajet Kak Fa pun tak besar...Bila harga separuh daripada harga sebenar Kak Fa...Tentulah Kak Fa rasa macam nak melompat-lompat keriangan di situ juga...Tapi tak adalah...Kawallah sikit kan? Malu kot orang nampak mak budak terlompat-lompat! Ha ha ha... Open-mouthed smile

Tolonglah percaya! Kalau tak percaya... Pergi ke BOOM Eyewear dan lihat sendiri harganya! Memang sangat-sangat sesuai kalau anda jenis yang nak berbelanja secara berhemah dengan keadaan ekonomi sekarang ni. Rasa macam tak percaya tu memang ada...Macam Kak Fa... Rupa-rupanya ada lagi pusat optik yang semurah ini pada zaman serba naik ni! Kalaulah Kak Fa tau...Dari dulu lagi Kak Fa dah datang sini...Tak perlu Kak Fa habiskan sampai hampir ribu ringgit hanya semata untuk satu cermin mata. Malah kalau nak dibandingkan kualitinya... sama sahaja dan ada yang lebih baik dari bingkai cermin mata yang ternama. Serius! Percayalah cerita seorang pemakai cermin mata selama lebih dari 10 tahun ni ha... Kak Fa taulah... Dah macam-macam cermin mata yang Kak Fa tempah dan pakai... Macam-macam pusat optik yang Kak Fa dah pernah pergi... Tapi yang satu ni...betul-betul BOOM! Harga yang Kak Fa dapat separuh dari harga sebenar cermin mata Kak Fa. Tak ada satu yang kurang pun spesifikasinya. Banyak pilihan, banyak jenis bingkai yang bermula dari harga RM 66.00 dan ke atas. Kualiti macam ni tempat lain korang takkan dapat punya! Memang betul-betul BOOM!

Bila harga dah BOOM! Bukan setakat sepasang cermin mata kegunaan Kak Fa jer... Kak Fa up lagi sepasang sunglass untuk Kak Fa!

SANGAT-SANGAT TIDAK BERPUAS HATI DENGAN BOOM EYEWEAR! (12)

SANGAT-SANGAT TIDAK BERPUAS HATI DENGAN BOOM EYEWEAR! (13)

Nampak mewah baq ang! Nampak mahal! Kak Fa suka! Sekali nampak terus sambar sebab harga memang sangat-sangat rendah dan berpatutan jika nak dibandingkan dengan kualiti yang tinggi pada kesemua bingkai cermin mata yang ada di BOOM Eyewear! Lebih 3000 pasang bingkai cermin mata ada... Kau pilihlah sampai kau rasa nak muntah hijau! Ha ha ha... Open-mouthed smile

Ada yang tumpang sekaki juga! Sebab dah murah kan? Babah Firash pun tumpang sekaki... Disebabkan Babah Firash tak rabun...Mata sihat! Hot smile Makanya, untuk gaya semasa...Babah Firash pun terjebak dengan sunglass ala-ala OAKLEY! Walaupun bukan OAKLEY, tapi kualiti tetap BOOM ok! Kalau sesiapa nak sunglass ala-ala OAKLEY tetapi bajet tak mengizinkan... tak rugi untuk jejakkan kaki ke BOOM Eyewear! Sebab anda akan dapat rekabentuk yang hampir serupa dengan harga yang murah serta kualiti yang BOOM! Memang akan tahan lama...

SANGAT-SANGAT TIDAK BERPUAS HATI DENGAN BOOM EYEWEAR! (14)

Berjam-jam kami sekeluarga habiskan masa di BOOM Eyewear pada hari Sabtu yang berkenaan... Memang puas hati dapat belek kesemua yang ada di BOOM Eyewear. Dah puas hati... Kak Fa pun tempahlah cermin mata...

Servis memang tip top! Thumbs up  Hari ni tempah... Tak sampai 3 hari dah siap tempahan cermin mata Kak Fa... Tadaaa...

SANGAT-SANGAT TIDAK BERPUAS HATI DENGAN BOOM EYEWEAR! (15)

Inilah dia mata bantuan Kak Fa! Ringan, tak berat... Selesa tak sakit kepala...Penglihatan sangat jelas...Pemanduan malam macam tonton movie HD...Ha ha ha...Open-mouthed smile Lagak sikit sekarang bawa kereta waktu malam.... Laju berdesup Auto  macam memandu siang dah... Dah tak ada kura-kura lagi dah... Rasa lebih confident kalau nak drive malam dah sekarang...Tak adalah teragak-agak...

SANGAT-SANGAT TIDAK BERPUAS HATI DENGAN BOOM EYEWEAR! (16)

Dari segi servis memang tip top! Kak Fa bagi 10 bintang!  Star Star Star Star Star Star Star Star Star Star Servis cepat! Harga yang sangat-sangat murah... Dah tu... Mesra pelanggan... Mesra kanak-kanak... Firash pun suka pergi BOOM Eyewear.... Sebab tu... Kak Fa nak ambil kesempatan ni untuk kongsi dengan anda semua... Kalau anda mencari pusat optik murah dan berkualiti, kedai cermin mata murah dan berkualiti di sekitar Lembah Klang... Jangan fikir banyak kali...Ikutlah rekomendasi Kak Fa kali ni... Pergilah ke BOOM Eyewear hari ni ya? Kakitangan mereka semuanya bagus!

Memerlukan cermin mata baru ataupun sunglass...Memerlukan cermin mata... Ingat cermin mata, ingat BOOM Eyewear yang Kak Fa pernah ceritakan ya? Pergi dulu, baru anda akan akui kebenaran cerita Kak Fa ni... Kak Fa ni nak bantu you all jer... Jangan nanti kata Kak Fa tak payung tau! Winking smile

Peta Lokasi ---> https://her.is/2wTgzHg
Platinum Walk
No.67-G, No.2, Jalan Langkawi
Danau Kota
53300 Kuala Lumpur

No.Telefon: +603 4131 9753

Waktu Operasi:
11.00 pagi  - 10.00 malam (Setiap Hari)

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !