Home » , , , , , , , » Rasa Macam Nak BOOM–BOOM Eyewear!

Rasa Macam Nak BOOM–BOOM Eyewear!

RASA MACAM NAK BOOM - BOOM EYEWEAR!

Perasaan ni sedang gundah-gulana ni ha! Sick smile Cermin mata yang telah digunakan selama hampir 7 tahun telahpun bengkok dengan jayanya akibat dipijak secara tidak sengaja oleh Iman Firash... Bukan tak simpan elok-elok... Tapi dia yang sudah pandai memanjat dan ambil sendiri dari meja solek kemudian letak di lantai. Bila dah letak di lantai dan tak perasan, dia pun terpijak. Bertimpa-timpa pula ada benda berat terjatuh... Memang selamatlah jadi bengkok! Huwaaa...Crying face ... Dahlah kos untuk satu cermin mata sahaja bagi Farah sangat tinggi! Jujur...kos pembuatan cermin mata untuk Farah sememangnya tinggi. Bukan seperti anda di luar sana yang mudah sahaja untuk membuat cermin mata dengan harga murah. Murahlah macam mana sekalipun harga bingkai cermin mata untuk Farah (sama seperti anda yang boleh mendapatkan bingkai yang murah daripada promosi-promosi di kedai cermin mata). Tapi... bila tiba bab cermin jer... Ha ha ha... Open-mouthed smile Masa tu taulah yang cermin untuk cermin mata Farah bukan sekadar cermin biasa-biasa. Taklah kata salut emas ke? titanium ke? perak ke? suasa ke? apa kan? Cumanya... cermin mata Farah perlu mempunyai ciri-ciri seperti high index glass (kerana kuasa cermin mata Farah lebih kurang 650), anti silau (kerana Farah memang mempunyai masalah astigmatism), hd glass for night drive (ini sangat-sangat penting oiii... sebab Farah sememangnya selalu memandu pada waktu malam untuk pulang dari pejabat). Itu yang sebenarnya nak tumpang meluah ni ha! Rasa macam nak BOOM - BOOM Eyewear!

BOOM Eyewear? Ha ah... BOOM Eyewear... Kedai cermin mata yang ada di dalam senarai pilihan Farah pada waktu dan ketika ini, yang menjadi destinasi kedai cermin mata utama Farah. Cumanya...

Bukan sekaranglah kot? Kalau nak pergi ke BOOM Eyewear ni. Bukan sebab tidak ada ruang waktu terluang untuk ke BOOM Eyewear. Tapi... BOOM Eyewear hanya akan mula beroperasi sepenuhnya pada bulan September 2017 ini nanti! Kalau pergi sekarang pun bukannya dapat apa pun! Nanti masuk angin keluar asap jer! Open-mouthed smile Sebab sekarang ni BOOM Eyewear sedang di dalam proses renovasi. Makanya tutuplah kan? Belum beroperasi lagi lah kan?

Kenapa BOOM Eyewear yang menjadi sasaran utama Farah untuk misi pembuatan cermin mata Farah pada kali ini?

Kisahnya macam ni... sambil-sambil rungsing memikirkan tentang isu pembuatan cermin mata baru... Sambil-sambil Farah skrol garis masa di laman media sosial Facebook, Farah terjumpa dengan satu laman Facebook yang dinamakan sebagai BOOM Eyewear.


RASA MACAM NAK BOOM - BOOM EYEWEAR! (2)

Bila Farah belek-belek laman Facebook BOOM Eyewear, Farah dapati yang BOOM Eyewear adalah sebuah pusat optik yang mempunyai Juru Optik yang bertauliah yang berpengalaman selama lebih dari 30 tahun. Jenama BOOM dicipta oleh pengilang cermin mata yang merupakan pakar serta mahir di dalam penghasilan cermin mata yang bermutu tinggi serta berkualiti. Iyalah, bila sesuatu yang melibatkan kesihatan ni, semestinya kita akan melihat perkara-perkara sebegini sebelum membuat keputusan kan? Kita mahukan yang terbaik untuk kesihatan mata kita, jadi rasanya tidak salah jika Farah jadi cerewet dan memilih di dalam bab-bab pembuatan cermin mata ni. Nak-nak lagi disebabkan Farah ni mata agak special kondisinya... Ha ha ha... Open-mouthed smile Special lahhh sangat!

Iyalah... special lah...Sebab kuasa tinggi! Sampai cecah 650... Kau rasa tebal tak tebal kalau setakat pakai cermin biasa dan bukannya cermin high index. Ahaiii... Tak sanggup sis ok? Nanti nampak kecil jer mata tu! Turun saham weiii! Ha ha ha... Open-mouthed smile

Yang lebih menarik? Di BOOM Eyewear terdapat lebih daripada 3000 pasang bingkai cermin mata  untuk Farah pilih! Pilihlah kau sampai tak larat nak pilih! Disebabkan ada lebih daripada 300 pasang bingkai cermin mata tu lah yang buatkan Farah bertambah-tambah tertarik nak ke BOOM Eyewear ni ha... Sebab di dalam proses pemilihan bingkai cermin mata ni... Memang Farah tak nak selindung-selindung dengan anda, Farah boleh ambil masa selama seharian suntuk untuk buat keputusan bingkai cermin mata yang mana yang bakal menjadi pilihan hati Farah. Waktu memilih tu, kau dah tak ingat dah benda-benda lain...fokusnya cuma nak pilih bingkai cermin mata yang paling bersesuaian dengan bentuk muka Farah dan juga bingkai cermin mata yang menaikkan seri si pemakainya iaitu Farah. Ekekekee.... Open-mouthed smile ... Walaupun bercermin mata, gaya penampilan tu tetap dipentingkan tu.

RASA MACAM NAK BOOM - BOOM EYEWEAR! (3)

Gambar diambil lebih kurang setahun yang lalu. Nerd smile. Jika 7 tahun yang lepas, sewaktu bingkai cermin mata frameless menjadi trend yang menjadi pilihan hati Farah... Agak-agaknya kali ini, apa yang bakal Farah pilih di BOOM Eyewear ya?

Adakah sebegini?

RASA MACAM NAK BOOM - BOOM EYEWEAR! (4)

Adakah yang ini?

RASA MACAM NAK BOOM - BOOM EYEWEAR! (5)

Ataupun yang ini?

RASA MACAM NAK BOOM - BOOM EYEWEAR! (6)

Tu semua tak tau lagi! Tunggulah nanti bila Farah dah ke BOOM Eyewear yang terletak di Platinum Walk, Setapak tu!

RASA MACAM NAK BOOM - BOOM EYEWEAR! (7)

Ha ah... BOOM Eyewear ni lokasi dia di Platinum Walk, Setapak. Farah percaya yang sewaktu pembukaan operasi BOOM Eyewear ni nanti, pasti ada macam-macam tawaran hebat dan menarik yang bakal ditawarkan kepada semua para pelanggan. Ok... Sekarang ni Farah nak mark dalam kalendar Farah di telefon pintar Farah dulu... Nak pastikan Farah dah tetapkan tarikh untuk kunjungan Farah ke BOOM Eyewear pada bulan September 2017 ni nanti. Cita-cita tu tinggi... Nak jadi orang yang pertama yang jejakkan kaki ke dalam BOOM Eyewear... Open-mouthed smile… Ha ha ha... Ni pun nak hantar mesej pada mereka di laman Facebook BOOM Eyewear sebab nak tetapkan betul-betul tarikh temujanji kami ni nanti pada bulan September nanti.

Yang mana-mana ada berhajat nak tukar cermin mata, baru nak bercermin mata, nak buat cermin mata anak atau isteri atau suami, nak cari sunglass yang berkualiti dan nampak bergaya... Baik cepat-cepat mark dalam reminder masing-masing untuk berkunjung ke BOOM Eyewear pada bulan September nanti. Winking smile

Jika nak tahu cerita selanjutnya mengenai BOOM Eyewear dan pengalaman Farah di BOOM Eyewear... pastikan anda tunggu kemaskini entri Farah yang seterusnya tentang BOOM Eyewear pada bulan September nanti ok? Jangan miss pula! Nanti ada benda best dan barang baik punya... Kalau anda terlepas rugilah kan? Winking smile

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Rasa Macam Nak BOOM–BOOM Eyewear!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, August 7, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. Mujur la saya ni tak bercermin mata..Kalau tidak susah juga..Harap2 mata saya ni boleh pakai lama la..hahah

    ReplyDelete
  2. Salam kak fa. kak fa tahu takk. blog kak fa nih selalu jd tempat rujukan uyul untuk blog uyul. thank you so much kak fa. da lama nak cakap kat akak. tapi madah terlupa je.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia