Chatter box! – Terbayang tak di kotak pemikiran chatter box tu macam mana? Bla bla bla…Bla bla bla… Bla bla bla… Non-stop! Cakap tak berhenti-henti sampaikan orang lain yang mendengar boleh jadi letih dan kadang-kadang tu terkeluar soalan pada si anak kecil… Tak penat ke? Ha ha ha…
Macam tulah “mulut” anak Kak Fa sekarang ni. Berhentinya bila dia nap ataupun tidur malam jer. Masa tu akan terasa ketara perbezaannya suasana ketika dia tidur dan terjaga. Bila dia tidur terasa sunyilah pula! Ha ha ha…
… Bila terjaga…Sila tadah telinga! Sejak-sejak dah banyak “mulut” ni… memang ada cabaran bila anak mula petah bercakap!
Terlalu Suka Bercerita!
Kadang tu Kak Fa faham apa yang dia ceritakan. Kadang tu, Kak Fa langsung-langsung tak faham apa yang dia cuba dia sampaikan. Cerita apa? Tak tau A, tak tau Z… Ha ha ha…
… Nak jaga hati anak punya pasal, buat-buat faham jer lah kan?
. Nanti kalau tak faham kesian pula bila tengok dia berulang kali cuba terangkan dan cuba fahamkan pada Mommy dia ni. Sampai tegang-tegang urat leher dia nak memahamkan penceritaan dia kepada Mommy. Makanya, cara yang paling afdal untuk menyelesaikan masalah antara faham tak faham tentang cerita anak ni, kena pasang telinga dan dengar betul-betul satu persatu setiap sebutan yang terkeluar dari mulut si anak. Ha ha ha… Macam Listening Test sewaktu nak ambil PMR dan juga SPM dulu… Haaaa… Lebih kurang macam tulah…
… Kalau jujur sangat beritahu dia kita tak faham… Takut-takut nanti…
hujan lebat membasahi pipi pula… 
Ulang Percakapan
Selagi kau tak ulang apa yang dia cakapkan, selagi tu dia akan ulang apa yang dia cakap sampai kau ulang apa yang dia cakap. Faham tak? Tak kisahlah apa pun yang dia cakap… yang penting kena ulang! Kalau tak ulang… Dia tak akan pernah give up menanti sehingga apa yang dia cakap tu diulangkan kembali. Itu tanda kita bersetuju dengan apa yang dia cakap ataupun apa permintaan dia. Kadang-kadang rasa trap pun ada! Ha ha ha…
Mengelak Jadi Payah!
Pagi-pagi bila dia dah mula berbunyi … 7-Eleven… sebelum-sebelum ni, Kak Fa akan cakap 7-Eleven tutup! Tapi sejak akhir-akhir ni kannn… Perkataan 7-Eleven tutup tu…Dah tak relevan lagi dah! Bila Kak Fa kata 7-Eleven tutup… Dia akan jawab… 7-Eleven buka!
Dan dia akan insist untuk Kak Fa turutkan kemahuan dia untuk singgah 7-Eleven juga… Jalan paling selamat… No means no… Kak Fa buat tak kisah jer dengan permintaan dia… Sesekali jer Kak Fa layan… Hu hu hu… Tak bolehlah hari-hari nak masuk 7-Eleven… Boleh rabak teruk poket Kak Fa ni ha… Kak Fa ni bukan duit kepok-kepok dalam poket… Cuma seorang rakyat marhaen yang makan gaji jer…
Riuhnya Bila Bermain!
Itulah namanya seri rumahtangga… Anak-anak kan penyeri di dalam hidup berumahtangga? Pengikat kasih sayang suami isteri dan sesama ahli keluarga? Bila ada anak sudah tentulah rumah riuh-rendah dengan suara anak kan? Walaupun Kak Fa tak ramai anak… Tapi seorang tu pun dah macam dua tiga orang anak ok? Kak Fa faham… Tengah main memanglah seronok sampaikan jadi riuh macam tu. Takutnya orang-orang sekeliling yang dinamakan jiran tetangga yang tak faham. Hu hu hu… Manalah tau kan? Tengah-tengah orang nak berehat dan menenangkan fikiran anak kita pula punya riuh mulut bermain… Sampai pula ke dinding sebelah, atas, bawah, kiri, kanan… Hati manusia kita tak tau… Satu bentuk cabaran juga ni… Macam Kak Fa… Sebab tau kadang-kadang tu Firash boleh jadi bising sangat… Bila Kak Fa terserempak dengan jiran… Kak Fa minta maaf kalau-kalau Firash ada mengganggu ketenteraman jiran tetangga….
Kita mungkin fikir yang jiran tetangga sepatutnya faham… Tapi sebenarnya bagi Kak Fa salah macam tu…Sebab manusia ni boleh jadi mereka kata mereka faham, hakikatnya di sebaliknya terkadang kita tak tau sama ada mereka benar-benar faham, benar-benar faham tetapi buat-buat tak faham ataupun sememangnya tak faham. Tak apalah… Eloklah rasanya Kak Fa minta maaf awal-awal walaupun mereka kata mereka faham… Ngeee… 
Expect The Unexpected
Bila dah banyak mulut… Kebanyakan kanak-kanak akan mula banyak bertanya… Tanya itu, tanya ini… Kak Fa tak sampai ke tahap ni lagi. Tapi I am expecting by next year Kak Fa akan lalui tahap ini di mana Firash akan mula banyak bertanya. Sekarang ni dalam proses… Dah mula sikit, tapi belum tahap kronik lagi simptom-simptom banyak tanya tu. Makanya expect the unexpected – pesan Kak Fa pada diri Kak Fa sendiri. Bagus anak-anak banyak bertanya ni untuk perkembangan semasa ni… Cumanya, dah banyak sangat insiden di mana ibu bapa jadi blank dan blur disebabkan terkesima dan tak tersangka-sangka yang anak-anak kecil akan bertanya soalan yang kita sendiri tak tau bagaimana nak jawab atau cakap. Bukan hanya sekadar soalan bees and flowers tetapi soalan-soalan lain… Macam contohnyalah ya…
Mommy…Mee ni buat macam mana? Ya ya sebagai ibu kita terangkan bahan-bahan untuk membuat mee dan mungkin juga kita akan tunjukkan pada anak-anak bagaimana mee diproses dari bahan mentah sehingga terbentuk menjadi mee. Selepas dah dapat jawapan bagaimana mee tu dibuat, akan ada sambungan soalan. Mommy… Mee tu asal dari mana? Kenapa panggil Mee? Kenapa tak panggil nama lain? Siapa bagi nama Mee tu? Expect all these… Ha ha ha…
Bersiap-sedia untuk jadi ensiklopedia, kamus bergerak dan perpustakaan bergerak ya ibu-ibu… bapa-bapa… 
Bagi Kak Fa, tak ada masalah pun untuk Kak Fa hadapi cabaran bila anak sudah mula petah bercakap ni. Tak apalah…biarlah dia nak banyak bercakap mana sekalipun… Anak sedang membesar dan berkembang kan?
… Pakar kanak-akan pun ada beritahu yang mana bila kanak-kanak aktif atau banyak bercakap, itu menandakan mereka mempunyai tahap keyakinan yang tinggi serta kualiti yang baik. Itu juga menandakan bahawa mereka ada sifat ingin tahu dalam diri yang mana sebenarnya suka sangat bercakap tu boleh dijadikan kesempatan untuk mendidik mereka beberapa kemahiran yang lain seperti membaca, mengenal huruf dan angka dengan lebih baik dan juga kesempatan untuk kita sebagai ibu bapa lebih mengenali serta memahami anak.
It’s not a new thing pun bila anak sudah mula petah bercakap dan ibu bapa terpaksa berhadapan dengan cabaran-cabaran sepertimana yang Kak Fa kongsikan di dalam entri ini. Alaaa…chill lah… Kita dulu waktu kecil-kecil pun tak tau macam mana banyaknya mulut kita ketika kita mula-mula dapat “mulut” dulu kan? kan? kan?
Comel je xpe kak fa..byk tanya petanda anak bijak.hehe
ReplyDelete