Home » , , , , , , , , , , » Usaha Jauhi "3 Tinggi" Dengan ANLENE Heart-Plus™

Usaha Jauhi "3 Tinggi" Dengan ANLENE Heart-Plus™

Usaha Jauhi 3 Tinggi Dengan ANLENE Heart-Plus™ (4)

Kisahnya... seminggu lepas ada terbaca satu artikel mengenai "3 Tinggi" di kalangan usia 30 tahun ke atas. Disebabkan ada sebut 30 tahun ke atas tu, itu yang jadi Farah tertarik nak baca artikel tu sehingga khatam. Smile. Iyalah, sekarang ni Farah sudah pun berusia 34 tahun, tak lama lagi, nak masuk ke usia 35 tahun pula. Haruslah lebih peka dengan kesihatan diri sendiri. Anak bujang kita kecil lagi oiii! Baru jer nak masuk 4 tahun... Jauh lagi perjalanan tu... Nak tak nak kenalah ambil berat kesihatan diri sendiri demi yang tersayang. Nerd smile. Bukannya apa, hampir 1 daripada setiap 2 rakyat Malaysia mempunyai masalah tahap kolestrol yang tinggi, 1 daripada 3 rakyat Malaysia mempunyai penyakit tekanan darah tinggi dan 1 daripada 6 rakyat Malaysia adalah penghidap diabetes jenis yang kedua. Inilah yang dinamakan sebagai "3 Tinggi" dan Farah kalau boleh tak naklah menjadi salah seorang yang jatuh pada mana-mana kategori penyakit tersebut. Kena usaha ni! Usaha jauhi "3 Tinggi" dengan ANLENE Heart-Plus™.

Bila difikir-fikirkan kembali betul-lah tu. Kalau kita perhatikan, sudah ramai yang berusia di sekitar lingkungan 30 tahun ke atas yang menjadi penghidap "3 Tinggi". Contohnya macam penyakit jantung. Ada seorang selebriti tempatan jika anda masih ingat iaitu Allahyarham Faizal Yusof (bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana) telah meninggal dunia dikatakan berpunca daripada penyakit jantung. 1 daripada 4 pesakit jantung adalah di bawah usia 50 tahun. Sakit jantung ni dah tak kira usia dah sekarang... Bukan tunggu usia cecah 50 tahun, 60 tahun baru berisiko mendapat sakit jantung. Lebih muda dari itu pun ada dah. Hu hu hu...

Tiba-tiba macam timbul satu kesedaran pada diri sendiri dan tiba-tiba macam terasa yang selama ni, Farah tak berapa nak jaga diri sendiri sangat. Farah akui yang Farah memang tak berapa nak jaga diri sendiri sangat sebab Farah lebih utamakan mereka yang Farah sayang yang berada di sekeliling Farah. Salah konsep tu! Kalau sayang mereka, kena sayang diri dulu! Betul tak? Tapi kita ni manusia, kadang-kadang dalam kesibukan menjaga yang lain boleh jadi terlupa akan diri sendiri secara tidak disengajakan.

Bila dah tersedar tu... Termenung juga sehari dua memikirkan apa yang perlu dan patut Farah lakukan... Sampailah tiba-tiba dalam hati ni tergesa nak pergi buat pemeriksaan tekanan darah serta ujian darah bagi menguji tahap kolestrol dan gula di dalam badan. Farah rasa, inilah tiga perkara penting yang Farah perlu tahu bagaimana status diri Farah sekarang dan inilah tiga perkara penting yang perlu Farah jaga.

Makanya, gigihlah Farah ni adakan juga ruang waktu, pada 28 Ogos 2017 untuk walk-in ke BP Healthcare, Glenmarie untuk lakukan pemeriksaan tekanan darah dan juga ujian darah bagi menguji tahap kolestrol serta gula di dalam darah.

Usaha Jauhi 3 Tinggi Dengan ANLENE Heart-Plus™ (3)

Berdebar juga waktu tu nak tau keputusan pemeriksaan dan juga ujian darah. Crying face Stress sekejap tiba-tiba... Ha ha ha... Open-mouthed smile... Cuaklah cuak... Nak tau apa hasilnya? Hasil pemeriksaan tekanan darah mendapati tekanan darah Farah adalah sedikit tinggi dari paras tekanan darah yang normal. Huh! Surprised smile... Takkan Farah mewarisi penyakit darah tinggi daripada nenek Firash? Kalau ya memang betul-betul jadi penyakit keturunan ni! Namun begitu, Alhamdulillah... Syukur sangat-sangat bila Farah dapat tahu yang hasil ujian darah mendapati tahap kolestrol dan gula dalam darah Farah adalah terkawal. Ok! Senyum sikit! Smile.

Cumanya... yang Farah betul-betul nak kena jaga "3 Tinggi" supaya tak jadi 3 tinggi! Sebabnya bila "3 Tinggi" jadi 3 tinggi, itu adalah satu petanda yang membawa kepada risiko utama kepada penyakit jantung yang boleh menyebabkan serangan jantung dan juga strok - penyakit pembunuh nombor 1 di kalangan orang dewasa di Malaysia!

Sayang suami kan? Sayang anak kan? Sayang mak ayah kan? Bila dah dapat tau status kesihatan diri, sekarang ni sibuklah nak jaga kesihatan diri sendiri sebab nak elakkan 3 tinggi dan supaya jantung sentiasa sihat. Selama kini, sibuk jaga luaran dan penampilan jer... Bila dah nak masuk 35 tahun ni... Dah tiba masa dah untuk betul-betul jaga kedua-dua luaran dan juga dalaman. Mulalah sekarang ni dah tukar terus rutin diet harian, mula untuk jadi lebih aktif secara fizikal dan mula catatkan dalam kalendar supaya melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali. Tak payah tunggu sampai tahun baru nak tukar cara dan gaya hidup... Sekarang juga! Open-mouthed smile...

Dah kaji, dah selidik dan dah dapatkan pendapat dari sana-sini... Sekarang ni, Farah sudah mula:

Menjadikan ANLENE Heart-Plus™ Sebagai Rutin WAJIB Sehari-hari

USAHA JAUHI 3 SERANGKAI DENGAN ANLENE HEART-PLUS

Jika sebelum ini, produk ANLENE lebih dikenali sebagai produk penjagaan tulang tetapi ANLENE Heart-Plus™ adalah merupakan formulasi terbaru di dalam menjaga kesihatan jantung. Di dalam ANLENE Heart-Plus™ terdapat MoveMax™ dan HeartMax™ yang merupakan kandungan gabungan nutrien untuk membantu menjaga kesihatan jantung di samping menyokong pergerakan yang lincah.

Anlene HEART-PLUS Visual 1

Gabungan nutrien HeartMax™ termasuklah Sterol Tumbuhan, Omega 3 (DHA & EPA), dan kalium, dengan kebaikan-kebaikan seperti berikut:

  • Sterol tumbuhan membantu mengurangkan kolesterol dalam darah;
  • Kalsium membantu mengekalkan tekanan darah yang normal; dan
  • Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa asid lemak Omega 3 mungkin membantu mengurangkan trigliserida atau lemak dalam darah.

Sedikit tambahan lagi, formulasi Anlene Heart-Plus tiada gula tambahan tau, sebab tu ia sesuai untuk penghidap penyakit kencing manis dan juga sesuai pada mereka yang nak mengawal tahap gula dalam darah.

Sekarang ANLENE Heart-Plus™, senang cerita dah jadi ulam harian Farah. Segelas pada waktu pagi dan segelas sebelum tidur di waktu malam.

Mengamalkan Diet Seimbang

Usaha Jauhi 3 Tinggi Dengan ANLENE Heart-Plus™ (1)

Usaha Jauhi 3 Tinggi Dengan ANLENE Heart-Plus™ (2)

Dulu kalau nak makan, nak minum...main belasah ajer... Sekarang ni... Farah sudah mula berhati-hati dan menjaga setiap pemakanan. Secara jujurnya, semakin takut nak main makan jer semua. Farah perbanyakan makanan-makanan sihat dan cuba untuk mengolah makanan atau minuman yang boleh dihasilkan dengan campuran ANLENE Heart-Plus™. Jadi seronok pula olah mengolah makanan dan minuman dengan campuran ANLENE Heart-Plus™... Open-mouthed smile Sedap pula tu!

Kekal Aktif Secara Fizikal

Perbanyakan pergerakan dan juga cuba mencuri masa untuk bersenam. Winking smile... Dah lama dah bersara dari pergi ke gimnasium. Kalau dulu tu, rajin juga ikut suami ke gimnasium. Sekarang ni banyaknya bersenam secara tidak langsung bersama anak kecil Farah di rumah tu ajer. Kena mula kembali ke gimnasium nampaknya ni!

Bukan mudah untuk kekal aktif dan dalam masa yang sama memberikan perhatian kepada rutin seharian dan keluarga kan? Jadi untuk terus melakukan apa yang Farah suka serta kekal sihat... Farah rasa tindakan Farah adalah betul bila Farah ambil keputusan untuk mengamalkan 2 gelas ANLENE Heart-Plus™ setiap hari dan mengekalkan gaya hidup yang sihat.

Pssttt... Harap-harapnya selepas konsisten dengan 2 gelas ANLENE Heart-Plus™ setiap hari... Hujung tahun nanti, bila tiba waktu pemeriksaan kesihatan tahunan... Semuanya baiklah untuk Farah! In Shaa Allah... Mudah-mudahan hendakNya kan? Amin amin ya rabbal alamin. Doakan Farah tau! Anda? Tunggu apa lagi? #hatihati3tinggi... Jom mulakan sekarang! Amalkan pengambilan 2 gelas ANLENE Heart-Plus™ secara konsisten dan juga gaya hidup sihat!

Jom sihat sama-sama? Winking smile

Usaha Jauhi 3 Tinggi Dengan ANLENE Heart-Plus™ (5)

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Usaha Jauhi "3 Tinggi" Dengan ANLENE Heart-Plus™, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, August 30, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

0 comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia