Awas! Siap-Sedia Untuk Jadi Penghidap Penyakit-Penyakit Ini Setelah Bergelar Ibu

Farah Waheda Wahid
0


Peringatan khusus buat kaum-kaum Hawa!  Awas! Siap-sedia untuk jadi penghidap penyakit-penyakit ini setelah bergelar ibu. Bukan peringatan main-main ni tau. Serius ni! Yang belum bergelar ibu tu mungkin takkan nampak lagi. Yang dah bergelar ibu tu mungkin akan bersetuju dengan apa yang Farah kongsikan ni. Tolonglah percaya apa yang Farah nak sampaikan pada kali ini. 

Sila ketahui bahawasanya setelah bergelar ibu anda adalah amat berisiko untuk menghidap penyakit-penyakit yang tersenarai di bawah: 

Penyakit Membeli Pakaian Anak Tanpa Henti

Jika dulu, sebelum bergelar ibu, anda adalah pengumpul pakaian sampai tak muat almari,  pengumpul beg tangan sampaikan setiap hari berhenti beg tangan,  pengumpul kasut sampai setiap satu set pakaian ada padanannya yang tersendiri.  Setelah bergelar ibu,  tolonglah percaya, tak kira anak lelaki mahupun perempuan, anda pantang nampak pakaian budak...  Tak banyak sehelai pun jadi untuk anda beli. Tak mahal mana,  murah pun jadi untuk anda beli.  

Pantang ada jualan murah,  pantang ada laman web jualan atas talian yang menjual pakaian kanak-kanak dan pantang ada jualan gudang... Semua sampai ke pengetahuan anda. Kalau tak beli pun, sekadar cuci mata pun jadilah. Iyalah maksud penyakit membeli pakaian anak tanpa henti tu bukanlah bermaksud setiap hari beli pakaian anak, tetapi keraplah maksud Farah tu kerap. Belum jumpa lagi orang yang setiap hari beli pakaian anak setakat ni. He he he...  

Nak nak lagi sekarang ni, macam-macam fesyen yang comel-comel dan bergaya kan?  

Penyakit Suka Belikan Anak Permainan 

Ini secara jujurnya, Farah tak terfikir sangat pun sebelum ni. Bila terbaca satu status yang telah dimuatnaikkan oleh seorang kawan di laman media sosial Facebook, Farah rasa ya betul! Ada kebenarannya.  Kami-kami yang jadi mak-mak ni, ada di antara kami (tidak semua),  ada satu penyakit di mana kami suka sangatlah membelikan barang permainan untuk anak-anak. 

Bak kata kawan tu, baru dua tiga hari lepas beli barang permainan, hari ni beli lagi! Sama jer keadaannya dengan Farah. Baru dua tiga hari yang lepas dia singgah 7-Eleven dengan Mommy dia untuk beli barang permainan yang ada dijual di 7-Eleven. Esok-esok singgah beli lagi. Ha ha ha... Rasanya tak mustahil ada mak-mak lain yang alami situasi yang sama. 

Penyakit Cair Dengan Anak

Ini memang penyakit semua mak-mak. Yang membezakan adalah ketahanan mental dan jiwa jer. Ada mak memang kebal. Tapi kebanyakan mak-mak akan tewas jua akhirnya bila cair dan wujud perasaan tidak sampai hati pada anak. Termasuklah Farah ni ha. 

Farah ni cuma kebal sesetengah bahagian jer dengan Firash. Ada sesetengah bahagian tu, bila dilihat lagak kerenah anak dan bila difikir-fikir balik timbul rasa tak menyampai. Bila rasa tak menyampai tu sampai dalam hati, muncul dalam hati, ikutkanlah juga, turutkanlah juga. Tapi tak semua benda ya?  

Penyakit Mudah Risau

Automatik! Bila jadi mak, apa jer yang berkaitan dengan anak buatkan mak-mak cepat dan mudah risau. Walaupun,  anda dapat panggilan telefon menyatakan anak tidak sihat tetapi keadaannya terkawal. Walaupun dikatakan terkawal, percayalah perasaan risau tu mengatasi segalanya. Rasa meronta-ronta dalam hati nak ada dekat dengan anak pada waktu tu juga. 

Penyakit Bercerita Tentang Anak

Tak kira pada suami, pada kawan-kawan lama, pada kawan -kawan pejabat...  Mesti nak selit bercerita tentang anak juga. Tak banyak sikit mesti nak cerita tentang anak. Macam Farah ni lagilah kan?  Nama pun parenting blogger. Cerita memang banyaknya tentang anak, perkembangan anak serta pengalaman yang berkaitan dengan anak. Mak-mak ni sebenarnya tak peduli pun kalau orang tak nak dengar ataupun meluat atau bosan bila mereka asyik bercerita tentang anak. Yang mak-mak tau adalah kebahagiaan hidup dengan kehadiran permata hati masing-masing.

Penyakit Suka Rakam Gambar Dan Video Anak

Dengan kecanggihan teknologi dan gajet semasa pada masa kini. Memori telefon pintar mak-mak dipenuhi dengan gambar dan video anak. Farah tidak terkecuali turut sama menghidap penyakit ini. 

Penyakit Bangga Dengan Anak

Bangga dengan anak ni bukanlah bermaksud bertujuan nak menunjuk-nunjuk ataupun riak. Sebenarnya mak-mak ni tak sampai ke situ pun tujuannya. Tapi,  bila yang belum jadi mak atau yang bukan mak tu merasa sekali bagaimana perasaannya melahirkan,  membesarkan dan mendidik serta mengasuh anak, fahamlah anda bagaimana rasa yang sebenarnya. Walau sekecil mana pun perkembangan anak,  pencapaian anak. Mak-mak akan rasa sangat berbangga dan berbesar hati dengan anak-anak masing-masing. Anak kot? Haruslah! 

Makanya,  yang membaca yang bakal bergelar ibu,  yang belum bergelar seorang ibu dan kaum Adam, fahamlah yang penyakit-penyakit ini adalah normal di kalangan mak-mak dan ianya bukanlah sesuatu yang luar biasa atau dibuat-buat. Ianya perasaan, naluri dan isi hati seorang ibu.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !