Mak-Mak… Jom Berkenalan Dengan FIDGET HAND SPINNER!

MAK-MAK... JOM BERKENALAN DENGAN FIDGET HAND SPINNER

Sebelum-sebelum ni, pernahlah dengar tentang spinner ni. Sebabnya memang viral kat di media sosial? Tapi tak adalah Farah ni nak ambil port sangat tentang spinner ni dan tak adalah berhajat nak perkenalkan kepada Iman Firash. Dalam tak nak kenalkan dengan spinner kepada anak bujang tu, akhirnya dia sendiri kenal dengan spinner bila Farah bawa dia ke klinik beberapa minggu lepas disebabkan dihinggapi chicken pox tu. Puncanya, ada seorang kanak-kanak perempuan dok pegang spinner ni sewaktu di klinik dan kemudian spinner tu jatuh ke lantai. Yang Firash ni dah perhati sedari kanak-kanak perempuan tu masuk lagi, benda yang ada kat tangan kanak-kanak perempuan tu… tertarik perhatian dengan apa yang ada di tangan kanak-kanak perempuan tersebut bila benda tu berpusing-pusing. Bila jatuh ke lantai jer… kanak-kanak yang tertarik akan sesuatu apa lagi kan? Cepat jer lah nak capai. Bila dia capai jer benda tu, terus Farah suruh Firash pulangkan kembali kepada tuan punya badan. Iyalah, tak nak ajar anak ambil barang orang lain…Kan tak elok tu? Dengan terkulat-kulat dan terkelat-kelat, Firash pulangkan benda tu pada kanak-kanak perempuan yang berkenaan dan pandang jer benda tu. Alahaiii… terbit rasa kasihan dalam hati pada Firash. Apalah yang syok sangat dengan spinner ni ek? Mak-mak… Jom berkenalan dengan fidget hand spinner. Winking smile.

Kalau dulu trendingnya tamagochi… Ingat tak? Tamagochi? Zaman-zaman masa kita nak up dulu… Sibuk sana sini dengan tamagochi. Ala-ala kira trending dan in lah siapa ada tamagothci tu pada waktu dulu. Farah tak ada… Ha ha ha… So tak ikut trend dan in lah ek? Smile with tongue out. Memang atuk dan nenek Firash melarang keras dan tak bagi beli walaupun dalam hati teringin bangatttt! Huwaaa… Crying face Kesian Farah kan? Kempunan nak merasa ada tamagotchi. Bagi yang tak kenal tamagotchi tu apa… Meh-meh sini rapat-rapat meh… Sis tunjuk bagaimanakah rupanya tamagotchi yang dimaksudkan…

MAK-MAK... JOM BERKENALAN DENGAN FIDGET HAND SPINNER 2

Tak silap Farah lah… dia lebih kurang macam haiwan peliharaan digital di mana kau bagi makan, minum, mandi segala bagai kan? Tu kira dah up jugalah tu waktu-waktu dulu tu. Bila tiba ke zaman Iman Firash… muncul pula fidget hand spinner. Jenuh nak cuba hadamkan fungsi dan apa yang seronok sangat dengan fidget hand spinner ni. Ha ha ha… Open-mouthed smile. Dah zaman anak, fidget hand spinner yang muncul, makanya kenalah belajar-belajar kenal dan cuba keep up the pace seiring dengan anak kan? Mana boleh ketinggalan belakang? Ha ha ha… Open-mouthed smile. Tu yang gigih baca artikel dari sumber dari SINI tu. Well… at least there’s a little bit knowledge on what’s it’s all about kan? Betul tak?

Apakah Fidget Hand Spinner?

Nama diberi fidget hand spinner. Sebuah gajet terbaru yang mempunyai dua atau tiga cip bulatan di sekitarnya dan sebuah pad di tengah-tengah untuk meletakkan jari anda. Gajet ini hanyalah sebuah alat permainan yang kecil dari tapak tangan anda. Spinner ini juga datang dalam pelbagai jenis bentuk logam seperti besi tembaga, besi keluli dan banyak lagi. Dikatakan, lebih berat jenis besi yang digunakan lebih lama ia boleh berputar.

Bagaimana Ingin Menggunakannya?

Hanya dengan satu putaran sahaja. Anda hanya perlu meletakkan ibu jari anda di atas pad itu dan memutarkannya menggunakan jari telunjuk anda.

Fungsi?

Menurut kajian, permainan ini berfungsi untuk melegakan stress. Memetik laporan Forbes, gajet ini merupakan sebuah alat yang digunakan untuk melegakan stress. Alat ini khas digunakan buat mereka yang sering perlu melakukan suatu pergerakan ketika berada di satu tempat. Ia dikatakan sesuai untuk mereka yang bosan ketika berada di meja sepanjang hari sewaktu bekerja.

Selain itu, ramai yang setuju bahawa alat ini dapat menguatkan tenaga saraf dan juga membantu pengguna mengisi lapang dari memandang skrin telefon sepanjang masa.

Bukan itu sahaja, malah permainan ini juga direka khas buat kanak-kanak istimewa.

Fidget ini juga terkenal dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya mereka yang menghidap penyakit istimewa seperti ADHD, ASD dan Autistik. Ini kerana alat permainan juga dipercayai dapat melegakan tekanan dan memberikan terapi kepada kanak-kanak istimewa ini. Di Amerika Syarikat, kebanyakan sekolah di sana telah mengharamkan penggunaan alat permainan ini dalam kalangan pelajar. Pihak sekolah percaya bahawa alat permainan ini telah menganggu konsentrasi pelajar sewaktu berada di dalam kelas.

Di manakah Boleh Mendapatkan Fidget Hand Spinner?

Melambak-lambak dalam pasaran Malaysia ni oiii…. Yang paling murah RM 8.00 macam tu tak pun beli jer atas talian kan?


Jenis-Jenis Fidget Hand Spinner



Banyak juga fungsinya ek? Seronok tak seronok tu, nanti Mommy cuba main spinner ni ya Firash. Ha ha ha…Agak-agak hilang tak stress Mommy nanti? Akhirnya… Firash pun ada satu… Atuk dekat pejabat bagi sebiji untuk FIrash… Bukan main suka dia bila dapat spinner ni… Hu hu hu… Tak padan dengan preschooler ek? Winking smile Boleh tahan up to date dengan trending semasa budak kecik ni… Ha ha ha… Dah Mommy pula yang belajar dari dia… Smile with tongue out

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Mak-Mak… Jom Berkenalan Dengan FIDGET HAND SPINNER!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, June 8, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

0 comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia