Susu Panas!–Umur 3 Tahun 7 Bulan Terpaksa Minta Bantuan AUTUMNZ WARMER…

Farah Waheda Wahid
1
SUSU PANAS! - UMUR 3 TAHUN 7 BULAN TERPAKSA MINTA BANTUAN AUTUMNZ WARMER

Amboi sangat! Makin besar, makin panjang akal, makin banyak cabang pemikiran, makin demand anak bujang yang seorang ini. Crying face hu hu hu… Kalau dulu tu, tak kira susu tu sejuk ke? suam ke? Semua dia belasah ajer minum tau tak? Tapi sejak-sejak dah cecah 3 tahun 7 bulan ni… Flirt male dah pandai dah… dah pandai… Susu panas! – Umur 3 tahun 7 bulan terpaksa minta bantuan AUTUMNZ WARMER tau tak? Sarcastic smile Sedangkan, hakikatnya tak pernah termasuk dalam senarai Mommy dia ni nak beli sebarang warmer untuk kegunaan atau aksesori menyusu dia. Sebab serius… tak pernah ada rasa kepentingan untuk itu sebelum ini.

Tapi sejak akhir-akhir ni… bila dah kerap sangat dia menolak susu yang tak suam lagi… rasa penat pula tegak duduk tegak duduk tegak duduk… Susu tu bukannya susu yang lama dibuat. Semua susu yang dibancuh untuk dia adalah susu yang baru dibancuh. Cumanya kadang-kadang tu, baru lebih kurang 15 minit atau 25 minit jer dia tak minum susu tu sebab leka bermain atau tonton televisyen. Biasalah tu kan? Mulut minta susu, tapi lepas tu dah terbang ke mana. Minta jer pandai tau Firash ni! Mommy gigit karang pipi dengan muncung mulut tu! Ha ha ha… Open-mouthed smile. Lepas tu bila dia sendiri yang tak minum, bila dah mula hilang suam, dia sendiri yang tolak balik susu yang dah dibancuh tu…. Katanya… susu panas! susu panas!

Terkadang tu bila dah geram sangat… suruh jer dia minum susu yang ada tu. Tapi, biasalah… kalau fight dengan Firash, mesti Mommy mengalah juga akhirnya… Ha ha ha… Open-mouthed smile Bangunlah dengan gigih walaupun dah rasa tak larat lagi nak tegak duduk lagi dah dengan banyak perintah dia tu. Pergilah rendam botol susu tu dalam air panas. Tak pun, kalau dah tak sabar sangat, tambah jer sikit air panas bagi ada rasa suam-suam gitu haaa…. Ingatkan dekat rumah jer? Surprised smile Kalau keluar berjalan ke mana-mana pun sama dah sekarang ni. Tak nak dah susu yang dah sejuk. Tak macam dulu kan? Semua belasah… Tak lah kata yang Farah ni suka bagi anak minum susu sejuk. Cumanya terkadang tu, bila susu tu, tak adalah lama sangat, ada dalam 20 – 30 minit baru buat, takkan nak buang macam tu jer? Atau takkan nak panaskan lagi? Baru jer dan sebenarnya masih ada rasa suam sikit… Annoyed.

Dia dah buat hal dah… Dia dah buat hal! Semua nak yang panas-panas ok? Tak nak yang sejuk-sejuk. Ni esok-esok dah besar ni, mau perangainya, kalau nak makan tak nak makanan yang dah masak awal-awal ni… Time tu nak makan, time tu jugalah kena masak… Nak yang fresh from the wok macam tu kaedahnya kan? Itu sekadar prediction Mommy dia lah… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Nasiblah siapa yang jadi pasangan hidup Iman Firash akan datang… Firash cuma nak makanan yang panas-panas jer… Smile with tongue out Melawak…

Disebabkan macam dah mengada-ngada sangat requirement si anak bujang ni ha… Terpaksalah minta bantuan dari AUTUMNZ…. Nak tak nak… terpaksa juga minta bantuan AUTUMNZ untuk memudahkan sama ada kerja nenek ataupun Mommy dia… Kalau Mommy pun dah rasa letih tegak duduk tegak duduk, inikan lagi nenek dia yang dah berusia tu. Dah lah sejak akhir-akhir ni nenek dia kerap tak sihat. Hu hu hu…. Kena dapatkan juga sesuatu yang dapat membantu kami ni haaa….

Yang praktikal untuk gaya hidup Farah… Memperkenalkan…Jeng jeng jeng…

SUSU PANAS! - UMUR 3 TAHUN 7 BULAN TERPAKSA MINTA BANTUAN AUTUMNZ WARMER 2

AUTUMNZ BOTTLE & FOOD WARMER – HOME & CAR USE. Praktikal-lah untuk Farah sebabnya mobile… Boleh di bawa ke mana-mana saja. Lepas ni selesai masalah! Ha ha ha… Open-mouthed smile… Apa yang menarik tentang AUTUMNZ BOTTLE & FOOD WARMER – HOME & CAR USE ni? Bagi Farah, AUTUMNZ BOTTLE & FOOD WARMER  - HOME & CAR USE ni adalah:

PRAKTIKAL
Berfungsi untuk memanaskan susu dan makanan bayi atau anak kecil dengan mudah sama ada di rumah mahupun di dalam kereta.

SELAMAT
Memanaskan susu dan makanan dengan perlahan dan sekata.

MUDAH DIGUNAKAN
Tak susah nak gunakan AUTUMNZ BOTTLE & FOOD WARMER -  HOME & CAR USE ni. Cuma tambahkan air dan laraskan setting.

SESUAI UNTUK SEMUA JENIS PEMANASAN
Untuk pemanasan bagi susu dan makanan yang dikeluarkan dari peti ais, peti sejuk beku mahupun suhu bilik.

SESUAI UNTUK KEBANYAKAN JENIS BOTOL SUSU DAN BEKAS MAKANAN
Cukup lebar untuk memuatkan saiz kesemua jenis botol susu dan bekas makanan. Contohnya Avent, Tommee Tippee, MAM, Dr. Browns dan sebagainya.

SUSU PANAS! UMUR 3 TAHUN 7 BULAN TERPAKSA MINTA BANTUAN AUTUMNZ WARMER!

Ini kan memang betul-betul rare untuk ada dalam semua kereta-kereta kan? Tak semua orang ada benda ni dalam kereta oiiii… Hanya kereta mak-mak jer yang ada ni… Tapi tak semua mak-mak! Open-mouthed smile …. Ha ha ha… Bertambah lagi gajet Mommy Firash oiii…. Ke hulu ke hilir lah jawabnya mengusung warmer ni hanya semata ada orang tu demand nak susu panas! Who me? Bertabahlah Mommy oiii melayan kerenah anak tunggal ni. Esok-esok bila dah besar nanti, moment-moment macam nilah yang akan dirindui sangat-sangat! Lagipun, untuk Farah bukannya akan berulang kembali moment seperti ini kan? Winking smile Makanya, cherish it while it lasts…Haaaa, macam tulah lebih kurang bunyinya.

CARA PENGGUNAAN AUTUMNZ BOTTLE & FOOD WARMER – HOME & CAR USE ni taklah susah pun. Senang sepertimana yang Farah terangkan. Suhu 40 °C: untuk memanaskan susu dan mengekalkan rasa suam secara automatik. Suhu 70 °C: untuk memanaskan makanan bayi. Suhu 100 °C: untuk mensteril aksesori menyusu dan makan seperti sudu, teethers, puting susu, screw rings. Cumanya… jangan gunakan warmer ketika kenderaan sedang bergerak, jauhkan dari anak-anak setiap masa dan sila alert yang air panas boleh mengakibatkan lecur dan juga scalding. Tolonglah ambil langkah keselamatan setiap masa ya?

SUSU PANAS! - UMUR 3 TAHUN 7 BULAN TERPAKSA MINTA BANTUAN AUTUMNZ WARMER!  (1)

Yang tambah-tambah menarik lagi, ada waranti selama setahun untuk setiap pembelian AUTUMNZ BOTTLE & FOOD WARMER – HOME & CAR USE ini. Jadi, kalau ada faulty pada warmer yang anda beli, anda boleh jer gunakan waranti yang telah disediakan. Ok sangatlah tu kan? Memang itu yang kita nak pun kalau beli barang-barang sebegini kan? Harga? In Shaa Allah, ibu bapa masih mampu untuk membayar untuk keselesaan anak-anak. Harga pasaran bagi warmer ini adalah RM 109.90. Taklah sampai RM 200.00 ke atas kan? Masih ok lagi kan? Winking smile

UNTUK MAKLUMAT LANJUT:


NO TELEFON:
+603 4161 9333
Isnin hingga Jumaat : 9.00 pagi sehingga 6.00 petang
Sabtu: 9.00 pagi sehingga 1.00 petang

E-MEL:

ALAMAT PEJABAT:
Autumnz
ATZ Care Sdn Bhd (876935-D)
16-1 , Ukay Boulevard
Jalan Lingkaran Tengah 2
Hulu Kelang , 68000 Ampang
Selangor , Malaysia
(Next To Klinik Medic Xcel)
GST Number : 001324220416

* Kebetulan dah nak musim perayaan ni… Pasti ramai yang travel sana-sini… Kalau ada anak kecil… ada alat pemanas yang mobile sebegini…Memang dah molek sangat dah tu… Raya-raya juga, tapi kebajikan anak tetap perlu jaga ya tak? Farah berpendapat elok sangat kalau yang ada anak kecil yang menyusu susu formula atau botol tu ada alat pemanas mobile macam ni sepanjang musim perayaan ni… Iyalah… kita faham-faham jer lah kan? Bila tiba musim perayaan, jalan sesak sana sini. Macam senario orang yang terpaksa menghabiskan masa lebih dari 11 jam disebabkan kesesakan melampau di atas jalan raya dan dalam kereta. Kalau ada anak kecil yang menyusu botol, waktu-waktu macam ni belum tentu boleh dapat air panas untuk bancuh susu. Ada warmer kerja pun jadi mudah ya tak? Winking smile Betul tak apa yang Farah katakan ni?

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !