Bila Anak Menguji Kesabaran!

Farah Waheda Wahid
0
BILA ANAK MENGUJI KESABARAN!

Bukan mudah mendidik anak ya tak? Puncanya kecil sahaja, tetapi amukan si anak kecil berlarutan apabila permintaannya tidak ditunaikan. Selepas puas menangis, meronta dan menjerit, mulalah dia membaling barang yang ada di sekelilingnya. Pujukan Mommy tidak diendahkan. Geram “tunjuk perasaannya” tidak dipedulikan oleh Mommy, kemudian menggigit dan menarik rambut Mommy berulang kali. Sabar Farah, sabar… kalau salah-salah hemat bila hilang sabar dengan kerenah anak, dikhuatiri laju juga tangan ni pak! sedas ni kang! Bila anak menguji kesabaran! Crying face

Situasi yang Farah gambarkan di atas, mungkin pernah dialami oleh sesetengah ibu bapa. Anak kecil membuat kerenah dan “tidak makan pujuk, contohnya mahukan perhiasan kaca atau benda tajam sebagai permainan, mengamuk kerana perkara remeh seperti marah dengan usikan si abang, kemahuan untuk membeli permainan mahal tidak dipenuhi atau tidak mahu makan makanan yang terhidang tetapi meminta makanan yang tiada. Phewww… Memang betul-betul menguji kesabaran kan? Berdepan dengan anak yang banyak kerenah ada masa-masanya membuatkan ibu bapa menjadi kurang sabar.

Samalah ni! Sekarang ni tengah diuji Allah dengan kerenah Iman Firash. Lepas satu, satu, selagi kau tak ikut kehendak dia selagi tu dia ulang sebut apa yang dia minta. Selagi kau tak layan kehendak dia, selagi tu dia mula tunjuk perangai. Sejak akhir-akhir ni, boleh katakan garang jugalah Mommy dia ni pada dia. Garang bukan sebab “suka” nak jadi garang atau marah anak saja-saja macam tu. Garang sebab nak mendidik anak tu supaya menjadi manusia. Bukan garang tak bersebab. Mungkin, ada yang berpendapat disebabkan Firash ni anak tunggal, segala kemahuan dan kehendak dia diikuti. Secara jujurnya memang taklah Mommy dia ni nak ikutkan semua kemahuan dan kehendak dia. Ikut tu ikut juga, tapi ikut berbatas. Ada masa boleh beri kelonggaran pada anak, ada masa memang kena tegas dengan anak. Kalau nak anak jadi manusia… you have too. Kalau nak anak jadi manusia, jangan turutkan segala kemahuan dan kehendak membabi buta. Bagi Farah biar berkadaran dan bersesuaian.

Cumanya, sebagai ibu bapa, apa pun kerenah anak-anak, itu semua adalah ujian dari Allah SWT. Ia menguji kesabaran dan keimanan manusia kepada Allah. Ya tak? Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anfal ayat 28 bermaksud:

Dan ketahuilah bahawasanya harta kekayaan dan anak kamu adalah cubaan hidup dan sesungguhnya di sisi Allah lah pahala yang amat besar.

Kalau ikut-ikutkan memang sangat-sangat menduga sejak akhir-akhir ni, tapi bila teringatkan satu artikel panel pendakwah dan pendidik, Wan Akashah Wan Abdul Hamid yang Farah baca dari sumber di SINI, Allah sengaja menguji keimanan kita untuk melihat sama ada kita semakin bersyukur apabila dikurniakan zuriat ataupun semakin jauh dari-Nya. Segala ujian itu tidak terlepas daripada dua perkara, iaitu sebagai penghapus dosa atau peningkatan darjat.

Apapun sebab kita diuji dengan kerenah anak, Allah bukan bertujuan menyeksa kehidupan kita, tetapi ini tanda kasih-sayangNya. Sebelum ibu bapa memilih kaedah paling sesuai mendidik atau mengajar anak, mereka perlu pastikan tiga perkara iaitu mengenalpasti jenis kenakalannya, tahap nakal serta membezakan kesilapan dan kesalahan anak. Ibu bapa perlu faham jenis atau kategori kenakalan anak kerana pemahaman perkara ini penting supaya mereka dapat menangani masalah anak dengan betul dan berkesan.

Bila sebut tentang tahap kenakalan anak ni, melalui pengalaman setakat inilah kan… Tahap kenakalan anak berbeza mengikut peringkat umur, jantina, kecerdasan akal fikiran, pengaruh rakan dan persekitaran, didikan, suasana keluarga. Yang pasti kenakalana anak yang usianya lebih besar adalah lebih serius berbanding dengan anak yang kecil. Kalau boleh langkah yang pertama bila anak melakukan kesilapan, anak dinasihati supaya dia lebih berhati-hati pada masa akan datang. Contoh kesilapan ialah anak tidak sengaja memecahkan tingkap ketika bermain bola, manakala kesalahan pula adalah perbuatan yang tidak betul dan disengajakan. Ia terbahagi kepada dua iaitu kesalah besar dan kecil.

Dari artikel yang sama, Wan Akasha berkata, kesalahan besar ialah yang jelas melanggar syariat atau undang-undang dan boleh mendatangkan mudarat kepada dirinya dan orang lain. Contohnya anak sengaja bercakap bohong, tidak solat atau memukul rakan. Kesalahan kecil pula biasanya tidak jelas melanggar syariat atau tidak membahayakan, tetapi mungkin melanggar peraturan manusia. Contohnya suka menconteng dinding atau tidak mahu membuat kerja sekolah.

Sebagai manusia biasa, ada masa-masa kerenah anak membuatkan ibu bapa hilang kesabaran. Selain asuhan yang baik, doa adalah kaeah penting yang mesti diamalkan oleh ibu bapa di dalam mendidik anak. Ada doa di dalam Al-Quran untuk melembutkan hati anak supaya dengar cakap dan mudah mengerjakan solat. Antara doa yang perlu diamalkan ialah Surah Toha ayat 1-5, Surah Al-Syura ayat 19 dan Surah Al-Hasyri ayat 21. Doa ini boleh diamalkan dengan meniup pada ubun-ubun anak atau ditiup ke dalam air.

Bagi masalah anak yang banyak menangis dan memberontak apabila kehendaknya tidak dipenuhi, ibu bapa perlu mengajar serta melatih anak menahan emosi. Ibu bapa perlu cipta suasan yang dapat menjauhkan anak daripada emosional seperti menangis. Amaran atau gertakan jika menangis lagi, permintaannya tidak dipenuhi boleh dikatakan kepada anak terbabit. Contohnya, “Jangan menangis lagi. Kalau menangis lagi, Mommy tak nak penuhi permintaan Firash”.

Rotan? Secara jujur, sejak Iman Firash sekolah dan berusia 3 tahun ni, Farah memang saja beli rotan dan gantung di dinding sebagai hiasan… Ehhh…hiasan? Bukan hiasan, itu psikologi namanya tu. Tak ada niat nak melibas anak dengan rotan pun. Tak terlintas sampai ke situ. Betul, zaman-zaman Farah membesar dulu, rotan tu ulam untuk kesalahan serta kesilapan, tapi sebenarnya cara itu sangat memberi kesan terhadap anak. Dan sebagai ibu bapa, kita perlu ingat, memukul anak lebih banyak memberi kesan negatif jika salah caranya. Anak yang besar atau remaja tidak sesuai dihukum cara itu kerana menimbulkan emosi buruk, berdendam, trauma atau membentuk peribadi kasar. Makanya, rotan yang tergantung di dinding rumah tu adalah for display only ya? Winking smile Bila kau kerap pukul anak, anak pun jadi lali dan sakit dipukul tidak lagi memberi sebarang makna pada mereka. Anak akan hanya berkelakuan baik depan ibu bapa kerana tidak mahu dipukul tetapi apabila di luar pengawasan ibu bapa, mereka menjadi lebih liar. For what? No point right?

Haiiii anak… Anak sesungguhnya memang melatih diri kita supaya sabar. Kerenah anak-anak kadang-kadang buat kita geram. Lebih-lebih lagi kalau mengganggu-gugat ketenangan kita semasa sedang melakukan sesuatu. Sabar itu tercermin melalui 3 kategori iaitu sabar dalam berkata, sabar dalam perbuatan dan sabar dalam hati. Sabar dalam berkata ialah tidak mengucapkan kata-kata kesat dan kasar. Sabar dalam perbuatan ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu yang tidak baik kepada orang atau objek di sekeliling kerana marah. Sabar dalam hati ialah bersangka baik dengan setiap yang berlaku.

Ketika anak baru dilahirkan, dia hanya mampu menangis untuk menyatakan segalanya tanpa batas waktu dan keadaan. Terkadang sebagai ibu terutamanya yang baru menimang cahaya mata merasa rimas dan kurang sabar dengan tangisan yang belum dapat dipastikan apakah solusi terbaik untuk bayinya. Lapar, sakit, tidak selesa atau inginkan perhatian? Rasa letih, mengantuk dan kesibukan kerja rumah serta pejabat yang ada sekurang-kurangnya akan menimbulkan rasa kurang senang di hati seorang ibu sehingga meleteri anak bahkan mungkin kurang sabar dalam perlakuannya.

Saat anak telah mencecah usia kanak-kanak, dia semakin lincah, menconteng dinding, memecahkan gelas dan meneroka setiap inci dunia yang berada di depan matanya. Jatuh bangun adalah rencah kehidupannya. Sebagai ibu, sekali lagi kepenatan melayan kerenah anak-anaknya, apa yang pasti sebolehnya digari anak kecil itu agar dunia ibu kembali aman damai. Masa terus berlalu, zaman remaja dan dewasa terus ditempuhi oleh si anak dengan kerenahnya sendiri. Lisannya selalu menyatakan kesalahan anak-anaknya, ingin dipukul, semuanya sudah pun dewasa.

Sedar atau tidak, anak itu menjadi sebahagian ujian Allah untuk kita yang bergelar ibu bapa meningkatkan kesabaran dalam hal-hal yang tidak kita senangi. Sedangkan Allah beserta orang-orang yang sabar dalam mengharungi segala musibah yang melanda hidup kita. Saat kita menghadapi situasi yang kurang menyenangkan, cubalah berbaik sangka terhadap apa yang terjadi. Cukuplah yang keluar dari lisan kita ialah doa-doa kebaikan dan kejayaan untuk si anak kan? Cukuplah pukulan sekadar menginsafkan dan peluk cium dengan penuh kasih sayang. Anak kita adalah cerminan peribadi kita, saat anak kelihatan menderhakai kita, semaklah kembali kederhakaan kita kepada perintahNya. Sobsss… Crying face. Saat anak mulai enggan untuk mentaati kita, ukurlah kembali nilai ketaatan kita kepadaNya. Kerana anak bukan sekadar diberi makan untuk terus hidup tetapi juga perlu diberi didikan dunia dan agama untuk menjadi insan yang berbakti ketika di dunia dan penyelamat kita di akhirat sana.

Alhamdulillah, masih bertahan dalam sabar walaupun terlampias tinggi serta tegas nada suara ni ha… Nak tau apa rasa bila marahkan Firash? Dada ni rasa berat dan sakit oiii… Tapi untuk kebaikan, suka atau tidak terpaksa juga sebab nak didik dia. In Shaa Allah, I might be having a hard time for certain moments in parenting however it will be something good in the future. In Shaa Allah…Amin-amin ya rabbal alamin. Semoga Mommy Firash ni dikurniakan tahap kesabaran yang lebih lagi dalam mendidik Firash. Siapa tak sayang anak kan? Nak dapatkan bukannya mudah… Nak diberi pun bukannya mudah… Jadi hargai… Sabar dan be smart dalam menghadapi kerenah macam-macam si anak ya tak? In Shaa Allah…

*Honestly I don’t believe in spanking… I believe in being firm and making my son understand his boundaries so that he will not be off-limits. Hu hu hu…

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !