BAHAYA Rupanya BELON KARTUN Ni!

BAHAYA RUPANYA BELON KARTUN NI!

PERHATIAN! Pointing up Khas buat ibu bapa yang rajin sangat melayan kehendak anak-anak masing-masing bila ke pusat membeli-belah, pasar malam, pasar raya dan kedai-kedai yang ada menjual belon kartun sepertimana yang Farah paparkan di dalam gambar pada entri ini. Khas buat ibu bapa yang sanggup membelikan anak-anak masing-masing belon kartun kerana sudah tidak tahan mendengar rengekan anak-anak yang mahukan belon kartun yang hadir di dalam pelbagai rupa dan bentuk yang semestinya berjaya menggoda jiwa raga mereka… Anda perlu! Anda perlu sangat-sangat untuk habiskan pembacaan anda ke atas entri Farah pada kali ini dan hadamkan betul-betul apa yang ingin Farah sampaikan pada kali ini untuk kebaikan bersama. Mujurlah Farah sudah berhenti membelikan Iman Firash belon kartun sebegini dalam tempoh yang agak lama. Kalau tidak dulu, dia pun sama sahaja… Farah pun sama sahaja… Ikutkan kehendak dia yang suka sangat menggumpulkan belon kartun sebegini… Rupanya tanpa kita sedari belon kartun sebegini adalah sangat MERBAHAYA kepada kanak-kanak. Walaupun harganya mampu milik dan nampak seperti tiada apa-apa, sebenarnya, belon kartun mampu mencederakan anak-anak kita.

Farah tidak pasti sama ada anda ada came across insiden ini di laman media sosial Facebook anda ataupun tidak. Akan tetapi, apa yang Farah ingin kongsikan adalah, baru-baru ini, seorang ibu, iaitu Pn. Effa Adam melalui satu posting beliau di laman media sosial Facebook ada berkongsi tentang insiden belon kartun yang telahpun mencederakan anak beliau melalui pautan INI.

BAHAYA RUPANYA BELON KARTUN NI! 2 

Menurut Pn. Effa Adam melalui perkongsian beliau pada 21 November 2016 baru-baru ini:

Alhamdulillah… selepas kena tahan di zon merah anakku Rifqi boleh naik wad unit kebakaran… Korang perasan tak kalau kita jalan-jalan area Kuala Lumpur – Sogo, Jalan TAR, banyak orang jual belon kartun-kartun gas yang mahal tu? Harga dia dari RM 5.00 sehingga RM 15.00… Effa nak pesan janganlah beli untuk anak-anak ya? BAHAYA! Belon tu ada gas yang mudah terbakar… Bayangkan kalau anak-anak sedang pegang dan main, ada orang hisap rokok di tepi ke? Memang akan meletup dan boleh menyebabkan terbakar. Untuk kisah anak Effa, Rifqi ni… Semalam pergi makan di luar, dia nak belon tu, belikan untuk dia, kemudian dia main di rumah mak Effa, terjumpa pula lighter yang tak ada gas. Tapi dia main-main petik-petik lighter tu… Jadi keluar percikan api… Tak semena-mena belon gas tu meletup sambar tangan dan muka… disebabkan dia dah menggigil sakit, Effa ambil keputusan untuk bawa ke hospital. Ingatkan nak minta doktor cucikan luka atau baki ubat tahan sakit, tapi apa yang bahayanya kes ini? Ini bukan kebakaran biasa! Jika membabitkan gas, haba dari kesan letupan itu boleh menyebabkan kandungan gas belon yang bahaya itu masuk ke tekak dan paru-paru. Bila masuk ke dalam ianya akan menyebabkan organ membengkak dan tak boleh bernafas! Allahu… masa dengar doktor cakap macam tu… Effa dah blur… Suara Rifqi makin hilang… Dia mengadu penat pula… Terus kena tolak ke zon merah… Selepas dipantau segera doktor ambil keputusan untuk tahan wad 24 jam kerana nak pantau pernafasan dia…Setakat ini, makan minum ok… Tangan memang melecur nampak isi… Bulu mata dan kening habis kena sambar. Rambut tak payah cakap la.. Paling teruk bahagian tangan dia… PLEASE ALERT ibu bapa di luar sana! Jumpa orang jual belon gas yang boleh melayang-layang yang ada macam-macam bentuk kartun tolong la jangan beli! Rupanya belon ni dah ada kes… Effa tak tahu…Kalau tahu memang tak beli…Ada budak pernah kena melecur satu badan umur 10 tahun macam tu… Masuk ICU sebab haba gas selepas terbakar masuk ke dalam paru-paru dan membengkak… Bahaya kan? Tolong jangan beli…Biarlah anak menangis macam mana pun…Jangan beli lagi belon tu… Effa serik!!!

Jenis gas yang diisi dalam  saya tak dapat nak pastikan helium ataupun hidrogen…Apa yang saya dengar dari perbualan doktor, kalau jenis gas helium tak meletup… mungkin jenis gas lain…sedikit pembetulan yang agak tergantung tadi. Kejadian berlaku bukan depan mata saya…berlaku di rumah mak saya semasa ketiadaan saya…. anak jumpa lighter yang sudah habis digunakan (tak ada gas)…cuma dia main petik-petik kosong sahaja… Kan ada benda bergesel keluar api percik tu kan?

Macam tu lah kisahnya… Surprised smile pertama kali Farah mendengar atau membaca insiden seperti ini… Bila terfikir yang Farah pernah belikan Iman Firash belon kartun sebegitu… Ya Allah… Menyesalnya… Tapi perkara dah berlalu dan tak boleh diulang semula kan? Makanya, untuk yang akan datang… Farah dah nekad, biarlah menangis sebagaimana sekalipun, memang tak akan sekali-kali Farah belikan lagi untuk Iman Firash… Daripada malang tidak berbau berlaku? Eloklah Farah elakkan dan hindarkan… Tak salah rasanya kalau ambil langkah berjaga-jaga… Bila dah ada insiden macam ni, ianya adalah peringatan kepada ibu bapa lain… Terima kasih Pn. Effa Adam kerana sudi berkongsi pengalaman beliau dan memberikan pesanan kepada semua ibu bapa lain. Farah sebagai seorang ibu, amat menghargai apa yang dikongsikan oleh Pn. Effa Adam untuk kebaikan bersama semua pihak. Syukur sangat-sangat sebab ada juga yang sanggup berkongsi infomasi sebegini untuk kebaikan.

Memang diakui, sebagai ibu bapa ada masa-masa kita rasa tak sampai hati mendengar rengekan serta tangisan anak-anak yang mahukan sesuatu barangan. Ibu bapa yang kental tu memang ada will power untuk ignore dan biarkan tangisan anak berlalu sebegitu sahaja. Akan tetapi, jenisnya ibu bapa yang tak sanggup nak dengar rengekan serta tangisan anak yang berpanjangan ada kalanya boleh tertewas juga dengan kehendak anak itu. Akhirnya sebab tak tahan telinga dan tak sanggup melihatkan aksi si anak, ibu atau bapa belikan juga… Memang, kita sebagai ibu bapa ingin melihat anak-anak kita gembira dan memberikan apa yang mereka mampu jika kita berkemampuan dan rasakan boleh. Tetapi tidak semua barangan adalah selamat untuk anak kita. Tantrum tu biasalah… Memang ada anak-anak kecil yang akan membuang tantrum bila tidak mendapat apa yang dihajatinya…

Bila dah keadaan begini… yang terbaik… kena kental hati untuk katakan tidak dan kena kental hati untuk berhadapan dengan kerenah anak… Yang pastinya kenalah bijak bermain psikologi di dalam mengendalikan anak… Memang bukan mudah tapi kena banyak-banyak sabar… Cara nak berhadapan dengan tantrum si anak bila tak dapat apa yang mereka mahukan… mungkin boleh rujuk entri lama Farah di Bubblynotes.Com yang bertajuk His Ways of Throwing Tantrum | Macam Mana Nak Atasi Tantrum Anak-Anak???

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel BAHAYA Rupanya BELON KARTUN Ni!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, December 12, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

  1. Bahaya sungguh lah... lepas ni anak guling-guling nak belon camtu pon tak apalah, baik ganti beli apam balik ke sate ke huhuhu! Salam sayang dari saya http://sayaazieera.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya belon ni kena pakai helium. Baru tak bahaya. sebab molekul helium lebih stabil dan susah terbakar berbanding gas hidrogen

    Apa nak buat. yang jual tu pun nak untung lebih je.

    ReplyDelete
  3. oo bahaya juga belon ni nya..baru tahu

    ReplyDelete
  4. mungkin bukan helium.. helium tak bahaya..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia