His Ways of Throwing Tantrum | Macam Mana Nak Atasi Tantrum Anak2???

Farah Waheda Wahid
13
Hu hu hu, malam semalam Ash dah tunjuk belang dahhh.... Walaupun baru nak masuk usia 10 bulan... Malam semalam dia dah mula menunjukkan ciri2 baring di atas lantai, menangis dan hentak2 kedua2 belah kaki dia sebab tak dapat sesuatu yang dia nak... Phewww...bahaya ni budak kecik ni... penampakkan gaya tak boleh berjanji dengan dia sebab bila berjanji dan tak dipenuhi...mau masak Mummy jadinya ni...dan if tak dapat apa yang dia nak, dia akan retaliate sebegitu...Dush dush...pengsannnn Mummy uolss.... 

Macam ni kisahnya, macam biasa memalam dia akan ada sesi menghadap tablet... Lepas tu kan ke Dia Dah Tertawan dengan Upin & Ipin tu??? Oklah... Iolss pun kekononnya nak bukaklah You Tube untuk dia nak search Upin & Ipin dia tu... Huhh... jarang2 macam ni...semalam internet giloss sikit kat rumah...Iolss nak buat kerja pun tak lepas uolss... Jarang macam ni...Jadi lagging-lah ia... Bila dah lagging dan loading error...Kenalah tunggu sekejap kann??? Dia punya tantrum... Ya Rabbi... Boleh??? Baring atas toto, lepas tu bising mengongoi dan nangis2 dan hentak2 kedua2 belah kaki... Errr... kecik jer Mummy tengok Ash semalam...Ha ha ha.... Memanglah kecik pun kann??? Iolss diamkan dan pandang jer dia dengan serious... Ha ha ha... Lepas tu bila tengok Mummy macam tu... tetiba dia senyap... Ha tau punn.... 

Salah satu challenge terbesar parents yang ada anak2 kecik ni adalah dalam menangani tantrum yang theyolss tunjuk kann??? Yang iolss baca dari sumber di SINI anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protes. Errr...ni baru nak masuk 10 bulan uolss, baru nak masuk 10 bulan... dah pandai dah nak protes... Aduyaiii... Ni kes advance ke apa ni Ash ni??? Muahahaha... If anak2 weolls berkelakuan macam ni, bukan bermaksud dia dah jadi degil atau kurang ajar ok??? Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk mengekspresi diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu... Ho ho ho...Frust tertonggeng sangat Ash sampai macam tu sekali tak dapat tengok Upin & Ipin dia tu...

Tantrum seperti membaling barang, menghentak kepala ke dinding (aiyooo ini sangat extreme ni...takut pulak iolss...), menjerit sekuat hati dan sebagainya jelas menunjukkan nilai ego dan self-power dalam diri anak2 semakin bercambah...growing uolss growing. They started to realize macam mana nak pertahankan apa yang theyolls nak. Kalau tak dibagi apa yang theyolls nak, alamatnya hiruk pikuklah keadaan rumah dengan jeritan dan tangisan theyolls. Yang lagi pengsannn....bila anak2 start "buat perangai" kat public macam shopping complexes ker??? kenduri kahwin ke??? and etc... Takut2 hilang sabar jadinya...Hik hik hik... Ni satu challenge jugak ni...nak tengok tahap sabar Mummy macam mana ni Ash...Mummy awak ni dah rasa tinggi dah tahap kesabaran dengan benda2 di sekeliling selama ni... hik hik hik...adakah dah hebak tahap sabar Mummy ni atau masih low lagi level sabar Mummy... #ehhh... Tapi bagus jugak sebenarnya kann??? Untuk self-improvement giteww...

Ikut jer kehendak dan cakap anak2 is not the solutions bagi kebanyakan parents termasuk iolss.... it's not a shortcut untuk lepaskan diri dari pressure or stress bila anak2 berkelakuan macam ni kann??? When we tend to just abide and follow to kids needs and demands, ianya akan menambah burukkan lagi attitude theyolls in the future. So better don't. 

So??? How to handle and prevent??? Meh meh meh...Iolss belajar uolss pun belajar... Artikel yang dipetik (huyooo petik..ha ha ha...janji petik nyatakan sumber kann???)... Artikel asal boleh baca di SINI kalau nak...

Cara2 Mengatasi Tantrum Anak2
Bertenang adalah lebih baik daripada marah. Pastikan weolls sentiasa firm dan tepat dalam setiap arahan yang weolls lontarkan kepada anak2. Dengan ini, weolls akan membantu anak2 untuk menerima arahan dengan jelas dan menuruti apa yang weolls suruh. Cara ini membantu weolls sebagai parents untuk mempamerkan pula "ego" ataupun kuasa yang ada padi diri weolls.

3 Contoh Dalam Menangani Sikap Negatif Anak Secara Bijak

1. Keluarkan Kata2 (Verbal) Arahan Secara Spesifik
Contoh 1 - "Sayang nak makan dulu ke atau mandi dulu..." Pertanyaan ini akan mengundang jawapan negatif daripada anak2. Tentukan apa yang merepa patut buat satu persatu dan bukanlah memberi mereka pilihan untuk memilih. Bukankah logik akal mereka masih belum aktif??? 
Jawapan - "Jom sayang, sekarang masa untuk mandi dan wangi2..." Pernyataan ini sangat spesifik tentang apa yang mereka perlu lakukan tanpa ada pilihan untuk memilih dan pastinya tiada ruang untuk retaliate. Tambahkan sikit imagination, fantasy dengan bernyanyi bersama2 sambil ke bilik air untuk attract attention anak2... Ha ha ha...Iolss selalu jer menyanyi2 dengan Ash...

2. Keluarkan Anak2 Daripada "Zon Panas" Dengan Segera
Membawa anak2 keluar bermain di shopping complexes atau jalan2 di shopping complexes memang menyeronokkan...Ahakss... Mak2 pun boleh tumpang sekaki window shopping atau shopping ye tak??? Tapiii...problem akan mula timbul bila anak2 mula meragam bila tak mau balik ataupun berhenti. Cara terbaik adalah dengan membawa anak2 serta merta keluar daripada "zon aktiviti" itu walaupun anak2 menangis sekuat hati. Nasiblah ye tak... Parents kena kental lah tahan jadi bahan tontonan macam ni...Hik hik hik... Bawa anak2 ke ruangan lain, yang jauh daripada tempat permainan tersebut bagi meredakan keinginan theyolls. Pastikan setiap pujukan adalah firm so that anak2 faham dan dengar tanpa meninggikan suara. Method ni akan mengambil masa selama 20-30 minit untuk theyolls bertenang kembali. Jadi... banyakkan tarik nafas yerrrr... Ha ha ha...

3. Tentukan Had /Limits Anak2
Sometimes waktu makan adalah waktu perang bagi sesetengah parents. If anak2 mula membaling atau selerakkan makanan di meja makan, serta merta tarik anak2 turun daripada kawasan tersebut. Letakkan anak2 jauh sedikit dalam 10-20 meter daripada ruang makanan dan beritahu anak2 supaya berkelakuan baik if nak makan semula. Anak2 perlu dididik untuk membezakan waktu makan dan waktu bermain. 

Weolls juga boleh berdiri sambil memeluk tubuh tanda protes kepada sikap negatif anak2 tadi...Macam ibarat dalam hati... Mummy nampak kecik jer Ash ni tau, kecik jer...Ha ha ha...Contoh... contoh jer ok??? Tunjuk weolls pulak protes sikap negatif theyolls tu. Biarkan anak nampak, tengok dan rasa bersalah dengan sikap tersebut. Jangan risauuuu.... ianya hanya mengambil masa dalam 3 ke 5 minit untuk melihat anak2 berkelakuan baik semula dan mintak maaf. Nak tau kenapa??? Sebab anak2 akan mulai rasa bosan atau boring tanpa melakukan apa2... Percayalah... 

Oh ya sedikit info tambahan... dari artikel di SINI 

4. Baca ayat Quran dan Auzubillah Minashaitan Nirajeem, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kepada anak dan juga weolls. 

5. JANGAN SESEKALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak. 

Kenali Apa Itu Tantrum?
Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba2. Manakala, "Temper Tantrum" ialah satu luapan emosi yang meledak2 sehingga tiada kawalan diri. Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan - 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyperactive. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak2 yang dianggap "sulit", dengan ciri2 sebagai berikut:

1) Kanak-kanak tidak cukup tidur.
2) Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur.
3) Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.
4) Lambat beradaptasi terhadap perubahan.
5) Emosi tidak tenteram (sering negatif).
6) Mudah marah dan mudah menangis.
7) Sulit dialihkan perhatiannya.

Tantrum termanifestasi dalam berbagai perilaku. Berikut adalah beberapa contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia:

Dibawah Usia 3 Tahun
·Menangis
·Menggigit
·Memukul
·Menendang
·Menjerit
·Memekik-mekik
·Menghempaskan badan ke lantai
·Memukul-mukulkan tangannya
·Menahan nafas
·Menghentakkan kepala
·Melemparkan barang
·Menyangkung
·Memeluk tubuhnya

Usia 3-4 Tahun
·Perilaku tersebut diatas
·Menghentakkan kaki
·Berteriak
·Meninju
·Membantingkan pintu
·Mengkritik
·Merengek

Usia 5 Tahun Ke Atas
·Perilaku-perilaku tersebut diatas
·Memaki hamun orang lain @ ibubapanya
·Menyumpah
·Memukul kakak @ adik @ kawan-kawannya
·Mengkritik diri sendiri
·Memecahkan barang dengan sengaja
·Mengancam
·Merungut
·Trauma @ fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak. 

Faktor Penyebab Tantrum???

Kehendak @ Keinginan Anak Di Halang
Setelah tidak berhasil meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, maka si anak mudah saja melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan mendesak parents agar memenuhi impiannya.

Ketidakmampuan Anak Mengungkapkan Dengan Perkataan
Kanak-kanak bawah usia 4 tahun memiliki keterbatasan bahasa. Amat sukar sekali untuk mereka menterjemahkan keinginan anak2 dalam bentuk bahasa yang mudah untuk weolls fahami. Oleh itu, kondisi anak2 yang masih tidak betah telah menekan emosi anak2 menjadi kecewa dan secara tidak langsung mewujudkan frustration pada diri theyolls dan disampaikan dengan sikap tantrum.

Pergerakan Yang Terhad

Kanak-kanak yang hyper-aktif sudah biasa dengan pergerakan yang bebas tanpa kongkongan atau batasan. Sekiranya, parents cuba mengawal pergerakan atau hadkan kelakuannya menjadi sopan dan bertertib, maka ini mewujudkan stress pada diri si anak. Untuk anak melepaskan stress, maka wujudnya tantrum. Sebagai contoh; anak hendak minum menggunakan gelas, ibu atau pengasuh tidak benarkan dan menggantikan dengan cawan plastik; si anak masih bertegas dengan keinginannya, maka telah wujud sifat amarah dalam dirinya dan untuk dia melepaskannya dia akan bersikap tantrum agar kehendaknya diperbolehkan.

Asuhan Parents
a. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba ada keinginannya yang lain tidak diikutkan.
b. Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan). Apabila anak melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba weolls menegur dan menghukum, maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum.
c. Parents bertelagah pendapat yang mana baik @ buruk untuk si anak.

Anak Merasa Penat, Lapar Atau Dalam Keadaan Sakit

Anak Sedang Stress
Samada anak penat dengan bebanan tugasan sekolah, dan lain-lain atau kerana merasa tidak aman (insecure).

Trauma @ Fobia

Anak diseksa atau pernah menyaksikan sesuatu yang ngeri atau diperkosa sejak kecil. Trauma yang melanda dirinya menjadikan emosinya tak tenteram. Kanak-kanak mengharapkan perlindungan yang aman. Apabila itu terjadi, dia beranggapan bahawa parents tidak memberikan kasih sayang atau keamanan yang diharapkan. Maka dia akan tantrum untuk melepaskan tekanan yang melanda emosinya. Tantrum ini memakan masa untuk pulih dan akan terbawa sehingga dia dewasa.

Whatever written it seems easy for us as parents to share, to write and to say kann??? And iolss tak menolak yang they will be people saying... it's easier to say or write or read than the realiti...Well... memang realiti tidak selalunya sama dengan apa yang ditaip atau disampaikan...tetapi inilah cabaran weolls as parents uolss... If we could take up the challenge...Alhamdulillah... ^_^... No matter what...every parents would want to be the best parents on earth for their childrens... Errr...ada ker yang tak nak jadi parents terbaik untuk anak2 sendiri??? Ok... itu iolss tak campur.... Urusan dan hak individu memasing kann??? 

*Tantrum is tantrum... tak boleh ikut kehendak sangat... Nanti diri sendiri yang parah... Tapiii... beri pun ada limits dan bersyarat...Siapa tak sayang anak oiiii.... Oklah Ash, ni Mummy tengah download siap2 ni Upin & Ipin Ash... Nanti malam jangan buat macam semalam lagi yer??? Hik hik hik...

Post a Comment

13Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. bila dah jadi parents ni,banyak yang kita perlu belajar,thanks sharing mummy ash..

    ReplyDelete
  2. Lya da pglmn jaga ank saudara besar mcm ash ni juga dulu sikapnya suka buang badan d lantai memg rasa pelik bahaya juga klau permintaannya x d turutkan

    ReplyDelete
  3. Tantrum budak kecik boleh tahan lg..yg besar ni mencabar Iman sikit.

    ReplyDelete
  4. Nice info ! Rujukan di masa akan datang. Ehek. :P

    ReplyDelete
  5. as'salam..
    tips yg baik..thanks share..mungkin jugak kena share
    cara utk mengelak ank dari tantrum @ sikap yg negatif tu dengan
    perbanyak dengarkan alunan ayat2 al-Quran..kiranye kena biasakan bby ni dgr dari kecil..
    InsyaAllah =)

    ReplyDelete
  6. ok noted...
    kena get ready untuk iqy jugak ni..
    sekrang pon dah start membuas dah dia..hee

    ReplyDelete
  7. baik punyer tips..
    anak2 ni memacam ragam dorang kak..
    kita ikut jer la..

    ReplyDelete
  8. Cousin saya lagi teruk, siap hantuk kepala kt lantai! Memang my auntie kene sentiasa berada di sisi dia...

    ReplyDelete
  9. rsanya klau xditangani kan, sampai budk tu da besaq msuk sek ren pun nnti jadi mcm ni tau..huhu..

    ReplyDelete
  10. part ni masa adik sha yang bongsu tu teruk... siap pukul2 badan sendiri tanpa protes... susah jugak ye sebenarnya... sangat challenging !!

    ReplyDelete
  11. kena kawal dari kecik ni kan supaya nanti dah besar temper tu dapat di kawal.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !