Macam nilah kan? Bila bekerja dengan adanya anak kecil di rumah? Kita sibuk bekerja, dia pun sibuk juga nak bekerja juga. Silap-silap haribulan boleh tak jadi kerja kalau tak betul-betul…

… Macam kisahnya petang semalam sewaktu cuacanya sangat-sangat sesuai untuk tarik selimut… Hajat hati nak bawa kuih karipap sebagai bekalan ke pejabat hari ini (nasib jadi juga bawa… ha ha ha…

). Makanya, gigihlah menguli doh karipap dalam senyap-senyap di dapur sewaktu ada orang tu sedang leka bermain di ruang tamu. Ingatkan dia tak sedar yang Mommy dia sedang menguli doh karipap di dapur…
Alamak!

… perasan rupanya anak manja Mommy ni! Kwang…Kwang…Kwang… Ingatkan nak elakkan dari dia perasan, rupa-rupanya dia perasan. Nak lari mana? Redha jer lah Mommy oiii…

Ahaksss… Sepertimana yang dijangka…chef kecil Mommy memang turut sama sibuk mengerjakan doh karipap yang Mommy dah siapkan dalam bentuk bebola-bebola kecil…
Tu diaaa… atas tikar pun jadi ok? Mana sempat jer! Asalkan hati dia rasa happy. Tapi tulah…doh karipap dia jadikan PLAY-DOH. Bukan tak ada set PLAY-DOH yang dia dapat hasil dari advertorial di Bubblynotes.Com dulu… Tapi nak jugaaa… jadikan doh karipap Mommy sebagai PLAY-DOH. Takkanlah nak larang pula kan? Bukannya sesuatu yang berbahaya malahan adalah sesuatu yang positif serta bagus untuk perkembangan semasa dia. Syukurlah pada Allah kerana anak menunjukkan minat untuk belajar dan bereksplorasi selagi boleh dan selagi mungkin dengan apa sahaja yang ada di persekitaran dia. Itu bermaksud, otak dia sentiasa berfikir dan berjalan. He he he…

Gigih dia cuba membentuk setiap nombor-nombor yang ada dalam memori di kepala dia…

Ha ha ha…Lepas tu susunnya mesti nak cantik… Iman Firash memang macam tu! Kalau susun satu-satu benda tu mesti nak lurus, mesti nak selari, mesti nak cantik-cantik…mesti nak sejajar…Kalau tidak! Itu boleh menimbulkan amarah

dan mulalah dia bising sebab tak seperti hasil yang dia mahukan.
Perasaan besar hati tu toksah cakaplah kannn? Bila dah siap dialah orang yang paling berbangga dengan pencapaian diri sendiri.

. Yang Mommy ni pun, dok pujilah punya puji punya puji. Bagi semangat katanya…
Elok-elok dari ada 20 ketul kuih karipap yang Mommy nak buat, tinggal 19 ketul jer! Ha ha ha…

… Biasalah tu kan? Adat bila ada anak kecil, memang kena
expect such things will happen… Betul tak?
Alahai.. kreatifnya dia.. hehehe..
ReplyDeleteDoh karipap pun jadi ye.. hehehe
Alahai..comelnya..boleh goreng sekali.lah nombor ash tu..😂😂😂
ReplyDeleteJadi education play doh pun boleh..huhu
ReplyDelete