Home » , , , » Pening-Pening Lalat Memikir Tema Baju Raya 2016

Pening-Pening Lalat Memikir Tema Baju Raya 2016

 

Melampau betul! Baru jer nak melangkah ke Ramadhan, tapi dok sibuk pening-pening lalat memikirkan tema baju raya untuk tahun 2016 ni. Ha ha ha... Tak salah pun kan? Ada orang lagilah "advance" tau tak? Dah siap dah pun baju raya... Ada kan? Ada kan? Kawan-kawan Farah dah siap dah pun, ada yang tunggu nak ambil jer.

Farah? Biasalah macam kebiasaan tahun-tahun sebelum ni, mana pernah menempah... Semua beli siap ajer... Semua saat-saat akhir untuk diri sendiri... Dah ada anak? Lagilahhh... Dulukan anak dulu... Buat persiapan untuk anak dulu... Tapi sebenarnya dalam masa yang sama, fikir juga untuk diri sendiri... Nak lah juga melawa kan di hari raya hari yang mulia... Ha ha ha... 

Tiba-tiba semalam, dok pening-pening lalat memikirkan tema dan juga konsep baju raya tahun 2016 ni. Jauh sungguh pemikiran. Sebenarnya tak payah nak pening lalat sangat mana pun. Propa lebih ko kakak oiii... Ha ha ha... Tak payah kalut-kalut yang benarnya... Tunggu jerlah awal Ramadhan dan pertengahan Ramadhan nanti... Muncullah macam-macam pilihan yang ada... Dalam hati ada dah terberkenan dengan konsep yang satu tu... Dan dalam hati ada terberkenan dengan warna pastel... Warna pastel tetapi bukan pucat dan kusam yer? 

Bab warna sebenarnya tak boleh nak "decide" sekarang sangat pun sebab semuanya bergantung kepada warna Baju Melayu anak teruna kakak yang seorang trang tang tang tu juga... Itu kena tunggu masa nak membeli Baju Melayu dia nanti... Baju dia pun sama tak ada yang tempah-tempah ni... Beli siap sudah... Hala tuju pencarian Baju Melayu dia macam biasa, Kompleks PKNS Shah Alam. Situ dari pengalaman lalu memang banyak pilihan warna dan kainnya pun berkualiti tinggi... Dah beli baju dia, baru boleh beli baju diri sendiri... Kata nak sedondon gittew... Ha ha ha... 

Dah tu jer nak cerita... Biar tak beraya sesakan mana dan sesakan orang lain, tetapi baju raya tetap kena ada... Manalah tau kot-kot ada nak buat lawatan ke mana-mana dan juga nak pergi "open house" kan? #ehhh... Jauh betul berfikir... Daaa... Sekadar borak-borak kosong jer... Tak salah kan? Tak salah kan? 


Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Pening-Pening Lalat Memikir Tema Baju Raya 2016, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, May 5, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

5 comments:

  1. hahahahah zaza pun sama.. walau berdua tetap pening !

    ReplyDelete
  2. wowwww -gembira tgk prepare baju raya

    ReplyDelete
  3. Huhu..Sy dh pilih..dh gi tempah dgn kakak lagi..Selamat memilih ye farah..huhu

    ReplyDelete
  4. Ena pun pening! Tak tahu nak beli yang cam guane... jahit sendiri karang.. hakhakhak

    ReplyDelete
  5. aida & famili da ada tema kaler.
    tgh pk nak cari utk kakak2 berdua tu. aida, asben & ijat settle.
    tema kaler kami hanya di pagi raya.
    selebihnya kaler rojak, mana yg sempat :) ha ha...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY