
Lepas cerita semut kita beralih kepada cerita lalat pula... Pasti ada di antara anda yang mengalami masalah lalat di rumah kan? Sekarang ni teknik halau lalat ada macam-macam... Ada pemukul elektrik, ada yang letakkan gam di kertas bagi lalat melekat... Haaa, bab lalat melekat-lekat di kertas ni sebenarnya kannn, jujur Farah katakan yang Farah geli-geleman. Usah ditanya kenapa, usah pandai-pandai nak kata Farah mengada-ngada. Ha ha ha... Memang dah pandangan mata begitu, nak buat macam mana kan? Pandangan setiap orang tu kan berbeza-beza.
Ada ketikanya, lalat banyak berkerumun di dapur. Lebih-lebih lagi ketika kita sedang sibuk memasak. Bagi mengatasi masalah lalat, ada beberapa petua lama yang boleh diamalkan seperti yang dikongsikan oleh sumber di SINI.
Bunga Cengkih
Ambil beberapa bunga cengkih dan masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat-lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya daripada ruang dapur anda.
Daun Kari
Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini, anda dapat menghalau lalat dari meja makan. - oooo padanlah Nek Ma Ash selalu dok letak daun kari dalam gelas lepas tu letak di sudut meja makan... Ini rupanya... Ha ha ha... Nampak sangat tak pernah nak ambil tau ooiii... Yang tau rumah Farah memang bebas lalat...
Daun Belimbing
Selain daun kari, anda juga boleh menggunakan beberapa tangkai daun belimbing. Cara sama juga dengan daun kari, kibaskan pada lalat-lalat yang berada di meja makan anda.
Guna Cecair Peluntur
Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kin buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet, dapur memasak atau tempat-tempat lain yang anda rasa perlu. Lalat pasti akan berkurangan.
Pakai Lilin
Ambil dua batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja makan atau di tempat meletak hidangan. Lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.
Lilin dan Daun Kari tu Farah dah biasa nampak depan mata sendiri... Bunga Cengkih, Daun Belimbing baru tau... Cecair Peluntur pernah dengar. Cubalah kan? Biasanya petua dulu-dulu ni "mostly" menjadi yer tak?
Weh..kat opis ni pun banyak lalat...pelik je..haha
ReplyDeleteBetul²..mak selalu petua tu..
ReplyDeleteumah aida ada sekor lalat.
ReplyDeletemcm2 da buat, farah. sekor lalat mesti ada.
ntah le lalat yg sama ke lain-lain.
but hanya satu!
gerrrrammm!!!
ooo..bru tau bab yg guna daun2 tuu..tq
ReplyDeleteBiase guna daun kari dgn lilin je..huhu
ReplyDeleteSalam akak, boleh tambah satu lagi, limau kasturi pun boleh gak combine dengan bunga cengkih memang superb.
ReplyDelete