
Hendak mencari bahan pembelajaran, hendak menggalakkan pembelajaran serta memudahkan kefahaman anak-anak kecil supaya ilmu dapat diserap dengan mudah dan pantas tidak semestinya memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Pelbagai cara, pelbagai medium boleh digunakan untuk tujuan ini. Satu lagi aktiviti ringkas dan mudah, yang ibu bapa boleh sediakan untuk anak-anak kecil adalah melalui aktiviti roda berwarna.

Dah semestinya idea ini Farah jumpa melalui pencarian gigih Farah sejak kebelakangan ini ke atas aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan bersama Firash. Dan kali ini, ilham adalah diperoleh dari sumber di SINI.
Bahan yang diperlukan untuk penyediaan aktiviti ini pula tidaklah sesukar mana. Iaitu kertas kadbod yang tebal, penyepit baju, "marker" dan juga bahan-bahan pewarna.

Seperti perkongsian-perkongsian Farah sebelum ini, rasanya tidak perlu Farah terangkan secara terperinci satu persatu tentang cara-cara untuk menyediakan medium pembelajaran sambil bermain ini, kerana melalui gambar anda sudah dapat mengagak bagaimanakah cara-caranya. Ianya jelas... Dan boleh disediakan melalui logik akal pemikiran kita masing-masing.


Dengan cara ini, secara tidak langsung sebenarnya kita dapat membantu anak-anak kecil untuk mengenal warna dengan lebih pantas. Ianya juga boleh diaplikasikan untuk sistem pembelajaran mengenal nombor dan juga abjad.

Bagi Farah, Farah seronok mencari ilham-ilham sebegini dan Farah seronok terlibat di dalam proses penyediaan medium pembelajaran dan aktiviti seumpama ini untuk Firash. :-). Pendapat kita berbeza. Ini bagi Farah, bagi ibu bapa lain pastinya ada pandangan yang tersendiri kan?
Menarik juga nih.. Boleh buat nanti..
ReplyDeleteMenarik..Boleh buat nih..Sure che mek pun suka jgk..huhu.Thx for sharing...
ReplyDeletesangat menarik
ReplyDeletemenarik juga aktiviti ni
Deleteidea yg menarik...
ReplyDeleteTeknik pembelajaran yang menarik & berkesan.. Nanti boleh apply utk anak sendiri lak.. Tq for sharing.. ^_^
ReplyDelete