Home » , , , , , , » Tips Mudah Menjaga Anak Usia Jarak Dekat

Tips Mudah Menjaga Anak Usia Jarak Dekat

Sumber dari Google
Rezeki seseorang tu berbeza… Periuk ni tak sama dengan periuk tu… Apatah lagi rezeki bilangan anak yang dikurniakan oleh Allah SWT yer tak? Ada orang yang memang meriah rumahnya dengan kehadiran cahaya mata yang ramai. Ada orang rezekinya, mungkin cuma seorang jer terkontang-kanting…He he he…Macam kakak ni… Buat masa dan ketika ini rezekinya masih seorang anak teruna dan tidak ada keinginan lagi untuk menambah walaupun ada permintaan sebegitu dianjurkan dan diangin-anginkan. Jawapan mudah… Biarlah dulu… Tunggu Iman Firash dah sekolah ke? Bukan serik, bukan takut, bukan menolak rezeki dari Allah SWT… Ada sebab-musabab yang tersendiri yang tidak perlu diolah kepada sesiapa pun…

Anak tu adalah rezeki daripada Allah SWT. Kehadirannya ke dalam sesebuah keluarga pasti akan membawa kebahagiaan. Tetapi macam mana jika anak yang dikurniakan itu jaraknya agak dekat? Ahaaaa…. Teringat pada sahabat karib Farah yang seorang tu… Hujung tahun baru sahaja melahirkan, kemudiannya bulan Februari dah lekat lagi sorang. Alhamdulillah rezeki dia, Farah tumpang gembira. Yang kedua tu sebaya Ash. Jawapan paling “win” dari dia… “Senang wak…Saya beranak sekali banyak lepas tu biar diaorang membesar sama-sama…Sekali harung jer…”… Memang yer pun… Penampakkannya dah macam kembar jer dah… Ha ha ha…Comel sangat abang dengan adik tu.

Bagi yang berada di dalam situasi jarak usia anak dekat tu, jangan mengeluh. Setiap anak ada rezeki masing-masing yer tak? Menurut satu artikel di SINI yang bagi Farah menarik untuk dikongsikan… Ibu bapa boleh ikut panduan yang disenaraikan untuk mengawal kerenah anak yang berderet-deret… 

Jangan Pilih Kasih
Setiap anak adalah manusia yang mempunyai perasaan. Mereka tahu jika anda pilih kasih. Nasihatkan kepada suami supaya turut sama jangan pilih kasih. Sayangi anak yang ramai itu sama rata.

Jika anak A dimarah kerana menyepahkan kasut, marahkan juga jika anak B melakukan perkara yang serupa. Jika anda tidak marah perkara yang serupa, maka anak anda akan berasa tidak puas hati. Mungkin tak disuarakan, tetapi boleh jadi makan dalam. Simpan dalam hati dan rasa kecil hati.

Ajar Berdikari
Anda harus mengajar anak berdikari. Jika tidak memang letihlah anda hendak menguruskan satu demi satu keperluan anak anda itu. Ajar mereka untuk mengemas bilik, menyusun permainan dan meletakkan pinggan mangkuk yang telah digunakan di sinki.

Ajar juga anak-anak mengemas buku sekolah dan menyediakan pakaian sendiri. Hal ini akan memudahkan urusan anda setiap pagi. Bagi anak yang kecil, ajar anak anda supaya tidak selalu menunjuk perasaan jika anda tidak sempat menguruskannya seperti biasa.

Buat Jadual
Wajib buat jadual dengan teliti. Misalnya, mana satu anak yang hendak ke sekolah waktu pagi. Mana satu anak yang hendak ke sekolah pada waktu petang, mana satu yang hendak ke kelas mengaji dan sebagainya. Jadual yang tersusun akan memudahkan anda menguruskan rutin harian. Anak yang berderet atau rapat sememangnya agak sukar untuk diuruskan apatah lagi jika usia mereka hampir sebaya. Namun hasilnya amat memuaskan hati apabila mereka dewasa kelak.

Disiplin
Setiap anak perlu diterapkan dengan disiplin yang ketat. Biar mereka tahu waktu untuk mereka mandi, makan, solat, buat kerja sekolah dan tidur. Disiplin memudahkan anda untuk mengawal anak yang berderet. Nak terap disiplin dalam diri anak perlu dimulakan sejak mereka kecil lagi. Disiplin juga boleh diterapkan melalui teladan. Tetapi anda perlu disiplinkan diri anda terlebih dahulu supaya anak-anak boleh melihat contoh terbaik daripada ibu bapa.

Ini sebahagian jer ni Farah rasa, bagi ibu bapa yang berpengalaman… dan sedang berada di dalam situasi ini…”I believe, there is more to it” kan kan kan? Walaupun Ash cuma seorang di rumah akan tetapi tak salah juga jika Farah ingin ambil ilmu pengetahuan…He he he… Alaaa…kecik-kecik ni memang renyeh sikit…Nanti dah besar senang dah kan? Mungkin tak terkejar-kejar seperti waktu anak-anak masih kecik-kecik lagi masing-masing… Dah besar lebih mudah diuruskan di rumah dan kadang-kala boleh jadi pembantu yang terbaik kan? Ringan sikit tugasan di rumah…Gittew… Ash? Ha ha ha…”You have no choice…either you like it or not…you got to help Mommy with all the errands yeah? You are the only one!” ;-)…wink! 

*Anak ramai ni meriah masa kenduri-kendara dan musim perayaan wehhh...Ha ha ha...Bila anak-anak dah besar-besar...bila masing-masing balik ke rumah...Tu yang rasa seronok berkumpul ramai-ramai tu kannn??? Nak nak lagi kalau bermenantu dan bercucu.... Wahhh... "Happening!"... Alhamdulillah... :-)... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Tips Mudah Menjaga Anak Usia Jarak Dekat, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, April 1, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

  1. hii..tauuu sebab dulu pernah utarakan soalan & farah pon dah jawab sebab musababnya kenapa.. insyaa Allah, mudahan berezeki lagi .. cepat @ lambat, yang di atas tu punya kuasa... yoorin pon rasa,walaupon irine nak masuk 3 tahun, tapi macam dekat pulak jaraknya dengan si adik..adehh..risau pulak dia kurang kasih sayang

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY