![]() |
Sumber dari Google |
Bagi
yang lupa, bagi yang alpa, bagi yang tak terperasan dan juga peringatan kepada
diri sendiri juga ni… Botol susu anak-anak kecil kita sememangnya perlu kerap
ditukar…Bukan beli sekali selepas tu pakai 2-3 tahun! Alhamdulillah, setakat
ini, setiap 6 bulan sekali Farah akan menukar botol susu Firash. Memang
siap-siap buat “marking” dan “reminder” di kalendar telefon untuk memastikan
yang Farah tidak lupa. Huhhh…Ha ha ha…Banyak betul “marking” dan buku nota bila
ada anak kecil ni yer tak? Bermula dari jadual imunisasi dia dulu, bermula dari
tempoh waktu bila susu formula perlu ditambah semula, bermula dari tempoh waktu
bila lampin pakai buang perlu ditambah semula, buku nota suhu badan…segala-gala
bendalah yang berkaitan dengan dia… Kalau yang kerjanya jadi “Personal
Assistant” ataupun “Secretary” tu, bukan sekadar jadi “Personal Assistant” atau
“Secretary” di pejabat jaga “boss” jer oiiii…. Di rumah jadi “Personal
Assistant” ataupun “Secretary” kepada anak dan juga keluarga. Ihiksss…
Kannnn???
Menurut
sumber di SINI,
untuk mengukuhkan lagi penceritaan ini kannn? Supaya semua orang tahu dan
semua orang beringat termasuk diri sendiri ni haaa… Bukan hanya makanan atau
produk penjagaan kulit sahaja yang ada tarikh jangka hayatnya tetapi botol susu
yang digunakan setiap hari oleh anak-anak kita juga perlu kerap ditukar.
Walaupun
terdapat banyak jenama botol susu di pasaran yang mendakwa botol susu keluaran
mereka berkualiti dan selamat untuk bayi tetapi ia tetap tidak boleh digunakan
melebihi tempoh enam bulan. Tidak kira sama ada anda membeli botol susu yang
mahal harganya, dijamin berkualiti dan bebas BPA namun kita tetap perlu
memastikan jangka hayat botol tersebut tidak melebihi had yang sepatutnya. Ini
kerana botol yang anak-anak kita gunakan untuk minum susu mungkin juga boleh
menyebabkan kepada jangkitan kuman dan masalah kesihatan kepadanya, kesan
daripada kesilapan semasa proses pembersihan dan penyelenggaraannya.
Bukan
hanya puting botol sahaja yang mesti ditukar tetapi botol susu juga perlu kerap
ditukar. Jangka hayat bagi botol susu yang bebas BPA adalah diantara tiga
hingga enam bulan. Berikut adalah sebab-sebab yang memerlukan botol susu bayi ditukar
kepada yang baru.
Penggunaan Sabun Pencuci
Sudah tentu kita membasuh
botol susu anak menggunakan sabun pencuci kan? Walaupun menggunakan sabun khas
untuk mencuci botol susu anak sahaja dan dikatakan organik tetapi lama kelamaan
pasti akan ada juga kesan penggunaan sabun pencuci tersebut sebab itulah botol
susu anak perlu ada jangka hayat penggunaannya.
Kesan Calar
Akibat
terlalu kerap dibasuh, sudah tentu botol susu anak akan berisiko untuk
mengalami calar. Sebarang botol susu yang sudah calar, adalah tidak selamat
digunakan kerana berisiko menyebabkan kerosakan botol dan tidak selamat
digunakan oleh bayi sebab ada pembebasan toksik dan bahan kimia.
Kesan Pensterilan
Proses
pensterilan memang bagus untuk membunuh kuman yang membiak di botol susu anak
tetapi terlalu kerap mensteril boleh memberi kesan kepada ketahanan jangka
hayat botol susu tersebut. Jadi pastikan kita ni kerap menukar botol susu anak
untuk memastikan ia terus selamat digunakan.
Bertukar Warna
Jangan
terlalu mengikut kehendak anak yang enggan menukar botol susunya kepada botol
yang baru. Alasan anak enggan minum susu dalam botol lain tidak boleh digunakan
kerana jika botol susu anak sudah bertukar warna menjadi kekuning-kuningan,
kita memang wajib menukar botolnya.
Kesan Bau
Pernah
tak anda sendiri rasa hendak termuntah apabila terhidu bau botol susu anak?
Kalau iya, memang anda perlu membeli botol susu baru untuknya. Itu tanda botol
itu sudah tidak selamat dan sihat hendak digunakan oleh anak.
Bagi
mengelakkan masalah terlupa bila tarikh sepatunya menukar botol susu anak, maka
gunakanlah kaedah kreatif masing-masing untuk membuat peringatan. Ia nampak
seperti perkara remeh tetapi memainkan peranan penting untuk menjaga kesihatan dan keselamatan anak-anak.
:) singgah sini
ReplyDeleteHuhu..Mmg dari dulu lg tukar botol stp 6 bulan. Utk Ammar..Alhamdulillah...beli terus stock utk 2 tahun..huhu
ReplyDeletebetul tu farah...
ReplyDelete