![]() |
Sumber dari Google |
Jujurnya
memang dah lama dah tak pakai “skirt” labuh bila ke pejabat. Kenapa? Jawapannya…MALAS…Ha
ha ha… Bukan sebab MALAS nak melaram atau MALAS nak melawa… Cumanya “nature of
job” tu macam tak mengizinkan diri ini nak jadi ala-ala gadis-gadis ,
emak teruna muslimah yang ayu-ayu gittew…Ha ha ha… Masalahnya ayu ke? Tak punnn…
Cuma adalah sesekali bila tiba angin nak melaram tu akan cuba nak jadi ayu…Cuba
nak jadi ayu yer? Tak semestinya ayu… La la la la…
Hari
ni, disebabkan semua seluar sedang di dalam proses pembasuhan dan ada yang dah
basuh tetapi masih belum sempat digosok… Dah tak ada pilihan! Terpaksa jadi
wanita muslimah bersopan-santun macam tu… Taklah salah jadi wanita muslimah
bersopan-santun…He he he… Cuma tempatnya macam tak kena oiii… Kerjanya lasak ya
ampunnn… Lepas tu nak jadi wanita muslimah…Memang tak sesuailah kannn???
Berpakaian biar mengikut kesesuaian tempat gittew…
Bila
dah tak ada pilihan…Hari ni memang membataskan sedikit pergerakan yang ala-ala
lasak tu… Kononnn…. Dan bila dah tak ada pilihan…Tiba-tiba hari ini menjadi
bualan pula…Ahaksss…Asalkan bergerak sedikit jer… Kena tegur… Asalkan bergerak
sedikit jer kena tegur…Kena tegur apa tu tak payah ceritalah kan? Nanti muntah
pula “uolss” dengar… Ha ha ha… Biar kakak jer yang tau…Tapi boleh jadi
tersipu-sipu tau…Ha ha ha…
Itulah
dia kan? Sesekali kalau kita bergaya lain dan di luar kebiasaan gaya kita
memang akan ada impaknya… Maklum balas kita tu, biarlah “cool” dan jangan ter”over”
menggeletis pula yer tak? Biasa-biasa sudah… Ha ha ha…. Syukur Alhamdulillah
bila orang tegur kan? Terima sebagai sesuatu yang positif dan meningkatkan
motivasi untuk terus melaram… #ehhh…Ha ha ha…
akak plk pi kerja either pakai dress, pencil skirt or midi skirt je sekarang ni..sometimes pakai slack ngan kemeja...itupun ada yang ckp poyo mengalahkan corporate sgt..iolls bawak image syarikat kot kan...
ReplyDelete