Home » , , , » Khasiat Mandi Bunga

Khasiat Mandi Bunga


AMARAN: Tiada kena mengena dengan sebarang kepercayaan ataupun amalan khurafat!!! 

Perkongsian dari sumber di SINI

Mengikut tradisi orang Melayu, upacara mandi bunga selalu dijalankan untuk membuang bala, mempercepatkan jodoh, memberi semangat kepada diri, menghindarkan dari gangguan semangat jahat dan lain-lain lagi. Mengikut ajaran agama Islam, ia dikatakan boleh memesongkan akidah seseorang. Upacara mandi bunga ini turut dilakukan oleh masyarakat India yang mempunyai ritual yang tersendiri ketika menjalankannya.

Namun begitu, dari segi saintifik, ia dilihat sebagai sesuatu yang baik. Menurut Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, mandi bunga dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia kembali segar disebabkan oleh khasiat yang terdapat di dalam bunga yang digunakan terserap ke dalam tubuh badan. Mandi bunga tanpa berniat yang boleh memesongkan diri daripada ajaran agama membawa banyak faedah.

Bunga dikatakan sebagai penyerap tenaga matahari yang terbaik dan kebaikannya akan diturunkan kepada si pengamal mandi bunga. Antaranya, sekiranya rawatan mandi bunga diamalkan, ia mengurangkan kelesuan badan dan menghilangkan bau badan. Di bawah merupakan beberapa tip untuk anda yang ingin mencuba rawatan mandi bunga di rumah.

1. Gunakan bunga yang wangi dan tidak berduri. Pilih tujuh atau sembilan jenis bunga dari pelbagai warna tetapi bukan berwarna hitam. Sebaik-baiknya bunga cempaka dan melur digunakan untuk rawatan ini. Anda boleh memilih jumlah bunga mengikut angka ganjil (7, 9, 11, 13 jenis)

2. Kesemua bunga segar tersebut harus dicampurkan dengan sebotol air mawar dan dua biji limau purut.

3. Pastikan kesemua dahan bunga dibuang dan campuran bunga, air mawar dan limau purut dibiarkan semalaman.

4. Rawatan mandi bunga seeloknya dilakukan pada waktu pagi. Mandi seperti biasa dan jadikan air bunga tersebut sebagai air bilasan.

5. Siram bahagian kiri badan sebanyak tiga kali dan diikuti dengan bahagian kanan. Selebihnya siram dari bahagian kepala sehingga air bunga habis.

6. Anda digalakkan untuk membiarkan badan kering daripada menggunakan tuala untuk mengeringkannya.

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Khasiat Mandi Bunga, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, March 23, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY