Selok-Belok Mendidik Anak Remaja

Farah Waheda Wahid
0
Sumber diubahsuai dari Google
Semakin hari, anak-anak kecil kita akan semakin meningkat usia. Suka ke? Tak suka ke? Masa tetap akan berlalu, anak-anak tetap akan membesar. Waktu tu, mulalah kita yang jadi ibu-ibu ni akan terindu-rindukan waktu-waktu semasa mereka masih kecil dan bagaimana kita lalui detik dan waktu itu. Sobsss… #ehhh kenapa tetiba syahdu ni? Firash kan masih kecil lagi??? Ha ha ha… “Over” Mommy ni kannn??? Itulah dah panjang dan jauh sangat imaginasi tu, sebab tu kadang-kadang boleh jadi sedih tanpa sebab…Wakakakaka… Biasalah…Mak-mak sentiasa akan berfikir ke depan dan sentiasa akan berfikir tentang bagaimana masa akan datang…

Sebab dah lalui kan? Sewaktu kecil dok berkepit jer dengan Atuk dan Nek Ma Ash. Semakin hari, apabila semakin meningkat usia, dah mula dah, konon-konon nak bawa haluan sendiri. Hu hu hu…Bila Atuk dengan Nek Ma Ash nak pergi ke mana-mana, berjalan ke? Atau ke rumah saudara-mara ke? Masa tu dah mula letakkan pilihan kepada diri sendiri sama ada nak ikut atau tidak. Jadi, pesanan kepada diri sendiri, jangan terkejutlah sewaktu zaman remaja nanti jika nak ke mana-mana Firash tak nak ikut dan memilih untuk tinggal di rumah kan? Alaaa… Janganlah biar Mommy jalan sorang-sorang Ash…Ha ha ha…Ash kan “bodyguard” Mommy??? Gittewww…

Usia remaja adalah usia yang mencabar di dalam mendidik anak. Macam-macam perkara yang akan datang dan macam-macam perkara yang akan timbul. Orang kata bukan mudah nak mendidik anak remaja. Kadang-kadang tu ada ibu bapa sampai pening kepala dan buntu memikirkan bagaimanakah caranya lagi hendak mendidik atau mengawal anak-anak di usia remaja. Walaupun jauh lagi perjalanan itu, tetapi otak ni asyik dok terbayang ini terbayang itu. Memanglah, kita doakan yang baik-baik dan doakan supaya anak kita menjadi anak yang baik. Akan tetapi kena tahu cara juga yer tak? Sekurang-kurangnya, kita mempersiapkan diri kita untuk sebarang kemungkinan di masa akan datang.

Bagi sesetengah ibubapa, mendidik anak remaja merupakan satu fasa yang paling sukar. Semakin meningkat usia remaja ini, mereka seakan lebih cenderung untuk berubah sikap dalam satu misi yang mereka katakan mencari jati didi yang sebenar. Masa tulah kita kena memainkan peranan!

Tips selok-belok mendidik anak remaja dari artikel di SINI, mungkin sedikit sebanyak dapat membantu kita sebagai ibu bapa di dalam menghadapi fasa atau peringkat ini di dalam kehidupan. 

PERANAN YANG BETUL
Kebanyakan ibu bapa gemar menunjukkan kuasa terhadap anak-anak dengan peranan yang salah. Sebagai ibu bapa yang berdepan dengan anak remaja berusia belasan dan awal 20an, anda harus menangani situasi dan peranan anda dalam mendidik anak remaja. Berbanding ketika mereka masih kecil, mereka boleh mendengar kata kerana belum pandai bertindak mahupun membuat keputusan.

JADI TEMAN BAIK
Sebagai contoh, apabila mereka sedang mengalami masalah, anda tidak sepatutnya bertanyakan banyak soalan dan memaksanya menceritakan keadaan sebenar dengan terburu-buru. Hal ini akan menimbulkan kemarahannya dan kurang yakin untuk berkongsi masalah dengan anda. Tempatkan diri anda sebagai teman yang boleh mendengar luahan tanpa banyak soal dan memarahi secara terburu-buru.

DIDIKAN AGAMA
Berikan pendidikan agama yang kuat sejak mereka lahir supaya mereka tahu membezakan yang mana betul dan salah. Didikan agama membantu mereka supaya tidak mudah terjerumus dengan perkara-perkara negatif seperti yang kerap berlaku terhadap remaja masa kini.

KEBEBASAN BERSYARAT
Tidak salah mengongkong tetapi biar kena pada situasinya. Sekiranya anda terlalu mengawal mereka, justeru mereka akan semakin cuba mahu lari dan memberontak dari anda. Sebaiknya, guna kaedah “tarik tali” agar mereka faham apa yang cuba mereka dan anda lakukan. Berikan mereka kebebasan tetapi beri syarat apa yang boleh dilakukan dan sebaliknya. Kesilapan berlaku apabila anda terlalu mengawal tanpa mengambil tahu kemahuan mereka dan terlalu memberi kebebasan tanpa mengenakan syarat batasan yang perlu mereka lalui.

ELAK BAHASA KASAR
Sikap anak-anak biasanya terhasil dari sikap anda sendiri. Oleh itu, elak menggunakan kata makian saat menegur atau memarahi mereka. Apabila anda menggunakan kata-kata yang kasar, kata-kata ini akan sentiasa berlegar di fikiran mereka sehingga membuatkan mereka memusuhi anda. Malah, kata cacian boleh melukakan hati mereka yang sememangnya sedang berjiwa sensitive pada usia ini. Jangan pula anda menggunakan kekerasan seperti mengurung, memukul atau memalukan mereka di depan orang ramai kerana tindakan ini akan merenggangkan hubungan anak-beranak.

Bukan mudah untuk mendidik anak-anak yang menginjak remaja. Namun, kita sendiri pernah melalui zaman remaja. Kaji semula apa yang anda mahu dari ibu bapa anda masa dulu. Apa yang penting, didikan agama dari kecil adalah yang paling utama kerana didikan agama ternyata mampu membentuk jati diri anak-anak yang membanggakan! In Shaa Allah…Amin… 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !