
Pelbagai halangan dan perlindungan yang keterlaluan hanya akan menyekat keinginan semula jadi anak untuk meneroka dan belajar. Tanpa disedari, kita sendiri yang menghalang proses perkembangan anak bahkan mengganggunya membesar sebagai anak yang kreatif dan inovatif kelak.
Terlalu Melindungi
Sikap tidak mahu anak terdedah kepada bahaya memang sikap pelindung ibu dan bapa. Namun jika kita keterlaluan tidak mahu anak berada dalam keadaan berisiko, anda sebenarnya telah menanamkan perasaan rendah diri, penakut dan sombong dalam diri anak anda sejak dia kecil lagi.
Cepat Beri Bantuan
Jika anak anda sedang dalam proses belajar kemahiran motor seperti duduk, berdiri atau berjalan. Biarkan sesekali dia melakukan kesilapan dan merasakan kesakitan. Jangan terlalu cepat memberikan bantuan. Ia hanya akan membuatkan anak anda mudah lemah semangat dan cepat berputus asa kerana tahu ibu ayah akan datang membantu.
Cair Dengan Anak
Kadang kala sikap kita sebagai ibu bapa terlalu mudah ‘cair’ dengan anak-anak. Biarpun mereka melakukan kesilapan, dengan membuat mimik muka comel, ia sudah cukup membuatkan kita mudah memaafkan kesilapan mereka. Seharusnya kita tegas dengan pendirian kita sebagai ibu bapa. Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya.
Cakap Tidak Serupa Bikin
Walaupun anak anda masih usia bayi tetapi mereka memerhatikan tingkah laku anda. Oleh itu pastikan anda memberikan mereka contoh yang baik dalam urusan mendidik mereka. Jangan terkejut jika satu hari nanti anak anda meniru perbuatan buruk anda. Misalnya bercakap kasar atau suka menjerit. Tidak mustahil si kecil juga akan pandai menjerit dan bercakap kasar bila tiba saatnya nanti.
Rujukan: Majalah Pa & Ma
Apa pun, harus kena gaya dan harus kena caranya... :-). Tong sampah kapas solekan pun jadi buat main... Nasiblah tidak kotor dan telah dibersihkan setiap hari. Apa sahaja di depan mata, semua dia balun dan olah menjadi sesuatu yang dia boleh main. Selagi tidak berbahaya, selagi tidak mendatangkan mudarat... Mainlah dengan gembiranya wahai anak...
anak buah PC tudung saji pun jadi sampan..pendayungnya sudip goreng ikan..apa-apalah peluh ketiak bila nak masak..cari merata..nenek tengok senyum je..sambil geleng kepala..hahahahhahahaha..
ReplyDeleteOk la main bekas cotton face je..Kalo main lipstic semua..Buntang mata mummy Ash..Haha
ReplyDeletejanji ash happy.. :)
ReplyDeletesetuju dengan tips2 kat atas tu. ramai yg terpedaya dengan muke comel tak bersalah.. belum lagi yang tantrum... lagi kena tegas.. if beri time tantrum means next time tantrum lagi untuk dapatkan apa yang diinginkan..
Setuju dengan tips akk.. satu panduan bagi ena... YEla kena penuhkan dada ilmu2 rumahtangga sebelum ke alam tu.. hehehehe
ReplyDeletetips yang baik kak farah
ReplyDelete