Mana mungkin sekali-kali lupa tentang peristiwa ini. 22.02.2015, setahun sudah berlalu tetapi inilah harinya di mana kejadian yang tidak disangka-sangka akan terjadi itu telahpun berlalu dan terjadi. Sehingga sekarang masih lagi trauma dan juga masih lagi ada rasa fobia sehingga dia dijangkiti demam. Kerap juga bercerita mengenai perkara ini di dalam Bubblynotes.Com disebabkan Farah tidak pernah sekalipun boleh untuk melupakan insiden yang telah berlaku itu. Syukur Alhamdulillah, segalanya telah berlalu dan setiap hari doa Farah untuk anak syurga ini adalah supaya tidak sekali-kali lagi dia diserang. In Shaa Allah...Amin Amin Ya Rabbal Alamin... Semoga dijauhkan insiden itu... "You fits go far-far away!"... 

Antara entri-entri yang pernah membicarakan mengenai insiden ini adalah:




Tak perlulah rasanya berulang-ulang Farah menceritakan semula tentang insiden itu. Tapi kesannya memang mendalam oiii... Entah sampai bila boleh lupa pun tak taulah nak cakap... Cumanya, sedikit perkongsian yang mungkin boleh jadi bermanfaat buat anda semua dari artikel di SINI

Bila anak anda yang berusia antara enam bulan sehingga enam tahun demam, pastikan suhu badannya tidak terus tinggi sehingga mencecah 39 darjah selsius ke atas. Suhu badan yang terlalu tinggi berisiko menyebabkan anak mendapat serangan sawan. Sawan demam adalah sawan yang berlaku ketika demam. Ia boleh berlaku daripada umur ENAM BULAN sehingga ENAM TAHUN tetapi biasanya BANYAK BERLAKU pada peringkat umur 12 sehingga 18 bulan.

Menurut Dr. Mohamed Nazir Abu Bakar, Pakar Pediatrik, Salam Specialist Hospital, Shah Alam, memberitahu serangan sawan pada bayi atau kanak-kanak memang menakutkan tetapi ianya biasanya tidak berlaku dalam tempoh lama dan akan berhenti dengan sendiri.

Berikut adalah fakta tentang sawan demam yang ibu bapa perlu tahu. 

1. Sawan demam tidak meninggalkan apa-apa kesan sampingan seperti kerosakan kepada otak.

2. Punca sawan demam ini tidak diketahui. Ada yang mengaitkannya dengan beberapa jenis virus. Ada juga mengatakan kematangan pada otak mungkin penyebab.

3. Kanak-kanak yang mempunyai sejarah keluarga sawan demam ini lebih berisiko berbanding dengan yang tiada. 

4. Sawan demam ini bukan penyakit sawan dan lazimnya tidak berulang selepas mencecah umur LIMA dan ENAM tahun.

APA YANG PERLU BUAT BILA ANAK KENA SAWAN?

1. Ibu bapa dan penjaga perlu berada dalam keadaan bertenang dan fokus. - Memang betul pun, jika anda tidak tenang dan fokus, memang akan jadi kelam kabut dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya akan lebih memburukkan keadaan. Panik tidak membantu ok? Malah mengusutkan lagi. Farah dulu, tak sempat nak menangis pun walau dalam hati Allah jer yang tahu... "Breakdown" bila Abah Ash tiba di hospital jer bila Ash dah "admitted to ward". Masa tu tiba-tiba jadi lemah dan memang menangis bila Abah Ash dah tiba jer. Ash pun dah tidur dan tenang pada waktu itu. 

2. Pastikan anak berada dalam tempat yang selamat, tidak boleh terjatuh atau terhentak pada benda.

3. Pastikan anak berada dalam posisi mengereng dengan muka ke tepi supaya bendalir dari mulut atau muntah tidak mengganggu pernafasan dan membuat kanak-kanak tersedak. - Tolonglah, benda ni penting ok? Nyawa anak anda... Bayangkan apa yang Farah rasa sambil memandu kelam kelibut di tengah-tengah malam dah nak ke 1.00 pagi? Dari satu hujung tanjung ke satu hujung tanjung yang lain, nak menyampaikan tu memang rasa lama sangat perjalanan. Semua lampu merah dilanggar dan tak henti menekan hon walaupun lampu kecemasan pada kereta dah dipasang. 

4. Biasanya sawan jenis ini tidak lama, mungkin berlangsung selama 3 hingga 5 minit dan jarang sekali mencecah sehingga 15 minit. - Ko bayangkan Ash yang kurang dari 3 minit pun dah lembik macam keladi busuk waktu itu, inikan lagi 3 minit ke atas? Owhhh, sangat tak sanggup untuk membayangkan. Minta dijauhkan dan jangan berulang kembali.

5. Selepas sawan berhenti, biasanya pesakit akan kelihatan seperti mengantuk dan mungkin tertidur seketika. Mereka selalunya akan kembali aktif dan cergas seperti biasa. - "In this case", Ash benar-benar "flat" setelah ubat "suppository" dimasukkan oleh doktor pakar kanak-kanak yang bertugas pada waktu itu dan dimandikan dengan air paip. 

6. Ibu bapa yang melalui sawan demam ini buat pertama kali harus mendapatkan nasihat dan pendapat pakar mengenai hal ini. - Benar, fahamkan segalanya dengan terperinci supaya anda faham tentang sawan demam ini dengan sebetulnya dan anda tahu apa yang perlu anda lakukan sekiranya ia berlaku sekali lagi. 

Walaupun setahun sudah berlalu, sewaktu menaip entri ini terasa sebak dan terasa bergenang-genang air mata bila mengingatkan bagaimana, keadaan pada waktu dan ketika ianya berlaku. Ibu bapa yang pernah berhadapan sesungguhnya faham bagaimana rasanya. Jangan pandang remeh sekiranya anak anda demam. Sentiasa pantau suhu badan anak-anak anda setiap 1 jam sekali ataupun 30 minit sekali. Mak yang "kan cheong" macam Farah ni disebabkan pengalaman yang pernah berlaku... Memang setiap kali Ash demam, setiap kali itulah tidak berfikir panjang dan terus memohon cuti kecemasan dan juga setiap kali Ash demam, setiap kali itu jugalah Farah akan memantau suhu badan Ash setiap 20 minit sekali. Tak lepas dari diri dan permantauan Farah. Siap ada buku lagi catat suhu badan Ash dari semasa ke semasa dan mencuba sedaya upaya supaya suhu itu tidak mencecah 39 darjah selsius. 

Semoga bermanfaat buat semua dan jadikanlah ia suatu ilmu yang penting di dalam mengendalikan anak-anak anda yang dijangkiti demam. 

4 comments Blogger 4 Facebook

  1. Memang tip berguna... anak sedara baru je lepas sawan.. berturut2 pulak tu selama dua hari. Terima kasih ye.

    ReplyDelete
  2. tak pernah alami lagi dan kalau boleh tak nak alami langsung..kalau ada yang kena boleh la ikut tips adik...just jgn panik kan?

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

 
Bubblynotes - Malaysia Parenting & Lifestyle Blog © 2013. All Rights Reserved.Edit by Jiakreatifelt. Powered by Blogger
Top