Home » , , , , , , , , » 12.30 AM: Berkejaran Ke KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam!!!

12.30 AM: Berkejaran Ke KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam!!!


Semalam pagi, kong keng kong keng Kecintaan Dia Kepada Kucing Yang Tidak Berbelah Bagi, petang badan dia mulai panas... Farah sukat suhu badan Ash menggunakan termometer yang sememangnya Abah Ash dah belikan dulu sewaktu Ash lahir. Semakin malam, semakin meningkat pula panasnya... dah bawa ke klinik petang tu, dah beri makan ubat dan sememangnya letakkan tuala basah di badan Ash yang dialih-alihkan tempatnya serta Kool Fever. Tetapi tiada tanda-tanda demam akan surur ataupun statik. Hati dah mula risau dan gundah gulana. Ash berdakap sahaja. Itu tidak menjadi masalah dan tidak menjadi hal. Tetapi sesekali dia seakan terperanjat kecil terperanjat kecil. Hati dah berdebar-debar. 

Tiba-tiba, sewaktu sedang-sedang elok jam menunjukkan waktu 12.30 am... Ash tiba2 menonggeng dari pembaringan dan mata ke atas, tangan dan kaki keras. Allahuakbar, cepat-cepat Nek Ma Ash dan Farah berlari ke sinki dan siramkan Ash dengan air paip yang banyak. Kekejangan itu berlaku secara pendek dan tidak lama iaitu lebih kurang dalam 2 minit macam tu. Bibir tidak henti-henti membacakan apa sahaja ayat dan zikir yang sentiasa menjadi amalan. Di dalam hati berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah SWT supaya tiada apa-apa yang tidak elok berlaku kepada Ash. Farah tak ada siapa-siapa, Farah cuma ada Ash seorang sahaja. Alhamdulillah, setelah disiramkan dengan air paip yang banyak, Ash tidak kekejangan lagi... Tetapi!!! Badan dia lembik!!! 

Tindakan paling pantas yang boleh dilakukan adalah capai beg tangan, capai telefon, capai kunci kereta, lain Farah dah tak fikir apa lagi dah. Basahkan lampin selencun-lencunnya... Arahkan Nek Ma Ash masuk segera ke dalam kereta dan Farah terus pecut ke KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam... Lajunya tak usah dikatalah... sungguh... dari Puncak Alam ke Seksyen 20 Shah Alam, 12.45 am Farah dah sampai ke wad kecemasan. "Parking" betul-betul di hadapan pintu masuk wad kecemasan. 


Ini bukannya gambar yang Farah ambil sewaktu memecut pagi tadi tetapi gambar yang Farah ambil sewaktu dalam perjalanan pulang untuk mengambil kelengkapan Ash di rumah setelah doktor mengambil keputusan untuk menahan Ash di wad. Begitulah keadaan gelap dan sunyinya malam tadi di saat Farah memecut. Kalau diikut-ikutkan dari rumah Farah ke destinasi tersebut boleh memakan masa selama 30 minit campur dengan lampu trafik segala bagai. Apa yang Fafah lakukan, pasang lampu kecemasan, bila lampu merah Farah tekan hon berulang kali supaya kereta-kereta yang ada boleh memberi laluan... Tawakal kepada Allah SWT... Yang Farah tahu pada waktu itu, Ash mesti sampai di hospital dengan segera. "I don't care!"... Pernah ada pengalaman masa silam disebabkan kelewatan seminit atas kejadian yang hampir sama, anak buah Farah telah pergi meninggalkan kami semua. Ia... Kun Fa Ya Kun... tetapi berusaha serta belajar dari pengalaman. Tidak mahu kehilangan Ash! Hanya dia yang Farah ada! 

Sesampainya di KPJ, terus Ash dimandikan sekali lagi dengan air paip, dimasukkan ubat di bahagian punggung dan dibiarkan sedar beberapa ketika. Farah cuba berkomunikasi dan bertanyakan soalan, Alhamdulillah, ada maklum balas dan tindak balas seperti biasa dari Ash dan masih mampu tersenyum walau sedikit dan dengan wajah selepas menangis. Oh ya, sepanjang perjalanan selama 15 minit itu, Farah ingatkan Nek Ma Ash jangan beri Ash tidur... biar dia menangis biar dia sedar. Jangan tidur! 

Kemudian, apabila keadaan telah mula terkawal... Farah terus uruskan pendaftaran kemasukkan Ash ke wad. Mujur di dalam tempoh yang sangat singkat GL untuk Ash telah dikeluarkan. Syukran Allah. 

Selepas itu, barulah Farah telefon Abah Ash untuk memberitahu tentang apa yang terjadi. Pada mulanya tidak berangkat telefon itu, tetapi setelah berkali-kali percubaan... Alhamdulillah... Tidak berapa lama, Abah Ash pun sampai. 

Perasaan? Tentulah cemas bila pertama kali serta tiada pengalaman berlakunya seumpama ini kepada Ash. Sememangnya Farah tidak menganggap demam itu satu perkara yang main-main... Farah sentiasa pantau, tetapi kali ini ianya terjadi. Apa-apa pun syukur segalanya dapat diuruskan walaupun "whatever it takes" seorang diri... Farah selalu ingatkan diri supaya bertindak dengan tangkas dan cepat... Tak perlu menunggu-nunggu lagi... 

Doktor dan jururawat kerap pantau suhu badan Ash... Dan pagi ini suhu telah mencatatkan 36.6 darjah celcius. Buat masa sekarang, ujian darah telah dilakukan, keputusan telah keluar, tetapi masih menunggu doktor untuk menjelaskan tentang keputusan. Bukannya apa-apa, untuk betul-betul mendapatkan kepastian dan memastikan Ash bebas denggi juga. Moga-moganya tidak. 

Buat ketika ini, Ash telah cergas seperti biasa dan telah mula menunjukkan tanda-tanda bosan duduk di hospital. Makanya, hari ini Abah Ash dan Farah mengambil cuti kecemasan. Apa sahaja untukmu anak. Anak itu lebih penting. Pembuka cuti tahunan Mummy pada tahun ini. Tak apalah... inilah gunanya cuti-cuti itu diperuntukkan dan inilah gunanya jimat cuti. Berkampunglah kami di KPJ. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan Ash, terima kasih kepada yang prihatin. 

In Shaa Allah, Farah akan "update" lagi tentang Ash... "Febrile Seizures" atau sawan demam... berlaku semasa usia kanak-kanak dari 6 bulan sehingga 6 tahun... Semoga kamu tidak menyinggah lagi kepada anakku... Amin... Terima kasih juga pada Abah Ash kerana datang dari jauh dengan motor mengejarkan anaknya yang seorang ini di sini... Mummy sangat sangat hargai...   

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel 12.30 AM: Berkejaran Ke KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam!!!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, February 23, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

27 comments:

  1. Alhamdulillah Ash beransur pulih. Kak Long doakan yang baik2 tuk Ash ... mummy jgn risau sangat dah k :)

    ReplyDelete
  2. SubhanAllah...berlinang air mata baca entry mama ash berkejaran ke KPJ...semoga Ash segera sembuh...mama Ash take care always...auntie juju doakan ash syg cepat sembuh...on the way nak solat zohor...nak doakan ash segera sembuh cpt...aminnnnn

    Hugs u dear...i know u mommy yg kuat!

    ReplyDelete
  3. YaAllah. Seriau kita baca. Semoga Ash cepat sembuh. :)

    ReplyDelete
  4. Scary-nya baca..Semoga Ash cepat sembuh..Amin.

    ReplyDelete
  5. semoga cepat sembuh..anak saya pun pernah kena dulu..

    ReplyDelete
  6. Ya Allah.. dengar farah cerita pon dh dpt bayangkan mcm mane kelam kabut kita as mom kan?? Allah beri kekuatan yang luar biasa utk ibu menghadapi saat getir.. syukur ash dah beransur sihat..

    aini kalau anak pns suhu 37 trus masukkan ubat bontot..doc pesan ubat bontot lebih cpt compare tu syrup sbb buadak2 akan muntahkan semula ubat tuh.. mmg stanby stok dlm fridge..

    semoga ash kembali ceria dan mommy stay strong ya..

    ReplyDelete
  7. Ya Allah kesiannya ash. alhamdulillah tak dek apa apa berlaku. moga ash cepat sembuh ^^

    ReplyDelete
  8. Allahuakbar..berdebar ati nie baca..didoakan ash cpt pulih ye.Tringat kat anak2..huhuu

    ReplyDelete
  9. Sesak nafas kakak baca N3 ini Farah. Syukurlah kira Fara pun alert walaupun ibumuda. Nasib baik juga ada nenek tolong pegang waktu drive ke KPJ tu.

    Moga Ash terus sihat dan sembuh seperti sediakala.

    ReplyDelete
  10. Harap Ash cepat sembuh. Alhamdulillah, Ash tak apape...

    ReplyDelete
  11. Ya allah anak buah mamalong...harap semuanya ok...masih di ward lg? Get well soon syg.. adik..sementara waktu ni tolong jauhkan dengan kucing....please ye...jgn bg main kucing lg....

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah ,ash ok now. apa2pun K.Farah must do take care of yrself juga ye.

    ReplyDelete
  13. Allah...moga Ash cpt sembuh.

    Kami penah kena camni.Aqil demam ms 6 bln.Ms tu dh bg mkn ubat so biarkn dia tido dlm buai.Kami perasan buai bgoyang2.Bl tgk rupanya Aqil dok menggeletar dlm buai.Terus angkat jirus2 kepala & lap2 bdn.Dh la sensorang.Menangis2 time tu tketar2 xtau dh nk buat apa slain tu.Pas dh ok ckit trus bw p spital

    ReplyDelete
  14. sis, menangis sy baca kisah ni..xtahu kenapa..rasa sedih plak..bila ingatkan bahayanya benda ni smpi blh bawa maut...moga ash cpt sembuh ye..

    ReplyDelete
  15. Keluarga kami pun pernah ada pengalaman macam ni dan sampai sekarang masih meninggalkan kesan pada anak saudara saya..Harap2 Ash tak apa2 ye..semoga kejadian ni tak berulang lagi..cuaca panas sekarang ni memang kena kerap mandikan anak2 kecil.air kena banyak minum..bahaya sanagt kalau jadi kekejangan gitu..

    ReplyDelete
  16. Ya Allah peliharalah ank kecil ini... Moga Ash kuat smngt dan cepat smbuh...

    ReplyDelete
  17. Jalan puncak alam tu memang gelap kan.. moga dipermudahkan semua urusan.

    ReplyDelete
  18. sedih CN baca..mmg anak segala-galanya, semoga ash cepat sembuh

    ReplyDelete
  19. Allahuakbar..akak yg baca pun terasa berdebar...sedih pun ada..Farah memang kuat..semoga Ash pun kuat macam mommy dia dan cpt sembuh

    ReplyDelete
  20. Nak nangis baca ni. Moga ash cepat sembuh. Farah..be strong ok demi ash. Kita serupa.

    ReplyDelete
  21. saya pernah alami situasi yang sama..anak hampir kena sawan..mujur di berak dan saya terus cuci..masa tu dah ok..semalam je di hospital..
    saya doakan ash cepat sembuh..

    ReplyDelete
  22. Dupdap Dup dapp.... Hanya Allah yg tahu kan....
    Syukur semunya selamat.
    Pengalaman kak nina pun amat memberi pendedahan buat kak nina sekeluarga

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY