Home » , , , , , , , , » Febrile Seizure / Fever Fits / Sawan Demam

Febrile Seizure / Fever Fits / Sawan Demam

Sumber dari Google
Disebabkan dah berpengalaman buat pertama kalinya, Farah terpanggil untuk berkongsi dengan semua terutamanya ibu bapa baru lah tentang Febrile Seizure / Fever Fits / Sawan Demam... Jangan pandang enteng dan jangan pandang remeh yer perkara ini... Sebab bagi Farah penting untuk semua ibu bapa di luar sana. Tempoh masa berlakunya "fits" selama 2 minit itu sudah cukup untuk meluruhkan jantung Farah sebagai ibu. Walaupun, ada di antara kamu kamu dan kamu yang sudah lama menjadi ibu bapa, tetapi belum pernah berhadapan dengan situasi ini, perasaan takkan sama berbanding mereka yang sudah betul-betul mengalami situasi yang mencemaskan ini di hadapan mata sendiri. Percayalah, berbeza perasaannya yer... 

Apa yang berlaku, banyak hikmah di sebaliknya walaupun cukup hebat untuk merentap naluri serta jiwa seorang ibu... Dan dari apa yang berlaku, Farah banyak belajar dan banyak bertanya dari Dr.Yasmin, pakar kanak-kanak di KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam ini. Ha ha ha, biasalah Farah kan? Sememangnya suka bertanya sehingga ke akar umbi sehingga berpuas hati. 

Sawan Ketika Demam
Pada ketika anak kita menghidap demam yang kuat (suhu badannya tinggi), kadang kala anak kita akan mengalami sawan (fits) yang dilihat sebagai gerakan pada tangan dan kaki berulang-ulang, tidak sedarkan diri, mata yang terbuka melihat ke atas, air liur berbuih keluar dari mulutnya dan kadang kala ia akan mengeluarkan air kecil atau air besar. Dalam keadaan minima, hanya mata yang kelihatan terbuka ke atas atau salah satu dari keadaan yang diterangkan di atas. Tempohnya adalah selama kira-kira 5 minit. Selepas sawan berakhir, kanak-kanak biasanya akan tertidur. Keadaan ini dipanggil 'Febrile Fits'... 

Di dalam kes Ash, cuma matanya memandang ke atas dan tangan serta kaki kejang dan keras selama kira-kira 2 minit. Allahuakbar...

Apa Yang Menyebabkan "Febrile Fits"?
"Febrile fits" ini disebabkan oleh keadaan di mana seorang kanak-kanak mempunyai tahap mendapat sawan yang lebih rendah beebanding biasa jika dia demam. Demam ini biasanya disebabkan oleh batuk selsema, sakit kerongkong ataupun apa jua seperti selepas suntikan imunisasi dan sebagainya. 

Pada malam atau pagi kejadian Dr.Yasmin mengesahkan tekak Ash merah. Bermakna dia sakit tekak. 

Ianya berlaku pada 10% kanak-kanak yang berumur antara 3 bulan dan 5 tahun (1 daripada 10 kanak-kanak normal) dan biasanya keadaan ini tidak membahayakan. Ia juga biasa berlaku jika adik-beradiknya yang lain juga mengalami "febrile fits". Biasanya ia berlaku sekali dalam sehari kecuali demam kanak-kanak tersebut tidak terkawal.

Apa Yang Perlu Ibu Bapa Lakukan Ketika "Febrile Fits"?
Ketika berlaku "Febrile Fits", pertamanya baringkan kanak-kanak meniarap dengan kepalanya menoleh ke sisi, jangan sampai hidungnya tertutup dengan kain/tilam. Ini adalah untuk mengelakkan dia dari tertelan air liur ke dalam paru-paru (amat merbahaya). Jangan letakkan apa-apa benda di dalam mulut seperti sudu atau benda lain. Jauhkan dia dari tempat merbahaya sepeeti tangga atau di dapur. Bawa kanak-kanak berjumpa doktor secepat mungkin untuk diberikan rawatan bagi demam kanak-kanak tersebut.

Apa yang berlaku di detik-detik cemas tempoh hari... Farah dan Nek Ma Ash terus bawa Ash ke sinki, siramkan badan Ash dengan air pili yang mengalir mencurah-curah sehingga Ash sedar dan menangis. Bergegas ke KPJ, sambil balut tubuh Ash dengan kain lampin yang basah dan Nek Ma masukkan jari ke dalam mulut Ash yang mana sememangnya Ash gigit sangat kuat. Pastikan Ash tidak tidur, menangis dan sedar sepanjang tempoh 15 minit pemanduan Farah yang semacam orang dalam perlumbaan Formula 1. 

Bagaimana Mengelakkan Berlakunya "Febrile Fits"?
Jika anak kita pernah mengalami "febrile fits", maka kemungkinan penyakit ini untuk berulang tetap ada, oleh yang demikian adalah penting untuk ibu bapa mengelakkan ia daripada berlaku. Moga-moga hendaknya tidak berulang lagi kepada Ash dan dijauhkanlah... In Shaa Allah... Amin...Sesungguhnya kecut perut dan kecut nafas Mummy...

Jika Kanak-Kanak Mengalami Demam Yang Sangat Tinggi: 

1. Cuba sejukkan badan anak kita dengan memberikan ubat demam "syrup" atau pil. Ini telah Farah lakukan. Nampaknya, kurang berkesan... nak kena simpan siap-siap juga ubat yang masukkan di dalam punggung yang berbentuk peluru tu ni di rumah.

2. Jika demam masih tinggi atau tiada ubat di rumah; buka pakaian anak kita dan letakkan di tempat yang berangin, dan lapkan dwngan air paip (bukannya air sejuk peti ais) sehingga badannya kembali sejuk.

3. Dapatkan rawatan untuk demam anak kita dengan segera.

Tanda-tanda Merbahaya:
1. Anak tidak swdaekan diri lebih daripada 1/2 jam atau sawan lebih dari setengah jam. Sawan yang berlaku terlalu kerap. 

2. Anak mengalami muntah-muntah yang teruk, sawan di samping demam. 

3. Sawan hanya pada anggota tertentu dan tidak seluruh badan. 

4. Sawan ketika kanak-kanak tidak demam.

Kesan "Febrile Fits" Pada Kanak-Kanak: 
Kanak-kanak ini biasanya normal dan "febrile fits" tidak mendatangkan apa-apa mudarat sewaktu dewasa. Walaupun kanak-kanak mungkin akan mendapat "febrile fits" lagi tetapi tiada masalah lain dalam tumbesaran dan pelajaran. 

Bila dah melalui sendiri detik-detik cemas itu, tiba-tiba macam... Ash tolong jangan demam lagi? Tetapi itu adalah amat mustahil kerana penyakit itu adalah diberikan bukan kita yang pilih nak sakit atau tidak sakit. Dan Ya Allah, tolonglah jangan berlaku lagi. Cukuplah sekali ini sahaja. 

Nampak gayanya, setiap kali Ash demam Mummy akan "stand by" sahaja... Demam sahaja... Mummy akan lepaskan segala yang lain dan fokus untuk kurangkan suhu badan Ash... sangat seriau dan tolonglah jangan sesekali berulang lagi... 

Mujur ianya di bawah kategori "mild"... Dan bukannya simptom-simptom lain... 

Dari pengalaman serta ilmu yang diperoleh, Farah berkongsi untuk manfaat kita bersama...

Secara tiba-tiba rasa seriau menerpa dan rasa ini akan berulang-ulang jika Ash demam lagi... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Febrile Seizure / Fever Fits / Sawan Demam, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, February 25, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. Setuju dengan Farah. Saya sendiri pertama kali mengalami situasi ni yang berlaku kepada anak sulung saya baru2 ni...masa tu saya dalam tempoh berpantang...baru 12 hari. Sebelum ni tak pernah ambil tahu pun tentang penyakit ni...tapi bila dah berlaku depan mata, memang menyakitkan. Masa ni tak ingat dah pantang ke tak pantang, bawa je kereta ke hospital berdekatan. Kebetulan hospital kerajaan jaraknya 5 minit dari rumah. Saya dah tak terfikir kerajaan ke swasta ke, yang saya fikirkan yg jaraknya terdekat untuk dapatkan bantuan susulan dari yang pakar. Lepas tu baru fikir nak hantar ke hospital pilihan. Alhamdulillah, banyak maklumat yg saya dapat dari doktor yang merawat Darish waktu tu.

    Farah, memang kena simpan ubat yang masukkan dalam punggung tu dekat rumah. Dulu saya tak nk guna ubat pun, sekarang, ubat ni mmg sentiasa ada sebab doktor kata, kebarangkalian utk ianya berulang akan ada.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...sawan yang Ash alami kategori biasa.... lega rasanya dapat berita begini...bila part cerita mata ke atas tu..memang seriau sgt2...

    Berdebar-debar rasanya...moga-moga Ash dijauhkan Allah dari terkena sawan lg.

    ReplyDelete
  3. nani pernah lalui pengalaman tengok adik nani hampir hampir kena macam ni

    ReplyDelete
  4. Nad baca pun takut..nasib baik kak farah tau ape nak buat dengan ash..ermm

    ReplyDelete
  5. Ya... Mmg akn berulang dan ada risikonya... Sejak ada ank kecil termometer sntiasa ada... Sntiasa pntau suhu bdn ank dgn blkang tgn.. Kalau rasa pnas di bawah ketiak dan leher... Terus amik termometer utk tgk suhu... Standby sentiasa ubat bontot tu... Suhu 38 je... Blh dh masukkan ubat bontot... Mandi dan sentiasa basahkan kepala dgn air... Bila suhu ank tggi... Ibu bapa mesti sentiasa istighfar...ada masa terluang solat taubat... Tndanya Allah tegur dan hapuskan dosa ibu bapa melalui ujian dari anak... Saya share based pengalaman sy... Sebab sy ada kakak yg meninggal sebab demam panas... Dan pengalaman ank2 yg mmg demam... Tambah ank kedua ni agk kerap demam... Itulah yg mak dan doktor sy ajar juga... Standby je ubat bontot dirumah... Dua jenis dose... 125mg dan 250mg... 125mg utk demam utk bayi bawah 2 thun... 250mg utk atas dua thun... Tapi kalau bayi yg demam kuat smpai suhu 39-40 mmg doc akn bg dos 250mg... Moga tak berulang lagi pada ash dan ank2 kita..moga dijauh dan dilindungi Allah...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia