CALIPH Kids Sunnah Supplement


Setiap pagi sebelum sarapan, setiap malam sebelum tidur. Inilah "supplement" tambahan Iman Firash sejak lebih kurang 3 bulan yang lepas. Farah mengambil keputusan untuk bersetuju mencuba CALIPH Kids Sunnah Supplement ini setelah membaca testimoni dari para pelanggan CALIPH Kids Sunnah Supplement dan setelah mengkaji serba sedikit untuk mendapatkan "product knowledge" mengenai CALIPH Kids Sunnah Supplement. 

Tidak terlalu awal untuk Ash bermula, tidak terlalu lewat juga untuk Ash mencuba. Produk ini adalah merupakan salah satu pemakanan sunnah untuk kanak-kanak. Melalui apa yang Farah baca, CALIPH Sunnah Food Supplement menyokong perkembangan serta fungsi otak dan membekalkan nutrien penting untuk minda yang kurang di dalam diet kanak-kanak. 

Sedikit perkongsian mengenai KELEBIHAN DAN MANFAAT PRODUK ini adalah:
  • Ianya adalah merupakan makanan sunnah yang sangat berkhasiat. 
  • Penawar kepada pelbagai penyakit.
  • Meningkatkan perkembangan minda kanak-kanak. 
  • Membantu kanak-kanak cepat menghafal
  • Meningkatkan kesihatan tubuh dan antibodi kanak-kanak. 
Kurma, Kismis, Madu, Delima dan Buah Tin merupakan makanan sunnah yang sangat digalakkan untuk diamalkan oleh semua umat Islam termasuk kanak-kanak. Setiap bahan yang terkandung di dalam jus CALIPH memiliki kehebatannya yang tersendiri yang mampu menjadi penawar pelbagai penyakit dan perkembangan minda. Bukan sahaja terbukti secara saintifik, malahan turut diperakui khasiatnya oleh baginda Rasulullah SAW melalui ayat-ayat suci al-Quran dan juga Hadis.


Disaingi dengan Appeton Multivitamin yang disarankan oleh doktor untuk Ash, Scott's Emulsion, kini CALIPH Kids Sunnah Supplement turut menjadi rutin harian Ash. Seperti yang dapat anda lihat, CALIPH Kids Sunnah Supplement ini disediakan di dalam botol berbentuk cecair dan satu botol adalah bersamaan dengan 350 ml di mana ia mampu bertahan sehingga 1 bulan. Rasanya pula adalah rasa buah-buahan campuran. Memang boleh diterima tekak oleh anak-anak semua... (pernah cuba rasa juga...ha ha ha...agak-agak kalau Mommy dia makan boleh jadi cerdas minda juga tak ni?)

Cara pengambilannya dengan lebih terperinci berbanding dengan penerangan Farah di atas tadi:
  • 1 hingga 3 Tahun: 1/2 sudu kecil (2.5ml) sebelum sarapan dan sebelum tidur. 
  • 4 hingga 6 Tahun: 1 sudu kecil (5ml) sebelum sarapan dan sebelum tidur.
  • 6 hingga ke atas: 1-2 sudu besar (10-20ml) sebelum sarapan dan sebelum tidur. 

1 botol, 2 botol dan tak lama lagi akan menjadi botol yang ketiga pula untuk Ash. In Shaa Allah, Farah akan teruskan pengambilan CALIPH Kids Sunnah Supplement ini untuk Iman Firash. Sebagai ibu, dah tentu Farah dapat melihat perkembangan serta perubahan yang positif pada Ash. Sebenarnya nak diterangkan tu agak payah, tetapi sebagai ibu kita akan dapat melihat perbezaan dan perubahan positif pada anak. Farah cubalah serba sedikit terangkan dengan cara yang terbaik apa yang Farah nampak pada Ash di antara sebelum dan sesudah pengambilan CALIPH Kids Sunnah Supplement ini yer? 



Itu serba sedikit yang dapat Farah rumuskan dan juga melalui pemerhatian semasa, minda Ash telah semakin giat berekplorasi dan Mommy dia dah tentu-tentu seronok lihat perkembangan positif yang sebegini. Secara bergambarnya... 



Dia sudah boleh menyuai padankan sama ada huruf roman, huruf hijaiyah ataupun nombor dan juga "puzzle" ringkas dengan sendiri tanpa bantuan walaupun masih belum lancar bertutur. Jika soalannya ada 10, nilai markah yang diperoleh setakat ini adalah di antara 7 atau 8 per 10. Yang mana, bagi Farah itu sudah cukup baik untuk Ash di usia 2 tahun 3 bulan.

Begitulah serba sedikit yang Farah dapat kongsikan... Jika anak anda tiada selera makan, kerap demam, kerap selesema, kurang aktif, kurang bercakap, tidak fokus dan sentiasa tidak bermaya, Farah sarankan anda berusaha untuk mencuba CALIPH Kids Sunnah Supplement. Yang tidak mempunyai masalah pun boleh mencuba juga. Tiada salahnya. Apa salahnya berikan anak supplemen yang bersesuaian dengan mereka kan? 

Untuk Maklumat Lanjut Mengenai Produk CALIPH dan juga testimoni lain:



Anda juga boleh membeli CALIPH melalui laman web di atas talian di SINI dan harga bagi sebotol CALIPH adalah RM 80.00. Ataupun anda boleh menghantar What's App kepada +60122516669 sekiranya mengalami kesukaran untuk membeli secara atas talian. Kedai-kedai jamu dan juga LAZADA ada menjual CALIPH juga melalui pemerhatian Farah sendiri. 

Tunggu apa lagi kan? Jika ianya baik, cubalah untuk anak anda juga! 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel CALIPH Kids Sunnah Supplement, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, February 16, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY