
Memang cukup suka dengan permainan belon tiup-tiup ni sewaktu zaman-zaman kecil dan sekolah dahulu. Masih ingat lagi, setiap kali ikut Nek Ma Ash ke kedai runcit, mesti nak membeli belon tiup-tiup ni. Kalau tak dapat tu... Muncung boleh diikat riben. Ha ha ha... Itu dululah... Masa zaman masih belum matang. Tapi kannn... Harganya dulu sangat murah, hanya RM 0.20 jer sebungkus dan kemudiannya tiubnya adalah lebih besar berbanding dengan sekarang harganya RM 1.20 dan tiubnya adalah lebih halus-halus. Iyalah sekarang kan zaman serba mahal. Faham-faham sendiri sudahlah.
Lama dah mencari belon tiup-tiup ni, rindu nak main. Ha ha ha. Maaflah nama saintifik tak dapat nak dikenal pasti pula. Memang sedari dulu panggil benda alah ni belon tiup-tiup. Kebetulan semalam sewaktu membeli halba di kedai runcit Aceh yang berdekatan rumah ternampak benda ni. Ash tak minta punnn... Mommy dia yang terlebih teruja terus koyakkan dari papan jualan tu dan bayar. Ha ha ha, nampak tak permainannya di situ? Mak yang lebih ke anak yang lebih
Dahulu sewaktu zaman-zaman kecil selalu layan main belon tiup-tiup ni di dalam rumah sewaktu tak buat apa-apa. Iyalah, awak ni kan anak tunggal? Tak ada adik beradik? Main sendiri diam-diam sudahhh... Pandai bawa diri sendiri. Sampai ke la ni pandai membawa diri sendiri. ;-). Nostalgia betul. Bila dah jumpa ni dedahkan pada Ash pula. Walaupun dia mungkin tak memahami buah butir penerangan Mommy dia kan? Yang Mommy dia cukup suka main belon tiup-tiup ni sewaktu kecil. "It's some sort of nostalgic touch" juga ni. Ada waktu kita perlu berkongsi dengan anak-anak bagaimana kita melalui zaman-zaman kanak-kanak kita kan? Biar mereka tahu bagaimana kehidupan kita dahulu berbanding kita sekarang.
Dulu gajet paling canggih pun adalah "video game" bukan seperti sekarang ni haaa...

Kecil-kecil dah pandai buka tablet sendiri dan cari aplikasi You Tube. "YouTubers" cilik katanya. Kena "coverage" elok oklah, duduk senyap. Tiba "poor coverage"? Sentap... Wakakakaka... Permainan dan masa lapang anak-anak sekarang diiringi gaji di samping barang-barang permainan yang lain. Bila Farah mula meniup belon tu semalam, bukan main suka dia sampai berpeluh-peluh dibuatnya dia melambung-lambung dan cuba menangkap belon tu.

"Bubun... Bubun" ~ yang membawa maksud "bubble"... Leka dua beranak melayan main belon tiup-tiup ni. Sampaikan habis basah baju dan kuyup rambut Ash berpeluh-peluh sebab sibuk sangat melompat-lompat nak tangkap belon-belon yang berterbangan di ruang tamu rumah tu. Rasanya untuk bermain di dalam rumah, Farah lebih selesa memilih belon tiup-tiup ni untuk Ash disebabkan kalau memilih belon buih tu, "tiles" boleh menjadi licin. Takut-takut tergelincir pula anak kakak karang. "Safety first" kaedahnya gittew. :-). Kalau "outdoor" tu mungkinlah kan? Boleh dipertimbangkan belon buih.
Lama juga kami berdua beranak melayan belon tiup-tiup ni. Akhirnya mandikan dia sebelum tidur. Cumanya tak adalah dibiarkan dia berlama-lama di dalam bilik air. Perlu mandi! Biar badan selesa sewaktu tidur dan dalam masa yang sama sebenarnya mendidik anak untuk menjaga kebersihan. Perlu ajar tentang kebersihan dari kecil.
Ini baru satuuu... Ada lagi sebenarnya yang Farah nak dedahkan kepada Ash tentang nostalgia silam permainan zaman kanak-kanak dulu. Biar dia kenal dan biar dia tahu. Walaupun permainan tu mungkin permainan kanak-kanak perempuan, tak salah jika sekadar ingin memperkenalkan untuk pengetahuan umum dia. Permainan kanak-kanak lelaki haruslah diperkenalkan juga. Biar tak lekang dek hujan, tak luput di zaman konsepnya. Walaupun zaman ni adalah zaman gajet tetapi ibu bapa bertanggungjawab untuk mengimbanginya kan? ;-)
Hihihi memang kenangankan Farah..
ReplyDeleteDulu masa zaman akak 10 sen jer harganya..
Anak2 akak pernah beli masa balik kg itu hari..
Seronok mereka bermain.. permainan silam akak yg lebih 40 tahun :)
Ya kan rindu zaman dulu2...slalu bli byr2 sbb da da dikutkn gula2 sekali tu yg rajin bli hhihi
ReplyDeleteSaya mmg suka belon ini dulu..Beli sokmo...Sekarang susah sikit nk cari..kalo jumpe sure beli bagi qaisara kenal..huhu
ReplyDeleteyelaaaa...kita pun suka....dah lama x jumpa benda nie...
ReplyDeletewahh..wujud lg ke belon nii?suka2
ReplyDeletemain benda ni siaplah melekat2 kat baju ...hahaha
ReplyDeleteade lg ke kedai jual bnde ni skank?