Al-Baghdadi Playtime Centre Untuk Ash???

Sumber dari Google
Pusing-pusing di kawasan lot kedai pejabat yang berhampiran kawasan taman perumahan Farah yang baru sahaja selesai dibina dan kini di dalam proses pembukaan operasi perniagaan tempoh hari, Farah terserempak dengan Al-Baghdadi Centre Playtime. Tiba-tiba hati jadi tertarik dan teruja pula untuk mengetahui pendekatan serta teknik pengajaran yang ditawarkan oleh pihak Al-Baghdadi Centre Playtime. 

Buat masa ini, jujur Farah akui, walaupun Ash baru sahaja akan menginjak ke usia 2 tahun pada November 2015 ini, Farah telahpun mula aktif untuk melakukan sedikit kaji selidik serta bertanya-tanya dengan orang-orang di sekeliling yang lebih berpengalaman. Bukan disebabkan terlampau terlalu teruja tetapi al-maklumlah banyak persediaan yang harus Farah lakukan sebelum menghantar Ash ke sesuatu pusat kanak-kanak tu. Sebagai ibu bapa, sudah tentunya kita semua mahukan yang terbaik untuk anak masing-masing. Ini mungkin cara Farah, cara ibu bapa lain mungkin berbeza dengan caranya yang tersendiri.

Bagi Farah, persediaan cara Farah adalah...
  • mencari seberapa banyak informasi tentang sesuatu pusat itu dari sumber rasmi dan juga sumber tak rasmi. 
  • melihat dengan mata kasar sendiri bagaimana operasi pengajaran serta asuhan yang dilakukan di pusat-pusat terbabit di dalam sehari-hari.
  • modul pengajaran, walaupun diri ini bukanlah pakar di dalam bidang pendidikan, pendekatan yang digunakan dan bagaimana ia dapat menarik minat serta perhatian kanak-kanak.
  • sejauh manakah kemungkinan keberkesanannya dari pertanyaan kepada mereka-mereka yang telah berpengalaman menghantar anak-anak ke pusat-pusat yang terbabit.
  • berapakah kos yang diperlukan iaitu dari segi pendaftaran, bulanan dan bagaimanakah caranya Farah "menabung" bagi merealisasikan niat Farah untuk menghantar Ash ke sesuatu tempat tu.
Ehemm...bukannya nak seksa diri sendiri semata nak menghantar anak ke pusat-pusat yang mahal tau... Macam yang Farah katakan, semua ibu bapa punya cara yang tersendiri...Tetapi bagi Farah, inilah yang terbaik yang boleh Farah lakukan untuk Ash...Nak beri harta berjuta dan bertimbun memang tak mampulah... Tetapi, In Shaa Allah, Farah akan cuba sedaya upaya untuk memberi didikan dunia serta akhirat yang terbaik buat Ash dan berusaha sedaya yang mampu. Bukan tak nak ukur baju pada badan sendiri dengan taraf kemampuan Farah, apatah lagi nak menunjuk-nunjuk yang kononnya duit Farah ni berkepok-kepok...Masalahnya tak berkepok-kepok punn...Kalau betul tu Alhamdulillah... Syukran Ya Allah... Tetapi bagi Farah, inilah salah satu pengorbanan Farah pada Ash... In Shaa Allah, moga-moga Allah permudahkan niat Farah ni untuk Ash... Farah akan berusaha biar sesusah mana pun agar Ash mendapat yang terbaik... 

Bila dah tertarik tu, macam-macam sumberlah Farah cuba gali kann??? Antaranya, petikan video dari YouTube di bawah ini:



Dan menurut sumber di SINI, kelas untuk kanak-kanak iala kelas belajar membaca Al-Quran Teknik Al-Baghdadi untuk kanak-kanak 4 tahun hingga 12 tahun. Kelas 2 kali seminggu, 1 jam setiap sesi. Setiap sesi maksimum hanya 25 orang pelajar sahaja. Yuran adalah RM50.00 sebulan. Oklah tu kan? "Not so heavy"... Tapi tak taulah kalau sekarang mungkin dah naik sikit ke? 

Ada beberapa lagi jenis kelas sebenarnya... dari sumber artikel bertajuk Al-Baghdadi Playtime Centre Berasaskan Al-Quran Pertama di Malaysia:

Al-Baghdadi Playtime Centre ("APC") menggunakan kurikulum yang komprehensif dan holistik. Dengan memberi keutamaan di dalam pembelajaran Al-Quran tanpa mengetepikan pembelajaran-pembelajaran asa lain seperti bahasa, sains, seni dan fardhu ain. APC ialah sebuah Program Pendidikan Al-Quran untuk kanak-kanak berusia 4,5 dan 6 tahun. Ia dijalankan berkonsepkan belajar sambil bermain menggunakan BBM Al Baghdadi Playtime. Selain pembelajaran asas Al-Quran menggunakan teknik Al-Baghdadi, subjek-subjek lain juga ditawarkan di APC seperti pusat pembelajaran Bahasa, Seni, Fardhu Ain dan Sains Teknologi. Program ini dijalankan berkonsepkan Pusat Perkembangan Kanak-Kanak. 

Sejarah Islam telah membuktikan bahawa ulama-ulama serta pemikir Islam seperti Imam Shafie RA telah dapat menghafaz Al-Quran ketika berusia 7 tahun, menghafal kitab al-Muwatta' ketika berusia 11 tahun dan telah diminta untuk memberi fatwa ketika berusia 15 tahun. 

APC MEMBANTU ANAK ANDA GENIUS AL-QURAN SEAWAL USIA 4-6 TAHUN
Pendidikan di prasekolah adalah lanjutan serta perincian daripada pendidikan di rumah. Ianya boleh diibaratkan sebagai pusat penyelarasan pembentukkan anak-anak yang mana asasnya telahpun disemai oleh ibubapa di rumah. Justeru dengan perkembangan Teknik Al-Baghdadi yang semakin diterima di dalam sistem pendidikan Al-Quran di peringkat asas, penubuhan Al-Baghdadi Playtime Centre ("APC") merupakan kesinambungan sistem pendidikan yang memberikan penumpuan kepada pendidikan Al-Quran keapda generasi baru di peringkat prasekolah di Malaysia. Selain itu, APC ini juga berfungsi sebagai pusat yang cuba menampung perkembangan anak-anak yang tidak dapat dipenuhi oleh ibu bapa, kerana tidak semua ibu bapa mempunyai kemampuan yang sama.

Menarik kan? Selain dari entri mengenai Iolss Study Tentang The Little Caliphs.... Pheww...banyak persiapan sebagai ibu bapa sebenarnya yang perlu Farah lakukan ni...Mungkin yang dah berpengalaman rasa macam tak ada apa dan melihat sebagai Farah terlebih teruja...Tetapi, Farah rasa sebagai ibu Farah perlu bersedia... Moga nanti bila tiba masa tak adalah kelam kelibut dan Farah telah faham prosedur serta caranya... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Al-Baghdadi Playtime Centre Untuk Ash??? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, September 14, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. menarik la mummy..aunty PC sokong tau..

    ReplyDelete
  2. Sekarang nie kena seragamkan ilmu agama dan duniawi buat kanak2 untuk menghadapi keadaan dunia masa kini

    ReplyDelete
  3. bagus tempat macam ni..ash dah kene belajar tu..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY