![]() |
Sumber dari Google |
Keadaan cuaca berjerebu semakin teruk kan? Keluar jer rumah tekak terasa semacam, mata terasa perit. Dah macam hutan di Malaysia pula yang terbakar. Allahu. Ash memang dah kena kuarantinlah buat masa dan ketika ini. Duduk jer main dan tonton kartun kat rumah, tak usah ke mana-mana. Bahaya jerebu ni pada kesihatan manusia tak kira dewasa apatah lagi kanak-kanak.
Terbaru... Ada perkhabaran bahawasanya sekolah di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka diarahkan tutup disebabkan keadaan jerebu yang semakin teruk dan parah. Dipetik dari sumber di SINI...
Semua sekolah di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka diarah tutup. Arahan itu dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahadzir Khalid yang dimaklumkan oleh timbalannya P Kamalanathan melalui Twitter sebentar tadi. Arahan itu dikeluarkan ketika kualiti udara akibat jerebu bertambah buruk.
Perkara ini turut disahkan melalui laporan berita di The Star Online di SINI
Petaling Jaya: All schools in Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan and Malacca have been told to close on Tuesday (today) due to worsening haze. Deputy Education Minister P.Kamalanathan said minister Datuk Seri Mahadzir Khalid conveyed the decision to him. "We will update when schools need to reopen first thing in the morning," he said when asked if students need to return to school on Thursday. Wednesday being Malaysia Day is a public holiday. The school holidays are set to start this Saturday in all states anda day earlier in Johor, Kedah, Kelantan and Terengganu.
Bagi anak-anak yang bercuti, cuti-cuti tu untunglahhh... Ibu bapa kerja yer seperti biasa. Tapi dah cuti sekolah tu, janganlah terlalu asyik dan leka bermain di luar, jerebu ni nak oiii... Cuaca di luar jika terdedah tak berapa nak bagus untuk kesihatan. Jadi... Jangan dedahkan diri sangat pada udara luar... Duduk dalam rumah dan banyakkan aktiviti dalam rumah. Ni ibu bapa kena pantau dan kena pesan pada anak-anak ler ni.
Walaupun jerebu tapikan Farah rasalah cuaca tetap bahang. Hujan oh hujan... Mengharapkan hujan turun dan dapat meredakan jerebu. Dah ibarat fenomena tahunan pula kan? Setiap tahun mesti jerebu melanda Malaysia...
yeah! cuti!
ReplyDeletedah tak sekolah..kalau tak dah hip2 horeyy..ehehe
ReplyDeletekl hujan setiap hari tapi jerebu tetap tak hilang..uhuks..
ReplyDeletekalau ikutkan semua lah cuti hehehe. mak pak sekali :d :d :d
ReplyDeleteklu kter yg bekerja ni dpt cuti juga - sonoknyer
ReplyDelete