Home » , , , , , , » Adakah Peperiksaan UPSR Mungkin Ditunda???

Adakah Peperiksaan UPSR Mungkin Ditunda???

Sumber dari Google
Musim Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula kembali. Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang menduduki peperiksaan ini pastinya berada di dalam keadaan nafas tercungap-cungap kerana perasaan gementar di dalam hati serta tidak putus-putus mendoakan agar anak-anak masing-masing dapat menjawab dengan tenang dan beroleh kejayaan. Mana ada ibu bapa yang tidak mahu melihat anak-anak berjaya di dalam pelajaran kan??? 

Tambahan lagi, zaman sekarang ini dah semakin ramai kanak-kanak cerdas dan persaingan semakin sengit. Ibu bapa pula memang bertungkus-lumus membanting tulang empat kerat bagi mencari rezeki untuk memastikan keperluan belajar anak-anak cukup dan lengkap. Farah dapat gambaran itu, juga faham serba sedikit perasaannya. Tapi Farah belum mengalami jadi yang selebihnya hanya yang merasa dan mengalami tahu.

Sumber dari Google

Jerebu semakin teruk kan? Perasan tak? Bacaan Indeks Pencemaran Udara pun snetiasa dipantau yer tak? Nampak gayanya dah mula kena pakai "mask" dah ni bila ada aktiviti luar. Kena jaga kesihatan juga. Begitu juga dengan anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan UPSR. Dah jadi macam acara tahunan pula jerebu ni yer??? Hurmmm...kesan dari pembakaran hutan. 

Agak-agaknya jika jerebu semakin teruk, adakah mungkin UPSR ditunda? Kalau boleh janganlah yer. Kesian anak-anak. Farah faham perasaannya bagaimana bila kita dah teruja untuk menghabiskan peperiksaan penting dan kemudiannya ditunda. Ianya ibarat perasaan tu lari sikit. Kita kalau boleh nak cepat habis jer kan???

Buat masa dan ketika ini, peperiksaan masih berlangsung seperti biasa dan menurut sumber di SINI, Kementerian Pendidikan akan memantau perkembangan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sebelum membuat keputusan sama ada UPSR perlu ditunda atau tidak. 

Tidak mengapa... Teruskan peperiksaan seperti biasa buat masa dan ketika ini yer anak-anak... Fokus dan jangan fikirkan hal yang lain-lain. "Road to success" itu bukannya mudah, banyak likunya. Apa sahaja pun di dalam kehidupan yer tak. Walaupun, Farah tak ada anak yang sedang menduduki peperiksaan UPSR pada waktu dan ketika ini, Farah doakan segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT dan baik-baik sahaja! In Shaa Allah...Amin...

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Adakah Peperiksaan UPSR Mungkin Ditunda??? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, September 9, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

5 comments:

  1. Memang jerebu teruk sangat sekarang. Semoga Allah kurniakan mereka yang menduduki peperiksaan dengan kesihatan yang baik :)

    ReplyDelete
  2. mmg jerebu

    tp mujur peperiksaan 3 hr dn belah pagi jer

    jadi rasanya x di tunda kot

    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.Semoga hujan yang mencurah-curah hampir setiap hari bakal memulihkan kadar jerebu di penang dan seluruh Malaysia.Sana terbakar, sini hujan. Rahmat hanya Allah yang tahu...

    ReplyDelete
  4. Selagi tak lepas paras bahaya, sekolah tak kan tutup...

    ReplyDelete
  5. paras sederhana, farah.
    mcm kat melaka.
    diteruskan perskolahan mcm biasa.
    aida aje cuti kan anak2 :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY